RELA Daerah Kinabatangan

RELA Daerah Kinabatangan RELA Daerah Kinabatangan

20/03/2026

"Dalam kegembiraan menyambut Syawal, jangan dilupa mereka yang telah tiada dan yang memerlukan.

Semoga Aidilfitri kali ini menguatkan lagi ikatan silaturahim sesama kita dan memberi semangat baru untuk terus berbakti demi kesejahteraan rakyat dan negara"

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
-1447 H | 2026 M -

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah


JOM SIHAT RELA 2026 – PADU & MERIAH! 💪🔥14 Februari 2026 | Court Futsal Majlis Daerah Kinabatangan Alhamdulillah, Program...
14/02/2026

JOM SIHAT RELA 2026 – PADU & MERIAH! 💪🔥

14 Februari 2026 | Court Futsal Majlis Daerah Kinabatangan

Alhamdulillah, Program Jom Sihat RELA yang menghimpunkan RELA Kinabatangan, Tongod dan Sandakan berjalan dengan lancar dan penuh semangat kesukanan.

Futsal Relawan, futsal Relawati, sukan rakyat – semua turun padang kasi meriah! Lagi penting, ukhuwah makin kuat, silaturahim makin rapat 💚

PgR Ak Damit Bin Pg Yusof, Pegawai RELA Kinabatangan selaku Pengerusi Penganjur telah memulakan ucapan kata aluan pada sesi Perasmian Jom Sihat RELA 2026 dan Program kali ini diserikan dengan kehadiran YB Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar, YB Ahli Parlimen 187 Kinabatangan dan YB telah diberi penghormatan untuk merasmikan program berkenaan dan menyantuni anggota RELA yang hadir.
Terima kasih YB 🫡 atas sokongan dan kehadiran bersama warga RELA.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta, urusetia dan yang terlibat. Kamu semua memang terbaik!

RELA Kinabatangan – Padu

Sekian.

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah


JOM SIHAT RELA 2026 – PADU & MERIAH! 💪🔥14 Februari 2026 | Court Futsal Majlis Daerah Kinabatangan Alhamdulillah, Program...
14/02/2026

JOM SIHAT RELA 2026 – PADU & MERIAH! 💪🔥

14 Februari 2026 | Court Futsal Majlis Daerah Kinabatangan

Alhamdulillah, Program Jom Sihat RELA yang menghimpunkan RELA Kinabatangan, Tongod dan Sandakan berjalan dengan lancar dan penuh semangat kesukanan.

Futsal Relawan, futsal Relawati, sukan rakyat – semua turun padang kasi meriah! Lagi penting, ukhuwah makin kuat, silaturahim makin rapat 💚

PgR Ak Damit Bin Pg Yusof, Pegawai RELA Kinabatangan selaku Pengerusi Penganjur telah memulakan ucapan kata aluan pada sesi Perasmian Jom Sihat RELA 2026 dan Program kali ini diserikan dengan kehadiran YB Tuan Mohd Kurniawan Naim bin Moktar, YB Ahli Parlimen 187 Kinabatangan dan YB telah diberi penghormatan untuk merasmikan program berkenaan dan menyantuni anggota RELA yang hadir.
Terima kasih YB 🫡 atas sokongan dan kehadiran bersama warga RELA.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta, urusetia dan yang terlibat. Kamu semua memang terbaik!

RELA Kinabatangan – Padu

Sekian.

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah


PERHIMPUNAN AWAL TAHUN PRD BERSAMA KPRK/KPR DAN ANGGOTA RELA DAERAH KINABATANGAN & PEMANTAPAN KAWAD BIL 01 TAHUN 2026 | ...
31/01/2026

PERHIMPUNAN AWAL TAHUN PRD BERSAMA KPRK/KPR DAN ANGGOTA RELA DAERAH KINABATANGAN & PEMANTAPAN KAWAD BIL 01 TAHUN 2026 | 31 JAN 2026

- Seramai 55 Anggota LLP telah hadir Perhimpunan awal tahun Pegawai RELA Daerah, PgR Ak Damit bin Pg Yusof bersama KPRK dan KPR bertempat di dewan tertutup Pejabat Daerah Kinabatangan. Turut hadir PPgR Elly Aleeyah Binti Aziri@Azri, Penolong Pegawai RELA Daerah dan kakitangan Pejabat RELA Daerah Kinabatangan.

- Diantara intipati perjumpaan ini adalah, menyampaikan amanat terkini dan arahan semasa Jabatan, pembukaan kuota Kursus Asas & Kursus Lanjutan di Pusat Latihan RELA Sabah, kebajikan & penambahan 10% Anggota RELA bagi tahun 2026 dan lain-lain perkara seperti persediaan sempena Kejohanan Jom Sihat RELA Zon Sandakan serta cadangan sambutan Hari Raya RELA Daerah Kinabatangan bagi tahun 2026.

- Seterusnya sesi penyerahan cabutan bertuah anggota paling ramai mukim RELA dan platun RELA.

Sekian.

