SMK. Dato' HJ. Hussein

SMK. Dato' HJ. Hussein Page FB rasmi SMK. Dato' Hj. Hussein

13/11/2025
13/11/2025

π’π€π‹π€πŒ π“π€πŠπ™πˆπ€π‡, 𝐀𝐋-π…π€π“πˆπ‡π€π‡

Seluruh warga SMKDHH merakamkan ucapan takziah atas pemergian pelajar tingkatan 3, Muhammad Eiman Heykal bin Harman.

Muhammad Eiman Heykal bin Harman menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping jam 10.00 pagi (12 November, Rabu).

Semoga ahli keluarga allahyarham tabah dan sabar menerima ujian ini.

Ψ§ΩŽΩ„Ω„Ω‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ§ΨΊΩ’ΩΩΨ±Ω’Ω„ΩŽΩ‡Ω ΩˆΩŽΨ§Ψ±Ω’Ψ­ΩŽΩ…Ω’Ω‡Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΨ§ΩΩΩ‡Ω ΩˆΩŽΨ§ΨΉΩ’ΩΩ ΨΉΩŽΩ†Ω’Ω‡Ω
"Ya Allah! Ampunilah almarhum Muhammad Eiman Heykal, anugerahkan rahmat-Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."

Al-Fatihah🀲

07/11/2025

Salam Takziah kepada seluruh keluarga En. Ab Ghaffar bin Abd Ghani, bekas guru SMK Dato’ Hj. Hussein telah kembali ke rahmatullah pada 28 Oktober 2025.

daripada:
Seluruh warga pendidikan
Daerah Larut Matang dan Selama

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐑𝐄𝐒𝐓𝐔 πˆπ‹πŒπ”, π’πŽπ‹π€π“ 𝐇𝐀𝐉𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’πˆπSelesai Majlis Restu Ilmu, Solat Hajat dan Bacaan Yasin sempena Peperiksa...
31/10/2025

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐑𝐄𝐒𝐓𝐔 πˆπ‹πŒπ”, π’πŽπ‹π€π“ 𝐇𝐀𝐉𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π’πˆπ

Selesai Majlis Restu Ilmu, Solat Hajat dan Bacaan Yasin sempena Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Ustaz Hj Md Ramly bin Hj Mahmood selaku Penolong Kanan Pentadbiran menyampaikan amanat kepada ibu, bapa dan pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang hadir. Antara intipati amanat yang disampaikan ialah 'jika Allah izinkan kejayaan buat anak-anak, in sha Allah kejayaan akan jadi milik anak-anak dan Allah akan anugerahkan kejayaan buat sesiapa yang berusaha'.

Semoga apa yang diusahakan pada harini membuahkan hasil yang bermanfaat untuk anak-anak SMKDHH.

Selamat maju jaya, selamat menduduki peperiksaan.

πŒπˆππ†π†π” π”π‰πˆπ€π π€πŠπ‡πˆπ‘ π’π„π’πˆ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ (𝐔𝐀𝐒𝐀) 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ“π€πŠπ’πˆπ‘π€π π€πŠπ‡πˆπ‘ π’π„π’πˆ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ (𝐏𝐀𝐒𝐀)Pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 menduduki...
30/10/2025

πŒπˆππ†π†π” π”π‰πˆπ€π π€πŠπ‡πˆπ‘ π’π„π’πˆ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ (𝐔𝐀𝐒𝐀) 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ“π€πŠπ’πˆπ‘π€π π€πŠπ‡πˆπ‘ π’π„π’πˆ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ (𝐏𝐀𝐒𝐀)

Pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) manakala pelajar tingkatan 4 menduduki Pentaksiran Akhir Sesi Akademik (UASA).

Terus berjuang buat anak-anak SMKDHH, semoga kejayaan cemerlang milik anak semua. Ujian adalah peluang untuk membuktikan berapa banyak yang telah anda pelajari dan persediaan yang rapi adalah kunci menghadapi peperiksaan dengan tenang.

Sokongan dan doa ibu, ayah, guru serta seluruh warga sekolah mengiringi kejayaan anak-anak.

28/10/2025

π’π€π‹π€πŒ π“π€πŠπ™πˆπ€π‡, 𝐀𝐋-π…π€π“πˆπ‡π€π‡

Seluruh warga SMKDHH merakamkan ucapan takziah atas pemergian almarhum Cikgu Abd Ghaffar bin Abdul Ghani.

Pemergian Cikgu Ghaffar merupakan satu kehilangan besar buat SMKDHH. Besar jasa dan pengorbanan almarhum dalam melahirkan insan-insan berilmu. Semoga ilmu yang dikongsikan sepanjang kehidupan almarhum, menjadi saham kebaikan di akhirat.

Ψ§ΩŽΩ„Ω„Ω‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ§ΨΊΩ’ΩΩΨ±Ω’Ω„ΩŽΩ‡Ω ΩˆΩŽΨ§Ψ±Ω’Ψ­ΩŽΩ…Ω’Ω‡Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΨ§ΩΩΩ‡Ω ΩˆΩŽΨ§ΨΉΩ’ΩΩ ΨΉΩŽΩ†Ω’Ω‡Ω
"Ya Allah! Ampunilah almarhum Cikgu Ghaffar, anugerahkan rahmat-Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."

