JPKK Sungai Ramal Luar, Kajang.

JPKK Sungai Ramal Luar, Kajang. Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK). Laman ini dikelola oleh Admin Pengerusi / Ketua Kampung Tradisi
Sungai Ramal Luar, Kajang, Selangor.

20/04/2025
26/08/2024
26/08/2024

"PERTANDINGAN PAKAIAN TRADISI TEMA MERDEKA DUN SUNGAI RAMAL 2024"

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, kami mengalu-alukan penyertaan kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun untuk menampilkan pakaian tradisional mereka yang penuh dengan semangat patriotik.

Butiran Pertandingan :
✅ Tema : Jiwa Merdeka
✅ Tarikh : 1 September 2024 (Ahad)
✅ Masa : 10 pagi
✅ Tempat : Ruang Legar, Kompleks PKNS, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi

Hadiah Menarik Menanti Anda :
🏆 Hadiah Pertama : RM500
🥈 Hadiah Kedua : RM300
🥉 Hadiah Ketiga : RM200
🎁 5 Hadiah Saguhati :

Jangan lepaskan peluang untuk menyemarakkan semangat merdeka melalui pakaian tradisional yang penuh warna-warni dan keunikan budaya Malaysia. Sertai pertandingan ini dan tunjukkan "Jiwa Merdeka" anak-anak 🇲🇾

Daftar segera dan datang beramai-ramai untuk memeriahkan suasana.

Sila isikan link untuk pendaftaran 👇 https://forms.gle/Y4RUnDhDMZLbjJzZ8

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan! 🎉

admin
26 Ogos 2024

26/08/2024

"PERTANDINGAN MEWARNA HARI MERDEKA DUN SUNGAI RAMAL 2024"

Sempena Hari Kemerdekaan tahun ini, DUN Sungai Ramal mengajak semua kanak-kanak berbakat untuk menyertai Pertandingan Mewarna dengan tema "Jiwa Merdeka" pada :

✅ Tarikh : 1 September 2024 (Ahad)
✅ Masa : 9.30 pagi
✅ Tempat : Ruang Legar Kompleks PKNS, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
✅ Tema :Jiwa Merdeka

🇲🇾 KATEGORI :
✅ Tahap 1 : 6-8 tahun
✅ Tahap 2 : 9-12 tahun

👉 BUTIRAN PERTANDINGAN :
🕒 Masa diperuntukkan : 90 minit
🎨 Peralatan : Bawa sendiri (pensel warna, krayon, dll.)

🛍️ HADIAH MENARIK :
🏆 Hadiah Pertama : RM300
🥈 Hadiah Kedua : RM200
🥉 Hadiah Ketiga : RM100

Daftar segera dan pastikan anda hadir dengan semangat yang membara.

Sila daftar segera di link 👇
https://forms.gle/j6U3tXAWpswsRgLL7

Selamat mewarna, dan Selamat Hari Merdeka! 🎉

admin
26 Ogos 2024

Sidang Media Insentif Mama Kerja Selangor 2024 bersama YB Puan Anfaal Saari, Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyara...
13/07/2024

Sidang Media Insentif Mama Kerja Selangor 2024 bersama YB Puan Anfaal Saari, Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Selangor.

Insentif tunai ini diberikan kepada wanita Selangor, khususnya para ibu yang bekerja bagi membantu meringankan beban kos penjagaan anak.

Pemohon yang layak boleh mengisi permohonan di aplikasi Selangkah atau laman sesawang https://mamakerja.selangkah.my/





JPKK Sungai Ramal Luar, Kajang.

BINGKAS.Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor dibuka 1 Julai 2024.Tarikh tutup permohonan 15 Ogos 2024.Boleh buat...
13/07/2024

BINGKAS.

Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor dibuka 1 Julai 2024.

Tarikh tutup permohonan 15 Ogos 2024.

Boleh buat permohonan secara ONLINE di www.bingkasselangor.com

JPKK Sungai Ramal Luar, Kajang.

Program Saringan Kesihatan MPP Zon 7 MPKJWarga Zon 7 jom keluar ramai - ramai untuk membuat saringan kesihatan secara PE...
11/07/2024

Program Saringan Kesihatan MPP Zon 7 MPKJ

Warga Zon 7 jom keluar ramai - ramai untuk membuat saringan kesihatan secara PERCUMA.

Masa : 10 pagi - 4 petang
Tarikh : 13 Julai 2024 (Sabtu)
Tempat : Dewan Pangsapuri Taman Sri Kenari

Tarikh : 14 Julai 2024 (Ahad)
Tempat : Dewan Komuniti MPKJ Taman Impian Ehsan

Orang ramai dijemput hadir.

Program Saringan Kesihatan MPP Zon 7 MPKJ

Warga Zon 7 jom keluar ramai - ramai untuk membuat saringan kesihatan secara PERCUMA.

Masa : 10 pagi - 4 petang
Tarikh : 13 Julai 2024 (Sabtu)
Tempat : Dewan Pangsapuri Taman Sri Kenari

Tarikh : 14 Julai 2024 (Ahad)
Tempat : Dewan Komuniti MPKJ Taman Impian Ehsan

Antara saringan yang akan diadakan :
- Saringan Peka B40
- Saringan HSP oleh Perkeso
- Pemeriksaan Mata Percuma
- Pemeriksaan Mamogram
- Pemeriksaan Ginekologi
- Pemeriksaan Pap Smear

Kami juga membekalkan subsidi atas tempahan cermin mata. Bagi remaja perempuan berumur 12 - 13 tahun boleh mendapatkan Vaksin HPV secara PERCUMA.

Bagi yang ingin mendapat maklumat / nasihat daripada Jabatan Kebajikan Malaysia juga boleh datang ke program ini.

Jangan lupa hadir :)

Address

Balairaya Sungai Ramal Luar, Jalan Pkns 2, Sungai Ramal Luar, Kajang
Selangor
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Sungai Ramal Luar, Kajang. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share