PAS Hulu Langat Page Rasmi

PAS Hulu Langat Page Rasmi Page Rasmi PAS Kawasan Hulu Langat

Perkongsian yang sangat menarik berkenaan silibus sejarah Kurikulum UEC.
26/07/2026

Perkongsian yang sangat menarik berkenaan silibus sejarah Kurikulum UEC.

BEZA SILIBUS UEC DAN SPM TENTANG SEJARAH CHINA

Nga Kor Ming dan pimpinan DAP marah apabila Sanusi menyebut:

“Orang India ada India, orang Cina ada China… Melayu di mana? Melayu di sini saja.”

Lalu dibalas bahawa orang Cina Malaysia lahir di Malaysia, warganegara Malaysia dan Malaysia ialah tanah air mereka.

Nga Kor Ming siap tunjuk kad pengenalan.

SAYA SETUJU 100%

Orang Cina Malaysia adalah rakyat Malaysia. Hak mereka sebagai warganegara tidak berkurang sedikit pun kerana keturunan mereka.

PAS tidak memusuhi orang Cina kerana mereka Cina. Sahabat Cina ada dalam DHPP. Rakyat Cina sentiasa disantuni.

Tetapi jangan p**a kerana terlalu ghairah menyerang Sanusi, kita pura-pura tidak memahami konteksnya.

Sanusi bercakap tentang akar sejarah dan peradaban sesuatu bangsa.

Dan kalau DAP begitu marah apabila Sanusi menghubungkan orang Cina dengan China, mari kita lihat sesuatu yang menarik.

Bandingkan kurikulum Sejarah SPM dengan UEC yang DAP begitu bersungguh-sungguh mahu kerajaan iktiraf.



SPM PUN BELAJAR CHINA

Pelajar SPM memang belajar sejarah China.

Dalam KSSM Tingkatan 4, misalnya, mereka mempelajari nasionalisme China bersama India, Jepun, Empayar Uthmaniyah dan negara-negara lain.

Tetapi keseluruhan Sejarah Tingkatan 4 dan 5 berpusat kepada perjalanan pembinaan negara Malaysia:

📗Nasionalisme di negara kita, Malayan Union, Persekutuan Tanah Melayu, Darurat, pilihan raya, kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan, Raja Berperlembagaan, pembentukan Malaysia dan pembangunan negara.

China dipelajari sebagai sebahagian daripada konteks sejarah Asia dan dunia.

Malaysia tetap menjadi paksi utamanya.



BAGAIMANA P**A UEC?

Pada peringkat Senior Middle (setakat semakan silibus 2024), kurikulum Sejarah dibahagikan kepada tiga blok besar:

1. Malaysia dan Asia Tenggara
2. Sejarah Asia Timur
3. Eropah, Amerika, Asia Barat dan Asia Selatan

Maknanya, Asia Timur mendapat satu buku tahunan tersendiri — sekitar satu pertiga daripada keseluruhan waktu pengajaran kandungan Sejarah Senior Middle.

Saya tidak kata satu pertiga itu semuanya China. Jepun dan Korea juga dipelajari.

Tetapi baca apa D**g Zong sendiri katakan mengenai bahagian penting sejarah Asia Timur:

“以中国历史发展为主轴”

Maksudnya:

PERKEMBANGAN SEJARAH CHINA SEBAGAI “PAKSI UTAMA”.

Dan kandungannya bukan sedikit.

Pelajar mengikuti sejarah China secara continuum:

📕 Zhou → Qin → Han → Sui → Tang → Song → Yuan → Ming → Qing

kemudian bersambung kepada:

📕 Sun Yat-sen → Revolusi 1911 → Kuomintang → Parti Komunis China → Chiang Kai-shek → Mao Zedong → PRC → Deng Xiaoping dan China moden.

Bandingkan dengan SPM.

SPM tidak mengajar keseluruhan perjalanan dinasti dan politik China ini sebagai suatu continuum sejarah tersendiri.



