Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat

Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat https://hululangat.selangor.gov.my/ Daerah Hulu Langat merupakan satu daripada 9 daerah yang terdapat di Negeri Selangor.

Daerah Hulu Langat terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan bersempadanan dengan:
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Daerah Gombak di sebelah Barat Laut;
Daerah Petaling di sebelah Barat;
Daerah Sepang di sebelah Barat Daya;
Negeri Pahang di sebelah Timur Laut; dan
Negeri Sembilan disebelah Selatan dan Timur

Profail Daerah

Keindahan Daerah Hulu Langat dicerna oleh ungkapan

"kampung di tengah bandar besar". Ini kerana suasana tradisi dan keindahan kampung masih tetap wujud di sini meskipun dihimpit oleh pembangunan yang agak pesat dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kedudukannya yang hampir dengan Persekutuan Putrajaya. Ia merupakan daerah ke 5 terbesar di Negeri Selangor. Daerah ini terletak di dalam kawasan Lembah Klang. Daerah ini mempunyai 7 buah Mukim yang diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara iaitu :-

1) Ampang dengan keluasan 3,901 hektar.
2) Beranang dengan keluasan 6,184 hektar.
3) Cheras dengan keluasan 5,973 hektar.
4) Hulu Langat dengan keluasan 29,542 hektar.
5) Hulu Semenyih dengan keluasan 18,405 hektar.
6) Kajang dengan keluasan 9,340 hektar.
7) Semenyih dengan keluasan 9,599 hektar.

๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅKajang bergegar hebat semalam! Stadium Kajang buat julung kal...
31/08/2026

๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ

Kajang bergegar hebat semalam! Stadium Kajang buat julung kalinya menjadi saksi sejarah apabila laungan keramat "Merdeka!" dilaungkan bergema penuh bertenaga oleh YAB Datoโ€™ Seri Amirudin bin Shari, Datoโ€™ Menteri Besar Selangor, menandakan kemuncak Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor ke-69.

Suasana malam bersejarah ini turut diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan tertinggi negeri, antaranya YB Dato' Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; YB Mohamad Onn Bin Abd. Aziz, Penasihat Undang-Undang Negeri; YB Dato' Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor; barisan Exco Kerajaan Negeri; YBhg. Datoโ€™ Johary bin Anuar serta YBhg. Dato' Amirul Azizan bin Abd. Rahim, Timbalan-Timbalan Setiausaha Kerajaan; bersama barisan pegawai kanan pentadbiran negeri.

Kehangatan sambutan tahun ini mencipta fenomena tersendiri apabila kehadiran lebih 20,000 pengunjung setia membanjiri stadium dan bertahan hingga ke penghujung Konsert Merdeka 69. Kehebatan perayaan ini turut diserikan dengan langkah tegap dan bertenaga daripada kontinjen Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat (PDTHL) yang bangga menyertai perarakan utama.

Pentas perayaan turut disajikan dengan pelbagai tarikan luar biasa, termasuk aksi mendebarkan persembahan payung terjun oleh VAT 69 Komando buat pertama kalinya, perarakan megah kontinjen jabatan kerajaan, swasta, pancaragam sekolah, ATM, dan PDRM, serta demonstrasi taktikal cegah jenayah yang memukau penonton.

Lebih manis, pengunjung diraikan dengan agihan 100,000 cucuk sate, di samping dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan, pertunjukan bunga api dan cahaya yang memukau, serta alunan suara merdu daripada ikon-ikon seni tanah air seperti Datuk Ramli Sarip, Datuk Awie, Wani Kayrie, Ukays, Gerhana Ska Cinta, dan Merrah.

Berteraskan tema โ€œMalaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmatiโ€, sambutan ini membuktikan keutuhan perpaduan dan semangat patriotisme rakyat yang terus subur. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ






โœจ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— โœจMerdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPegawai Daerah Hulu Langat serta seluruh warga D...
30/08/2026

โœจ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ— โœจ

Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pegawai Daerah Hulu Langat serta seluruh warga Demesne dengan penuh rasa bangga dan kesyukuran mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga daerah Hulu Langat.

Sempena menyambut ambang kemerdekaan yang ke-69 ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti sebuah kebebasan dan perpaduan. Berteraskan tema ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐š๐ญ๐ข, kami di PDT Hulu Langat komited untuk terus memperkasakan mutu penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, inklusif, dan berintegriti demi kesejahteraan penduduk setempat serta kemajuan daerah yang tercinta.

Mari kita terus berganding bahu, menyemarakkan semangat patriotisme, dan memelihara keharmonian tanah air kita.

30/08/2026
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ DIKIBAR SEMANGAT, DIJUNJUNG KECEMERLANGAN!Selamat maju jaya diucapkan kepada Kontinjen PDT Hulu Langat sempena penyer...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ DIKIBAR SEMANGAT, DIJUNJUNG KECEMERLANGAN!

Selamat maju jaya diucapkan kepada Kontinjen PDT Hulu Langat sempena penyertaan dalam Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Selangor.

Semoga setiap barisan langkah yang seiring menjadi saksi kepada keutuhan sepasukan jiwa yang membara untuk PDT Hulu Langat tercinta. Teruskan melakar sejarah!

PDT Hulu Langatโœจ๐Ÿ’ช ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

30/08/2026
28/08/2026
28/08/2026
๐™†๐˜ผ๐™๐™‰๐™๐™€๐™ ๐™†๐™๐™๐™„๐™‹๐˜ผ๐™‰ ๐˜พ๐™๐™†๐˜ผ๐™„ ๐™๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™ƒ/๐™‹๐™€๐™๐˜ผ๐™†Hebahan buat warga Semenyih dan kawasan sekitarnya!Kaunter kutipan akan dibuka seperti ...
27/08/2026

๐™†๐˜ผ๐™๐™‰๐™๐™€๐™ ๐™†๐™๐™๐™„๐™‹๐˜ผ๐™‰ ๐˜พ๐™๐™†๐˜ผ๐™„ ๐™๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™ƒ/๐™‹๐™€๐™๐˜ผ๐™†

Hebahan buat warga Semenyih dan kawasan sekitarnya!

Kaunter kutipan akan dibuka seperti ketetapan berikut :
Tarikh : ๐Ÿฎ๐Ÿต ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚)
Masa : ๐Ÿด.๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ - ๐Ÿญ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ต ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ
Tempat : ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ถ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ถ๐—ต
๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚ & ๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ
๐—๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ถ๐—ต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—น ๐Ÿญ,
๐—ง๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ถ๐—ต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—น,
๐Ÿฐ๐Ÿฏ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ถ๐—ต, ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฟ

Pautan Lokasi : https://maps.app.goo.gl/RYXkgrjWWu6kpn118

26/08/2026

Address

Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat, Bangunan Sultan Hisamuddin Alam Shah, Kompleks Pentadbiran Daerah, Persiaran Pusat Bandar, Seksyen 9
Selangor Darul Ehsan
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat:

Shortcuts

Share