Gagasan Rakyat N61 Segama

Gagasan Rakyat N61 Segama Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian SEGAMA


Selamat Ulang Tahun diucapkan kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.Semoga YAB senti...
10/05/2026

Selamat Ulang Tahun diucapkan kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

Semoga YAB sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin negeri Sabah ke arah kemajuan dan kesejahteraan yang berterusan.

Terima kasih atas segala jasa, kepimpinan dan pengorbanan demi rakyat serta negeri tercinta.



4 April 2026 | SegamaGagasan Rakyat Segama menzahirkan rasa simpati kepada puan Jamalian binti Johan yang telah mengalam...
05/04/2026

4 April 2026 | Segama

Gagasan Rakyat Segama menzahirkan rasa simpati kepada puan Jamalian binti Johan yang telah mengalami musibah apabila rumahnya yang terletak di Kampung Betik telah hangus terbakar.

Ketua Bahagian, tuan Haji Ir Rajesh Yusof beserta rombongan telah berkesempatan untuk menziarahi beliau di tapak kebakaran sambil menyampaikan sumbangan tunai dari Gagasan Rakyat Segama dan juga barangan keperluan dapur yang disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Lahad Datu.

Gagasan Rakyat Segama juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada UPPM N61 Segama di bawah pimpinan puan Yusleena Datuk Haji Yusof yang telah mengatur dan menyelia program lawatan ini dan juga kepada team JKM Lahad Datu atas kerjasama baik yang telah diberikan.

Semasa lawatan, puan Yusleena telah memaklumkan bahawa pihaknya bersedia untuk membantu puan Jamalian memohon rumah mesra SMJ untuk menggantikan rumah yang telah terbakar sekiranya beliau berminat.

Semoga kesabaran puan Jamalian dan keluarga dalam menghadapi ujian yang berat ini diganjari dengan hikmah dan kebaikan yang terbaik oleh Allah SWT.

Aamiin ya Rabbal 'Alamiin.


3 April 2026 | SegamaGagasan Rakyat Segama menzahirkan rasa dukacita yang mendalam kepada saudara Raffee Abd Wahid, Naib...
04/04/2026

3 April 2026 | Segama

Gagasan Rakyat Segama menzahirkan rasa dukacita yang mendalam kepada saudara Raffee Abd Wahid, Naib Ketua Bahagian serta saudara Hassan Abd Kadir, Ketua Cawangan Pangsapuri Mutiara Kasih, yang masing-masing telah kehilangan insan tersayang yakni ayahanda saudara dan isteri yang amat dikasihi.

Ketua Bahagian, tuan Haji Ir Rajesh Yusof bersama beberapa pimpinan utama Bahagian serta UPPM N61 Segama telah hadir menyampaikan salam takziah dan menyatakan rasa simpati atas ujian berat yang sedang dihadapi.

Semoga roh al-marhum Jifrun Baidullah dan al-marhumah Nora Diaz dicucuri rahmat Illahi serta ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Aamiin ya Rabbal ‘Alamiin.

3 April 2026 | SegamaKetua Bahagian, tuan Haji Ir Rajesh Yusof beserta rombongan telah berpeluang untuk turun padang men...
04/04/2026

3 April 2026 | Segama

Ketua Bahagian, tuan Haji Ir Rajesh Yusof beserta rombongan telah berpeluang untuk turun padang menyantuni masyarakat di Kampung Wawasan II.

Terlebih dahulu, tuan KB telah diberikan ruang untuk menyampaikan khutbah di Masjid Al-Mubarak dan seterusnya mengimami solat Jumaat. Tuan KB juga mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan para jemaah.

Setelah solat Jumaat, tuan KB dan rombongan menziarahi serta menyampaikan sumbangan tunai dan bakul makanan kepada beberapa golongan asnaf di sekitar kampung termasuklah seorang mangsa kemalangan yang telah mengakibatkan hampir keseluruhan badannya melecur terbakar.

Selain itu, tuan KB juga mendengar permasalahan yang diajukan oleh mereka untuk diambil perhatian oleh pihak yang berwajib.

Gagasan Rakyat Segama ingin menzahirkan penghargaan kepada puan Yusleena Datuk Haji Yusof selaku Pemimpin Pembangunan Masyarakat N61 Segama serta semua staff UPPM yang telah menyelia program lawatan kali ini termasuklah menyediakan bantuan bakul makanan.

Moga usaha menyantuni dan membantu masyarakat di DUN Segama khususnya golongan yang memerlukan akan sentiasa dipermudahkan oleh Allah swt. Aamiin.