KENAPA CHINA DIBERI KEDUDUKAN BEGITU?

D**g Zong sendiri menerangkan bahawa bahagian tersebut berkaitan dengan:

📕 “the formation and evolution of the Chinese culture.”

Tetapi yang lebih menarik ialah objektif rasmi kurikulumnya.

Salah satu objektif pembelajaran sejarah ialah meningkatkan pengetahuan mengenai kebudayaan Cina dan akhirnya:

📌 “DISSEMINATE CHINESE CULTURE.”

Menyebarkan kebudayaan Cina.

Ini bukan kenyataan Sanusi.

Bukan propaganda PAS.

Ini dokumen kurikulum D**g Zong sendiri.



SALAHKAH BELAJAR SEJARAH CHINA?

Tidak.

Belajarlah.

Tamadun China ialah salah satu tamadun terbesar dunia. Pelajar Melayu pun patut mengenali Dinasti Tang, Perang Candu, Sun Yat-sen dan Mao.

Dan untuk berlaku adil, UEC juga mempunyai satu blok khusus mengenai Malaysia dan Asia Tenggara.

Isunya bukan sama ada sejarah China boleh dipelajari.

Isunya ialah:

📌 Apakah falsafah pendidikan yang patut menjadi asas kepada kelayakan yang mahu diberikan pengiktirafan rasmi oleh Malaysia?



KEMBALI KEPADA NGA KOR MING

Kalau menghubungkan bangsa Cina dengan sejarah dan peradaban China dianggap begitu perkauman sehingga Sanusi perlu dikecam, saya cuma mahu bertanya:

❓Mengapa sistem pendidikan yang DAP begitu kuat perjuangkan pengiktirafannya meletakkan sejarah China sebagai “paksi utama” dalam bahagian penting kurikulumnya dan menyebut “disseminate Chinese culture” sebagai salah satu objektifnya?

Sanusi tidak berkata:

❌“Cina Malaysia balik China.”

✅ Beliau bercakap mengenai akar sejarah bangsa.

Rakyat Malaysia berketurunan Cina tetap saudara senegara kita.

Pertikaian kita bukan dengan orang Cina.

Pertikaian politik kita ialah dengan DAP, khususnya apabila mereka mahu mengiktiraf UEC.

Dan di sinilah ironinya.

Sanusi sebut China sebagai akar peradaban bangsa Cina — DAP marah.

Tetapi kurikulum UEC sendiri mengajar:

Zhou → Qin → Han → Tang → Song → Yuan → Ming → Qing → Mao → China moden,

menyebut sejarah China sebagai “paksi utama”, dan mempunyai objektif “disseminate Chinese culture” —

itu p**a DAP mahu Malaysia iktiraf.

Jadi siapa sebenarnya yang meletakkan China begitu dekat dengan identiti budaya Cina?

Sanusi?

PAS?

Atau dokumen kurikulum UEC sendiri?

Malaysia adalah rumah kita bersama.

Tetapi rumah ini mempunyai sejarah, Bahasa Kebangsaan, Perlembagaan dan institusinya sendiri.

Kita boleh berkongsi rumah.

Tetapi jangan minta orang Melayu melupakan sejarah rumahnya sendiri.

DR. YUSFARIZAL YUSSOFF

“ASALKAN ADA LEGASI” : BAHASA BAHARU PENYOKONG KERAJAANAda anjakan psikologi yang sangat menarik sedang berlaku dalam ke...
20/07/2026

“ASALKAN ADA LEGASI” : BAHASA BAHARU PENYOKONG KERAJAAN

Ada anjakan psikologi yang sangat menarik sedang berlaku dalam kem penyokong tegar PMX hari ini. Cara mereka membicarakan masa depan pentadbiran ini sudah berubah naratif.

Sebelum ini, mereka penuh yakin,
“PMX terbaik. Reformasi sedang berjalan, ekonomi sedang pulih, dan rakyat lambat-laun akan akur dengan hasilnya.”

