Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi Page ini adalah sebagai report card kepada seluruh Masyarakat yang ada di Batu Sapi

31/08/2026
Laporan jambatan usang sepanjang 300kaki di Kg Sundang Darat yang di panjangkan ke Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen...
31/08/2026

Laporan jambatan usang sepanjang 300kaki di Kg Sundang Darat yang di panjangkan ke Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi telah di ambil tindakan baikpulih.

Dengan siapnya jambatan sepanjang 300 kaki ini sudah tentu memberi keselesaan kepada penduduk Kampung Sundang Darat.

Seterusnya sebanyak 10 unit lampu solar juga telah di pasang untuk menerangi laluan jalan dalam kampung pada waktu malam.

Syabas dan tahniah kepada belia Kg Istimewa Laut yang telah berjaya menganjurkan Program Sukaria Kg Istimewa. Antara pen...
30/08/2026

Syabas dan tahniah kepada belia Kg Istimewa Laut yang telah berjaya menganjurkan Program Sukaria Kg Istimewa.

Antara pengisian dalam program Sukaria Kg Istimewa ialah pertandingan mewarna, pertandingan menyanyi dan pertandingan menari.

Tuan Ajak Hj Sadikal selaku Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.185 Batu Sapi hadir bagi mewakili YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan untuk menyempurnakan program tersebut.

Alhamdulillah, terpapar setiap kegembiraan di kalangan peserta dan mereka yang hadir, walaupun program ini di laksanakan secara sederhana namun tetap melakarkan kemeriahan nya yang tersendiri lebih-lebih lagi berlangsung di Jeti Kg Istimewa yang baru siap dengan suasana angin bayu laut..

Telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Parlimen P.185 Batu Sapi di mana melibatkan sebanyak 16 buah pasukan y...
30/08/2026

Telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Parlimen P.185 Batu Sapi di mana melibatkan sebanyak 16 buah pasukan yang berentap bagi merebut kejuaraan.

Kejohonan Sepak Takraw Tertutup Parlimen P.185 Batu Sapi berlangsung selama 2 hari bertempat di Gelanggang Sebor, Karamunting Batu Sapi Sandakan.

Tuan Ajak Hj Sadikal selaku Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.185 Batu Sapi menyempurnakan majlis perasmian bagi mewakili YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan Ahli Parlimen P.185 Batu Sapi merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Turut hadir iaitu CDO UPPM N53 Sekong, sdra Azman Jambo dan juga Ketua Pemuda PGRS Batu Sapi sdra Nizram Ahmad.

Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi sentiasa menyokong sebarang program dan aktiviti yang membawa nilai-nilai murni, memupuk semangat perpaduan, kasih-sayang, khidmat sosial dan lain-lain lagi..

Perasmian Petandingan Futsal Belia Tertutup Taman Mawar yg di rasmikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.185 Bat...
30/08/2026

Perasmian Petandingan Futsal Belia Tertutup Taman Mawar yg di rasmikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.185 Batu Sapi, Tuan Ajak Hj Sadikal bagi mewakili YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.

Pertandingan Futsal berlangsung di Gelanggang Futsal Taman Mawar, Batu Sapi Sandakan.

Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi sentiasa memberi sokongan dan sumbangan bagi menggalakkan penganjuran sebarang program sukan atau aktiviti sosial yang membawa manfaat kepada komunti dan masyarakat khasnya di kawasan Batu Sapi.

华美园青年五人制足球比赛开幕礼

华美园青年五人制足球比赛开幕礼由 P.185 Batu Sapi 国会议员办公室首席联络官 Tuan Ajak Hj Sadikal 主持,并代表 YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan 出席及为比赛主持开幕仪式。

本次五人制足球比赛于山打根Batu Sapi 区的华美园五人制足球场举行。

P.185 Batu Sapi 国民服务中心办公室 一直积极给予支持与协助,并提供相关资源与赞助,以鼓励举办各类体育活动及社会活动,为社区及社会带来正面及实际的益处,尤其是 Batu Sapi 选区 的居民与社区。

Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.185 Batu Sapi, Tuan Ajak Hj Sadikal mewakili YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan ba...
30/08/2026

Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.185 Batu Sapi, Tuan Ajak Hj Sadikal mewakili YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan bagi merasmikan Program Hiking Belia Madani yang di anjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan Batu Sapi dengan kerjasama Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi.