3 April 2026 | Lahad DatuKetua Bahagian, tuan Haji Ir Rajesh Yusof beserta rombongan telah berkesempatan menziarahi kelu...
04/04/2026

3 April 2026 | Lahad Datu

Ketua Bahagian, tuan Haji Ir Rajesh Yusof beserta rombongan telah berkesempatan menziarahi keluarga al-marhum Pak Sukardi Gunawan di Kg. Bugis Batu 1 yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi semalam.

Al-marhum merupakan salah seorang sahabat lama arwah ayah tuan KB yang telah banyak menyumbang jasa & bakti.

Sebelum itu, tuan KB juga telah menziarahi dua lagi rakan seperjuangan arwah ayah beliau iaitu tuan Haji Imam Kumbayat dan tuan Haji Ismail O.T. Ator.

Tuan Haji Ismail pernah berkhidmat sebagai Ketua Daerah Lahad Datu ketika tuan KB menjadi Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N50 Lahad Datu.

Tuan KB juga telah menyampai sebuah kerusi roda sumbangan PGRS Segama kepada tuan Haji Ismail bagi meringankan beban beliau yang perlu menjalani rawatan perubatan di hospital.

Menurut tuan KB, usaha-usaha begini perlu dilaksanakan sebagai menghargai segala jasa & pengorbanan orang-orang lama terhadap daerah & masyarakat di Lahad Datu.



Dirgahayu Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman sempena sambutan ulan...
30/03/2026

Dirgahayu Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke 75.

Bagi pihak Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Segama dirafakkan setinggi-tinggi ucapan tahniah serta mendoakan agar TYT Tun sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kekuatan serta kebijaksanaan dalam terus menjadi payung perpaduan rakyat Sabah yang berbilang kaum & agama.

Sesungguhnya TYT Tun merupakan simbol kestabilan, keharmonian serta tonggak kepada semangat perpaduan yang menjadi asas kepada kemajuan Negeri tercinta ini. Di bawah naungan TYT Tun serta kepimpinan Kerajaan Negeri, Sabah terus melangkah maju dengan semangat Sabah Maju Jaya, demi kesejahteraan rakyat & masa depan generasi akan datang.

Kami di peringkat akar umbi akan terus berdiri teguh menyokong aspirasi pembangunan Negeri serta memastikan semangat perpaduan & kestabilan politik terus terpelihara di bawah naungan TYT Tun.

Semoga Allah SWT terus merahmati & memberkati TYT Tun dengan kasih sayang & perlindunganNya.

Tuan Haji Ir Rajesh Yusof
Ketua Bahagian

Di kesempatan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Gagasan Rakyat Se...
20/03/2026

Di kesempatan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Gagasan Rakyat Segama serta masyarakat di DUN N61 Segama yang menyambutnya.

Semoga Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan & keberkatan bersama keluarga tercinta.

Hari Raya bukan sekadar perayaan tetapi juga peluang terbaik untuk kita mengeratkan perpaduan & hubungan silaturrahim serta memupuk semangat saling menghormati tanpa mengira latar belakang.

Kekuatan kita sebagai sebuah masyarakat terletak pada kesatuan & keharmonian yang wajib untuk sentiasa kita pelihara.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakan seperjuangan yang terus komited & istiqomah dalam memperjuangkan kebajikan rakyat serta memastikan keharmonian di kawasan Segama sentiasa terpelihara.

Semoga Aidilfitri ini membuka lembaran baharu untuk kita terus memperkukuhkan ukhuwah, menyantuni golongan yang memerlukan & bersama-sama membina masa depan yang lebih baik buat masyarakat khususnya di DUN Segama.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada saya,

Haji Ir Rajesh Yusof serta seluruh AJK Gagasan Rakyat Segama

14 Mac 2026 | SegamaKetua Bahagian, tuan Haji Ir Rajesh Yusof telah berkesempatan untuk menziarahi tuan Adeka Neral & pu...
16/03/2026

14 Mac 2026 | Segama

Ketua Bahagian, tuan Haji Ir Rajesh Yusof telah berkesempatan untuk menziarahi tuan Adeka Neral & puan Lunim Lee Oh Bok masing-masing di Kampung Kokos Batu 6 & Kampung Kadumu bagi menyampaikan bantuan katil hospital.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri melalui program Homeward Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi menyantuni & membantu rakyat yang memerlukan khususnya pesakit terbaring kronik.

Bantuan ini telah diselaras oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N61 Segama yang diketuai oleh puan Yusleena Datuk Haji Yusof selaku Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N61 Segama.