Namun hari ini, nada megah itu mula mengendur.

Semakin jarang kita mendengar ayat: “PMX akan menang PRU16.”

Sebaliknya, frasa-frasa baru mula mengambil tempat, bunyinya lebih pasrah:
- “Buat sajalah yang terbaik.”
- “Laksanakan reformasi walaupun tidak pop**ar.”
- “Biar sepenggal, asalkan tinggal legasi.”

Dalam kamus komunikasi politik, ungkapan sebegini bukan sekadar sokongan moral. Ia adalah mekanisme pertahanan psikologi (coping mechanism).

Apabila indikator kejayaan diubah daripada ‘memenangi pilihan raya’ kepada ‘meninggalkan legasi sebelum kalah’, ia memberi isyarat jelas: Kemungkinan tewas sudah mula diterima secara bawah sedar oleh penyokong sendiri.

Ini bukan bermakna mereka sudah kibar bendera putih.

Tetapi ia membuktikan bahawa naratif "penggal kedua" tidak lagi sekukuh dulu. Mitos kebal sudah mula retak.

Kerajaan mungkin boleh mendabik dada dengan majoriti angka di Parlimen. Namun sejarah membuktikan, PRU tidak dimenangi di atas kertas undi Parlimen yang statik. Ia dimenangi di dapur rumah rakyat.

Rakyat tidak menilai legasi melalui angka makroekonomi atau pujian antarabangsa. Mereka menilai melalui soalan-soalan asas kehidupan:
- Adakah kos sara hidup semakin menjerut atau melonggar?
- ⁠Adakah gaji bulanan cukup untuk bertahan hingga hujung bulan?
- ⁠Adakah reformasi itu memperbaiki hidup mereka, atau sekadar retorik di podium?
- ⁠Yang paling utama: Di mana janji-janji yang dulunya dijulang!

PRU16 masih berbaki, dan garis masa politik sentiasa dinamik.

Namun, apabila jentera dan penyokong kerajaan sendiri sudah mula sibuk memikirkan bagaimana mahu dikenang selepas tumbang, berbanding bagaimana cara untuk menang, itu adalah loceng amaran yang sangat kuat.

Adakah naratif “legasi sepenggal” ini sekadar candu untuk memujuk hati yang mula ragu?

Atau ia adalah pengakuan tidak rasmi bahawa mereka akhirnya sedar gelombang PRU16 tidak akan semudah dongengan yang mereka bayangkan?

Saya menyokong Dato' Dr. Rafie Malek kerana beliau memiliki gabungan ilmu, pengalaman korporat dan pentadbiran kerajaan....
20/07/2026

Saya menyokong Dato' Dr. Rafie Malek kerana beliau memiliki gabungan ilmu, pengalaman korporat dan pentadbiran kerajaan.

Ampangan memerlukan pemimpin berintegriti yang bukan sekadar pandai berpidato, tetapi mampu menyelesaikan masalah rakyat melalui dasar, ekonomi dan tadbir urus yang berkesan demi kesejahteraan bersama.

KENAPA SAYA MENYOKONG DATO’ DR. RAFIE MALEK?

Dalam politik, kita sering melihat pertandingan antara parti.

Tetapi sebenarnya, rakyat sedang memilih siapa yang paling layak mengurus amanah mereka.

Saya melihat Dato’ Dr. Rafie Malek bukan sekadar sebagai seorang calon.

Saya melihat beliau sebagai seorang yang telah membuktikan keupayaannya dalam tiga dunia yang berbeza.

✅ Dunia akademik.

✅ Dunia korporat.

✅ Dunia pentadbiran kerajaan.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dari University of Alabama, MBA dari Oklahoma City University dan Doktor Pendidikan daripada UNISEL.

Beliau juga pernah mengurus syarikat multinasional selama hampir tiga dekad sebelum diberikan amanah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.

Bagi saya, pengalaman seperti ini tidak datang secara kebetulan.

