07/03/2022
MENYANTUNI GOLONGAN MUDA DI PALONG TIMUR
7 Mac - Calon Parti Pejuang Sdr Tn. Hanafi Bin Ahmad meluangkan masa bersama penduduk di Felda Palong Timur.
“Banyak aduan yang kita terima dari penduduk sekitar tentang pelbagai masalah yang dihadapi setelah sekian lama akan tetapi tidak dapat diselesaikan. Kita terima segala aduan dari penduduk & akan menghubungkan setiap permasalahan pada badan berkaitan.”
Tambahnya lagi, “Kita membantu atas dasar Yang Berkhidmat kepada setiap penduduk, bukan Yang Behormat. Setiap permasalahan dari penduduk perlu dijadikan perkara yang sangat utama pada diri kita sebagai Wakil Rakyat.”