Lawatan ini juga mencerminkan keprihatinan berterusan Gagasan Rakyat Segama & UPPM N61 Segama dalam memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan.

Gagasan Rakyat Segama ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Lahad Datu atas usaha menyediakan katil-katil hospital dan mendoakan moga para penerima bantuan beroleh kesembuhan & keafiatan serta dipermudahkan akan segala urusan.




14 Mac 2026 | SegamaPerjumpaan kali ini terasa sangat berbeza. Suasana sayu & hiba jelas menyelubungi ruang pertemuan, t...
14/03/2026

14 Mac 2026 | Segama

Perjumpaan kali ini terasa sangat berbeza. Suasana sayu & hiba jelas menyelubungi ruang pertemuan, terutama ketika Ketua Bahagian, tuan Haji Ir Rajesh Yusof menyampaikan keputusan Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat Sabah untuk menggabungkan bahagian-bahagian mengikut Parlimen.

Satu realiti yang sukar untuk dibayangkan...bahawa selepas Persidangan Agung Khas yang dijadualkan pada bulan Mei nanti, nama Gagasan Rakyat Segama yang pernah dibina dengan penuh susah payah akan menjadi sebahagian daripada sejarah perjuangan Parti.

Terlalu banyak kenangan manis & pahit yang telah dilalui. Tidak terhitung masa yang telah dicurahkan, tidak sedikit tenaga yang telah dikorbankan & tidak ternilai sumbangan wang ringgit yang telah diberikan demi memastikan Parti yang tercinta ini mampu bertapak kukuh di DUN Segama.

Namun begitulah lumrah perjuangan. Setiap perjalanan pasti ada fasa perubahan yang menuntut pengorbanan perasaan. Sebagai pejuang Parti yang setia, keputusan ini tetap diterima dengan penuh reda demi kebaikan, kekuatan & kelestarian parti untuk jangka masa panjang.

Seperti yang ditekankan oleh tuan Ketua Bahagian, perjuangan ini bukan tentang jawatan, kedudukan atau kepentingan individu tetapi tentang amanah dalam membela nasib & masa depan Negeri Sabah yang tercinta serta rakyatnya, khususnya di DUN Segama. Justeru itu, Parti ini perlu dipelihara untuk diwarisi oleh generasi seterusnya.

Dalam suasana penuh emosi tersebut, Tuan Ketua Bahagian turut menyampaikan sedikit sumbangan berupa bakul makanan & wang tunai bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba kepada semua AJK Bahagian serta Ketua-Ketua Cawangan sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan & pengorbanan yang telah diberikan.

Sudah tentu sumbangan tersebut tidak seberapa jika dibandingkan dengan segala jasa, keringat & sokongan yang telah dicurahkan. Namun itulah tanda ingatan & ucapan terima kasih yang lahir daripada hati yang penuh rasa penghargaan.

Semoga ikatan persahabatan yang telah terjalin akan terus kekal utuh, ukhuwah yang terbina tidak akan terputus & api semangat perjuangan akan terus marak membara.

Aamiin.

13 Mac 2026 | SegamaKetua Bahagian, tuan Haji Ir Rajesh Yusof telah berkesempatan hadir ke Masjid Pangsapuri Mutiara Kas...
14/03/2026

13 Mac 2026 | Segama

Ketua Bahagian, tuan Haji Ir Rajesh Yusof telah berkesempatan hadir ke Masjid Pangsapuri Mutiara Kasih bagi menyantuni golongan asnaf dalam satu majlis moreh yang telah diadakan sambil menyampaikan sumbangan bakul makanan & tunai kepada 100 orang penerima.

Dalam ucapan ringkas, beliau menyatakan bahawa PGRS Segama bersama-sama dengan UPPM DUN N61 Segama akan terus berusaha menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh para penghuni pangsapuri. Mereka tidak akan dipinggirkan.

"penduduk di pangsapuri ini sangat dekat di hati saya, justeru, jika saya tidak jadi Ketua Bahagian sekalipun, saya akan terus berusaha membantu apa yang termampu" ujar beliau.

Sebelum itu, beliau telah diberi kesempatan untuk mengimami solat fardhu Isyak dan Terawih bersama-sama para penghuni pangsapuri.

Turut hadir dalam program ini ialah puan Yusleena Datuk Hj. Yusof, Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N61 Segama, Ketua Wanita, puan Rospinah Tambulak, Ketua Beliawanis, puan Jumrah Mursalim serta staff-staff UPPM dan AJK Bahagian PGRS Segama.




Address

Segama
Segama

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gagasan Rakyat N61 Segama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share