Ia dibina melalui disiplin, pengalaman dan kepercayaan yang diberikan oleh pelbagai pihak.

Hari ini Ampangan memerlukan seorang wakil rakyat yang mampu mendengar masalah rakyat, tetapi dalam masa yang sama memahami bagaimana dasar kerajaan, ekonomi dan pelaburan boleh diterjemahkan menjadi manfaat kepada masyarakat.

Politik bukan sekadar berpidato.

Politik ialah menyelesaikan masalah.

Dan penyelesaian memerlukan ilmu, pengalaman serta integriti.

Atas sebab itulah saya memilih untuk menyokong Dato’ Dr. Rafie Malek.

Semoga rakyat Ampangan memilih berdasarkan keupayaan, bukan sekadar pop**ariti.

DR. YUSFARIZAL YUSSOFF



18/07/2026

Penyatuan Ummah

Himpunan Penamaan Calon PRN 16 N9
N14 AMPANGAN





Alhamdulillah, jentera PAS Kawasan Hulu Langat terus komited turun ke lapangan di DUN Ampangan bagi menyantuni dan berte...
16/07/2026

Alhamdulillah, jentera PAS Kawasan Hulu Langat terus komited turun ke lapangan di DUN Ampangan bagi menyantuni dan bertemu para pengundi sempena PRN Negeri Sembilan (PRN16).

Program ziarah dari rumah ke rumah ini menjadi medan untuk mendengar pandangan rakyat, menyampaikan maklumat serta mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat. Semoga usaha kecil ini diberkati Allah SWT dan menjadi asbab kemenangan buat perjuangan Islam.




16/07/2026
Minda Presiden
15/07/2026

Minda Presiden

Minda Presiden PAS

IRAN TIDAK PERLU SENJATA PEMUSNAH KERANA ZIONIS MENYEDIAKANNYA

Al-Quran Kitab Allah telah menetapkan petunjuk yang diterima oleh umat Islam daripada kalangan semua mazhab yang menghadap satu kiblat yang sama. Firman Allah SWT:

وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ ١٩٠

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 190}

Rasulullah SAW telah mentafsirkannya dalam hadis-hadis yang banyak, bahkan secara sepakat ia diriwayatkan oleh para ulama’ Sunni, Syiah dan mazhab-mazhab yang lain daripada kalangan Ahli Kiblat yang bersolat ke arah satu kiblat dalam perkara yang dinaskan, walaupun mereka berkhilaf dalam masalah furuk yang banyak.

Antara perkara yang disepakati itu ialah hukum peperangan jihad menentang musuh yang melampau dan diharamkan membalas serangan dengan tindakan yang melampau juga. Maka, diharamkan membunuh kanak-kanak, warga tua, kaum wanita dan orang awam yang tidak terlibat dengan peperangan, sehingga ditegaskan larangan tidak boleh mencincang mayat musuh yang telah dibunuh. Hadis Rasulullah SAW:

‌كَانَ ‌رَسُولُ ‌اللَّهِ ‌صَلَّى ‌اللَّهُ ‌عَلَيْهِ ‌وَسَلَّمَ ‌إِذَا ‌بَعَثَ ‌أَمِيرًا ‌عَلَى ‌جَيْشٍ ‌أَوْصَاهُ فِي خَاصَّةِ نَفْسِهِ بِتَقْوَى اللَّهِ وَمَنْ مَعَهُ مِنَ المُسْلِمِينَ خَيْرًا، فَقَالَ: "اغْزُوا بِسْمِ اللَّهِ، وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ، قَاتِلُوا مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ، اغْزُوا وَلَا تَغُلُّوا، وَلَا تَغْدِرُوا، وَلَا تُمَثِّلُوا، وَلَا تَقْتُلُوا وَلِيدًا".