Penganjuran Porgram Hiking Belia Madani adalah sempena sambutan Hari Kebangsaan Yang Ke-69 bertempat di IOI Peak Batu Sapi, Sandakan.

Suatu program berbentuk penzahiran semangat cintakan negara dan juga memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat belia.

Tuan Amirul Rashid selaku Pegawai Perhubungan Parlimen P.185 Batu Sapi mewakili YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan bagi...
29/08/2026

Tuan Amirul Rashid selaku Pegawai Perhubungan Parlimen P.185 Batu Sapi mewakili YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan bagi menyempurnakan Pertandingan Futsal Komuniti Belia IJM.

Penglibatan golongan belia dalam aktiviti sukan seperti futsal merupakan salah satu kaedah bagi memupuk budaya sihat dalam melahirkan komuniti yang aktif dan cerdas.

Sebanyak 5 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Gelanggang Futsal IJM, Sandakab.

Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi sentiasa menyokong sebarang program baik melibatkan golongan komuniti belia yang ada dalam kawasan Batu Sapi melalui permohonan sumbangan yang di majukan.

YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan mewakilkan Ketuan Pegawai Perhubungan Parlimen P.185 Batu Sapi, Tuan Ajak Hj Sadikal...
29/08/2026

YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan mewakilkan Ketuan Pegawai Perhubungan Parlimen P.185 Batu Sapi, Tuan Ajak Hj Sadikal bagi merasmikan Pertandingan Bowling yang di anjurkan oleh Ahli Lembaga Kebajikan Islam Malaysia dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi.

Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan bowling yang berlangsung di Kelab Bowling Bandar Ramai-Ramai Batu Sapi, Sandakan.

Hadiah kepada pemenang di sampaikan oleh Tuan Ajak Haji Sadikal sebagai acara penutup pertandingan tetsebut.

Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi bersama dengan Kelab Rukun Tetangga (KRT) Taman Mawar berkolaboras...
29/08/2026

Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi bersama dengan Kelab Rukun Tetangga (KRT) Taman Mawar berkolaborasi bagi memeriahkan bulan kemerdakaan dengan aktiviti program Titian Merdeka melalui penyerahan Jalur Gemilang dan bendera Sabah Tanah Air ku di kawasan Taman Mawar.

YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan Ahli Parlimen P.185 Batu Sapi mengucapkan syabas dan tahniah kepada En Taufiq selaku Pengerusi KRT Taman Mawar di atas kejayaan penganjuran program ini.

YB Datuk sentiasa menyokong sebarang perlaksanaan program ataupun aktiviti melibatkan komuniti masyarakat yang menerapkan nilai-nilai murni dan memupuk semangat kasih sayang di kalangan semua..

P.185 Batu Sapi 国会人民服务中心办公室 与华美园社区邻里协会(KRT) 携手合作,通过举办 “Titian Merdeka”(独立桥)活动,共同欢庆马来西亚独立月。活动包括在华美园社区 分发 马来西亚国旗及 沙巴州旗。

P.185 Batu Sapi 国会议员 YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan 向华美园社区邻里协会主席 Taufiq 先生 致以诚挚的祝贺与赞扬,并感谢他成功举办此次活动。

YB Datuk 一直积极支持任何涉及社区居民的活动及计划,尤其是能够 弘扬良好价值观、促进邻里和谐,并培养大家之间关爱与团结精神 的社区活动。

Terima kasih di atas keperihatinan masyarakat yg sentiasa memaklumkan kejadian paip bocor terus ke pejabat Pusat Khidmat...
27/08/2026

Terima kasih di atas keperihatinan masyarakat yg sentiasa memaklumkan kejadian paip bocor terus ke pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi di mana aduan tersebut terus di panjangkan kepada pihak Jabatan Air Sandakan untuk tindakan yg sewajarnya.

Alhamdulillah, pihak Jabatan Air Sandakan telah mengambil tindakan penukaran paip baharu di jalan masuk Kg Bonggaya Baru berikutan paip di dapati sudah usang dan uzur.

Suatu tindakan terbaik daripada Jabatan Air Sandakan dalam memastikan kejadian paip bocor tidak berulang pada masa hadapan.

Terima kasih juga kepada Jabatan Air Sandakan di atas tindakan pantas terhadap sebarang aduan yang di panjangkan oleh Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi

Address

Jalan Batu Sapi
Sapi
90009

Telephone

+60123945685

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.185 Batu Sapi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share