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah


Jom hadir!! ke Perjumpaan Awal Tahun PRD bersama KPRK/KPR & Anggota RELA Daerah Kinabatangan & Pemantapan Kawad Bil 01 T...
29/01/2026

Jom hadir!! ke Perjumpaan Awal Tahun PRD bersama KPRK/KPR & Anggota RELA Daerah Kinabatangan & Pemantapan Kawad Bil 01 Tahun 2026

📅 Tarikh: 31 Januari 2026 (Sabtu)
📍 Tempat: Perkarangan Parkir Pejabat Daerah Kinabatangan
🕘 Masa: Bermula 8.00 pagi

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah


LAWATAN KERJA PEGAWAI RELA DAERAH KE POS KAWALAN RELA SEMPADAN DAGAT | 21 JAN 2026PgR Ak Damit bin Pg Yusof, Pegawai REL...
22/01/2026

LAWATAN KERJA PEGAWAI RELA DAERAH KE POS KAWALAN RELA SEMPADAN DAGAT | 21 JAN 2026

PgR Ak Damit bin Pg Yusof, Pegawai RELA Daerah diiringi oleh PPgR Elly Aleeyah binti Aziri@Azri, Penolong Pegawai RELA Daerah serta rombongan, telah mengadakan lawatan kerja ke pos kawalan sempadan di kg Dagat.

Dalam lawatan tersebut, PRD telah menyampaikan amanat terkini serta memberi taklimat berkaitan penugasan semasa. Selain memeriksa pengoperasian pos, PRD turut membincangakn berkaitan pengwujudan pos kawalan yang baru.

Sesi penutup diteruskan dengan cabutan bertuah yang telah disampaikan oleh KPRK Mukim Dagat, Putrah bin Aji.

Sekian.

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah


LAWATAN KERJA PRD KE MUKIM SUKAU RELA KINABATANGAN | 20 JAN 2026.PgR Ak Damit bin Pg Yusof, Pegawai RELA Daerah telah me...
20/01/2026

LAWATAN KERJA PRD KE MUKIM SUKAU RELA KINABATANGAN | 20 JAN 2026.

PgR Ak Damit bin Pg Yusof, Pegawai RELA Daerah telah mengadakan lawatan kerja ke Mukim Sukau bertempat di Kg Suan Lamba.

Lawatan ini bertujuan untuk menyampaikan amanat terkini serta memberi taklimat berkaitan penugasan semasa, khususnya penugasan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan.

Turut hadir bersama PPgR Elly Aleeyah binti Aziri@Azri, Penolong Pegawai RELA Daerah.

Sesi penutup diteruskan dengan cabutan bertuah yang telah disampaikan oleh Penolong Pegawai RELA Daerah.

Sekian.

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah


07/01/2026

Kg Sukau | 07 Januari 2026 - Ziarah Waris Anggota RELA

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah


Kg Sukau | 07 Januari 2026  - Pegawai RELA Daerah, PgR Ak Damit Bin Pg Yusof bersama Penolong Pegawai RELA Daerah PPgR E...
07/01/2026

Kg Sukau | 07 Januari 2026 - Pegawai RELA Daerah, PgR Ak Damit Bin Pg Yusof bersama Penolong Pegawai RELA Daerah PPgR Elly Aleeyah binti Aziri@Azri hari ini telah menziarah dan menyantuni anggota RELA iaitu Pn Rahinah binti Rasid yang baru sahaja kehilangan suami tercinta yang juga merupakan anggota RELA Mukim Sukau.

Sumbangan berupa wang ringgit hasil kutipan anggota RELA Daerah Kinabatangan turut disampaikan oleh Pegawai RELA Daerah.

Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan, kekuatan serta kesabaran menghadapi ujian ini.

Sekian.

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah


Kg Sentosa Jaya | 30 Disember 2025  - Pegawai RELA Daerah, PgR Ak Damit Bin Pg Yusof,  hari ini telah menyantuni anggota...
30/12/2025

Kg Sentosa Jaya | 30 Disember 2025 - Pegawai RELA Daerah, PgR Ak Damit Bin Pg Yusof, hari ini telah menyantuni anggota RELA iaitu Pn Zaidah binti Abbas yang baru sahaja kehilangan suami tercinta.

Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan, kekuatan serta kesabaran menghadapi ujian ini.

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah


29/12/2025

RANGKUMAN LAWATAN KEBAJIKAN RELA DEARAH KINABATANGAN I 29 DISEMBER 2025

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah


LAWATAN KEBAJIKAN ANGGOTA RELA KINABATANGAN | 29 DISEMBER 2025PgR Ak Damit Bin Pg Yusof, Pegawai RELA Daerah bersama Ang...
29/12/2025

LAWATAN KEBAJIKAN ANGGOTA RELA KINABATANGAN | 29 DISEMBER 2025

PgR Ak Damit Bin Pg Yusof, Pegawai RELA Daerah bersama Anggota LLP hadir menyantuni Anggota RELA yang terlantar sakit dan menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan.

Dengan sumbangan yang disampaikan, diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban beliau serta keluarga.

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah


Address

Pejabat RELA Daerah Kinabatangan, Bangunan Urisetia Tingkat Bawah No. 06, WDT No 69
Sandakan
90200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089561455

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RELA Daerah Kinabatangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RELA Daerah Kinabatangan:

Share