Al-Fatihah🀲

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„π‘πŠπ€πŒππ”ππ†π€π πˆπ‹πŒπ” π’ππŒ & π’π“ππŒ 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐈𝐈𝐈/πŸπŸŽπŸπŸ“Tahniah kepada anak-anak SPM dan STPM terpilih menyertai Perkampungan ...
26/10/2025

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„π‘πŠπ€πŒππ”ππ†π€π πˆπ‹πŒπ” π’ππŒ & π’π“ππŒ 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐈𝐈𝐈/πŸπŸŽπŸπŸ“

Tahniah kepada anak-anak SPM dan STPM terpilih menyertai Perkampungan Ilmu Fasa III/2025 bertempat di Serdang Lake View pada 24 dan 25 Oktober (Jumaat dan Sabtu).

Melalui pendekatan 'guru muda' di bawah bimbingan Panitia Matematik, pelajar-pelajar didedahkan dengan cara pembelajaran berkesan iaitu pembelajaran melalui rakan sebaya dan guru sebagai pemudahcara.

Tahniah kepada warga SMKDHH atas kebersamaan menjayakan Program Perkampungan Ilmu Fasa III/2025. Semoga apa yang diusahakan membuahkan hasil cemerlang khususnya bagi anak SPM dan STPM.

Tahniah!

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‚π‡πˆLL𝐂𝐇𝐀𝐓 ππ€π’πˆ π‹π„πŒπ€πŠ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 π“πˆππ†πŠπ€π“π€π πŸ“Pihak sekolah sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan khususnya dal...
03/10/2025

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‚π‡πˆLL𝐂𝐇𝐀𝐓 ππ€π’πˆ π‹π„πŒπ€πŠ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 π“πˆππ†πŠπ€π“π€π πŸ“

Pihak sekolah sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan khususnya dalam peperiksaan SPM melalui pelbagai program, aktiviti dan majlis yang dirancang.

Usaha tidak mengkhianati hasil. Semoga Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hj Hussein terus cemerlang dalam SPM.

ππ’πŠππ πŸπŸŽπŸπŸ“ πŒπ„π‹π€ππ”π‡πŠπ€π π“πˆπ‘π€πˆTahniah dan terima kasih buat semua ahli jawatankuasa pelaksana PSKPP bagi acara sepak takraw...
28/09/2025

ππ’πŠππ πŸπŸŽπŸπŸ“ πŒπ„π‹π€ππ”π‡πŠπ€π π“πˆπ‘π€πˆ

Tahniah dan terima kasih buat semua ahli jawatankuasa pelaksana PSKPP bagi acara sepak takraw, para pemain serta semua pihak terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.

Tahniah buat semua pasukan. Kalah dan menang adat pertandingan. Semoga berjumpa lagi.

Mentari terbit sinarnya terang,
Menyinari bumi sepanjang jalan.
Bersatu hati kita berjuang,
Kalah menang adat pertandingan.


ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ„πŒππ€π‘π€ π’π€πˆππ’ (π€π’π“π‘πŽπ’π“π„πŒ ππ„ππ†π„πŒππ€π‘π€ ππˆππ“π€π‘)Program telah berlangsung pada 24 September (Rabu) bertempat di Perpu...
26/09/2025

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ„πŒππ€π‘π€ π’π€πˆππ’ (π€π’π“π‘πŽπ’π“π„πŒ ππ„ππ†π„πŒππ€π‘π€ ππˆππ“π€π‘)

Program telah berlangsung pada 24 September (Rabu) bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Selama.

Program berkonsepkan Science, Technology, Engineering menjadi nilai tambah kepada pelajar. Bidang STEM mendedahkan pelajar kepada projek-projek yang berfokus kepada kreatif, inovatif, dan aplikatif.

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‰π€π˜π€ π–π€π‘πˆπ’ π“πˆππ†πŠπ€π“π€π 𝟏-π“πˆππ†πŠπ€π“π€π πŸ’Telah berlangsung Program Jaya Waris Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 4 pada 24 ...
26/09/2025

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‰π€π˜π€ π–π€π‘πˆπ’ π“πˆππ†πŠπ€π“π€π 𝟏-π“πˆππ†πŠπ€π“π€π πŸ’

Telah berlangsung Program Jaya Waris Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 4 pada 24 September 2025 (Rabu).

Tahniah dan terima kasih kepada ibu/bapa/penjaga/waris atas kebersamaan sepanjang program.

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πƒπˆπ€π‹πŽπ† ππ‘π„π’π“π€π’πˆ π’ππŒ πŸπŸŽπŸπŸ“Tahniah dan terima kasih kepada semua ibu/bapa/penjaga/waris yang telah hadir Program Di...
26/09/2025

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πƒπˆπ€π‹πŽπ† ππ‘π„π’π“π€π’πˆ π’ππŒ πŸπŸŽπŸπŸ“

Tahniah dan terima kasih kepada semua ibu/bapa/penjaga/waris yang telah hadir Program Dialog Prestasi SPM 2025 pada hari ini (26 September, Jumaat).

Dialog Prestasi SPM menjadi platform untuk guru-guru menyampaikan perkembangan dan pencapaian anak-anak di sekolah khususnya dalam peperiksaan.

Semoga keputusan peperiksaan SPM tahun ini terus cemerlang.

Address

Jalan Wan Mad Razali
Selama
34100

Telephone

+6058394048

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK. Dato' HJ. Hussein posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SMK. Dato' HJ. Hussein:

Share