Gagasan Rakyat Bahagian Sungai Manila

Gagasan Rakyat Bahagian Sungai Manila BAHAGIAN DUN SG. MANILA

11/01/2026
Alhamdulilah….
09/01/2026

Alhamdulilah….

Terima kasih Sabah Media
09/01/2026

Terima kasih Sabah Media

Hazem berkata, beliau amat menghargai pelantikan tersebut dan menganggapnya sebagai satu kepercayaan besar daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, apabila dilantik sebagai Pengerusi Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera.

Berita penuh diruangan komen





Ahli Dewan Undangan kawasan Sungai Manila YB Haji Hazem Mubarak Tun Haji Musa telah merasmikan Majlis Perasmian Penutupa...
09/01/2026

Ahli Dewan Undangan kawasan Sungai Manila YB Haji Hazem Mubarak Tun Haji Musa telah merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Transformasi Siswa Kolej Politiknik Sandakan pagi tadi.

Majlis yang dihadiri oleh pelajar Diploma di kolej itu di kawasan Hub Pendidikan Sabah yang terletak di Jalan Sungai Batang.

Tahniah YB Haji Hazem Mubarak Tun Haji Musa atas perlantikan sebagai Pengerusi Sawit Kinabalu S/B dan Borneo Samudera S/...
05/01/2026

Tahniah YB Haji Hazem Mubarak Tun Haji Musa atas perlantikan sebagai Pengerusi Sawit Kinabalu S/B dan Borneo Samudera S/B.

Ikhlas daripada
AJK Bahagian dan seluruh ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah N51 Sungai Manila.

Tahniah YB Haji Hazem Mubarak Musa
05/01/2026

Tahniah YB Haji Hazem Mubarak Musa

Selamat Tahun Baharu YB Haji Hazem Mubarak Musa
31/12/2025

Selamat Tahun Baharu YB Haji Hazem Mubarak Musa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya.

Dengan penuh rasa kesyukuran, kita melangkah ke lembaran baharu Tahun 2026 dengan semangat dan penuh harapan setelah melalui pelbagai cabaran dan pengalaman sepanjang tahun yang lalu. Tahun 2025 yang pergi telah mengajar kita erti kesabaran, kecekalan dan kebersamaan dalam menghadapi setiap ujian sebagai komuniti di Sabah khususnya di kawasan Sungai Manila.

Semoga tahun baharu ini membuka lebih banyak ruang untuk kita memperkukuhkan perpaduan, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta membina masa depan yang lebih makmur dan sejahtera untuk pembangunan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

Marilah kita terus memperkukuhkan perpaduan dan melangkah ke hadapan dengan azam yang lebih kuat, semangat yang lebih utuh dan doa serta harapan.

Saya mendoakan agar Tahun 2026 membawa keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah serta kejayaan dalam setiap usaha dan perjuangan kita bersama.

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Salam Sejahtera dan Salam Gagasan Rakyat,Sempena menyambut Tahun Baharu 2026,...
31/12/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Gagasan Rakyat,
Sempena menyambut Tahun Baharu 2026, Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Sungai Manila merakamkan ucapan Selamat Tahun Baharu kepada seluruh warga Sungai Manila, khususnya para penduduk, penyokong, jentera parti dan semua yang sentiasa bersama dalam perjuangan membangunkan kawasan ini.

Tahun yang berlalu telah memperlihatkan semangat kebersamaan, kesetiaan dan kepercayaan rakyat Sungai Manila dalam mendukung agenda pembangunan serta kestabilan negeri. Melangkah ke tahun 2026, Gagasan Rakyat kekal komited untuk terus membela nasib rakyat, memperkukuh pembangunan setempat, dan memastikan suara Sungai Manila sentiasa diberi perhatian.

Kami percaya, dengan kerjasama erat antara kepimpinan Yang Berhormat (YB), Haji Hazem Mubarak Musa selaku ADUN Sungai Manila dan rakyat Sungai Manila akan terus bergerak maju selari dengan aspirasi Sabah Maju Jaya—berteraskan kesejahteraan, peluang ekonomi dan masa depan generasi muda yang lebih cerah.

Akhir kata, semoga Tahun 2026 membawa harapan baharu, rezeki yang melimpah dan kehidupan yang lebih sejahtera buat seluruh warga Sungai Manila.

Selamat Tahun Baharu 2026
daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah Sungai Manila.

Bersama Membangun Sungai Manila dan Sabah Maju Jaya.

28/12/2025

Seramai 110 kanak kanak lelaki menyertai program berkhatan beramai-ramai di sini pagi ini.

Program anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Sungai Manila itu merupakan program tahunan dan sumbangan YB Haji Hazem Mubarak Tun Haji Musa.

Terima kasih kepada Penyelaras Program Ustad Abdul Rahim Karim.

Penghargaan kepada Hospital Duchess of Kent Sandakan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan, Pusat Taman Cahaya (Rumah Buta Sabah) dan Parti Gagsan Rakyat Sabah bahagian N51 Sungai Manila atas kerjasama menjayakan program tahunan ini.





゚viralシ

Address

Pejabat Perhubungan Parti PGRS DUN N. 51 SG. MANILA Tingkat 2, Blok B, Bandar Megah Jaya Jalan Lintas Sibuga
Sandakan
90000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gagasan Rakyat Bahagian Sungai Manila posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Gagasan Rakyat Bahagian Sungai Manila:

Share