27/05/2025
CARA BILAS 3 KALI BEKAS RACUN
Prosedur membilas mestilah sekurang-kurangnya TIGA KALI bilasan. Berikut adalah prosedur yang mesti diamalkan :-
1. Tuangkan semua racun dari dalam bekas racun kedalam tong penyembur (knapsack sprayer) dan tunggu selama 30 saat.
2. Isikan air bersih ke dalam bekas racun tersebut sehingga suku bahagian dalam bekas racun.
3. Tutupkan bekas racun tersebut dengan penutupnya dan kemudian goncang sehingga rata selama 30 saat.
4. Tuangkan air bilasan tersebut kedalam tong penyembur racun semuanya.
5. Masukkan lagi air bersih ke dalam bekas racun suku bahagian buat kali kedua.
6. Goncang selama 30 saat apabila penutup diketatkan.
7. Tuang air tersebut kedalam tong penyembur.
8. Masukkan air bersih ke dalam bekas racun untuk bilasan kali ketiga dan kemudian masukkan air bilasan ketiga ke dalam tong penyembur sehingga habis. Cuci bahagian luar bekas tong sehingga bersih.
9. Ambil penebuk untuk menebuk bahagian bawah bekas racun agar ianya tidak boleh digunakan lagi.
10. Keringkan bekas racun tadi dengan terbalikan ke bawah. Apabila cukup kering boleh dimasukan ke dalam pusat pengumpulan bekas racun berbumbung.
*Kaedah ini mempastikan bahawa residu racun yang ada didalam bekas racun tersebut adalah minimum setelah dibilas 3 kali. Risiko terhadap pencemaran racun adalah dapat diminimakan.