“(Berlaku arahan) apabila Rasulullah SAW melepaskan ketua tentera untuk suatu pasukan pergi berperang Baginda sentiasa berpesan supaya bertaqwa kepada Allah dan bala tentera bersamanya, hendaklah berlaku baik kepada semua Muslim. Seraya bersabda, ‘Berperanglah dengan nama Allah, mengikuti jalan Allah, dan memerangi mereka yang melawan Allah. Berperanglah! Janganlah sekali-kali melampau, jangan melakukan pengkhianatan (menyeleweng), jangan mencincang musuh yang telah dibunuh, jangan membunuh kanak-kanak (dan lain-lain yang tidak terlibat dengan peperangan sehingga akhir hadis yang panjang huraiannya)’.” [Hadis riwayat al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi, Abwab al-Siyar, no. 1617, daripada Buraidah bin Hasib al-Aslamiy. Hadis ini juga diriwayatkan dengan lafaz berbeza dalam riwayat yang lain)

Termasuklah perintah agar melayan tawanan bukan Islam dengan baik, sehingga ia disenaraikan bersama anak yatim dan orang-orang miskin. Firman Allah SWT:

وَيُطۡعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسۡكِينٗا وَيَتِيمٗا وَأَسِيرًا ٨

“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.” [Surah al-Insan: 8]

Selain itu, perintah agar melindungi orang bukan Islam yang meminta perlindungan daripada kezaliman pemerintahnya yang bukan Islam. Firman Allah SWT:

وَإِنۡ أَحَدٞ مِّنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٱسۡتَجَارَكَ فَأَجِرۡهُ حَتَّىٰ يَسۡمَعَ كَلَٰمَ ٱللَّهِ ثُمَّ أَبۡلِغۡهُ مَأۡمَنَهُۥۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡلَمُونَ ٦

“Dan jika ada seorang antara orang Musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah supaya dia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah dia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu, disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.” [Surah al-Tawbah: 6]

Diberikan perlindungan kepada orang bukan Islam dan jangan dikembalikan mereka ke negaranya yang zalim. Sebaliknya mereka diletakkan di tempat yang selamat, sama ada dalam sebuah negara Islam atau negara bukan Islam yang dipilihnya.

Hal ini menunjukkan bahawa Islam telah mendahului undang-undang antarabangsa dan Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UDHR) dalam menetapkan sempadan perikemanusiaan.

Adapun negara haram Israel dan sekutu Zionisnya daripada kalangan kuasa besar dan kecil yang bersamanya melakukan serangan paling ganas tanpa sempadan kemanusiaan dan alam sekitar. Di samping menyediakan senjata pemusnah dan membekalkannya kepada Israel secara bertali arus melalui laut dan udara.

Negara haram itu telah membina sistem jana kuasa nuklear di Beersheba sejak tahun 60-an dengan bantuan Amerika Syarikat dan sekutunya Eropah. Malah, diberikan kebebasan untuk bertindak oleh kuasa besar Amerika Syarikat dan Eropah yang memberi perlindungan melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa veto yang diberikan hak kepada mereka.

Iran mempunyai kekuatan teknologi yang mampu meletupkan nuklear Israel, namun tetap mempunyai perkiraan yang waras kerana luas lapangan mangsanya terhadap rakyat awam Israel sendiri dengan negara jirannya.

Namun, tindakan melampau Zionis Amerika Syarikat dan Israel terhadap penduduk awam, sehingga kanak-kanak di sekolah dan hospital, serta layanan terhadap tawanan perang Palestin yang berbeza dengan Iran dan semua kump**an Islam, Hamas, Tanzim Jihad, Hizbullah, Ansarullah dan lain-lain telah melahirkan simpati masyarakat antarabangsa yang lebih berkesan daripada senjata nuklear dan senjata pemusnah.

Kini, berlaku gelombang protes secara besar-besaran terhadap kerajaan berbagai-bagai negara yang menjadi tekanan kepada Zionis Amerika Syarikat dan Israel.

Berlaku reaksi balas apabila Amerika Syarikat tidak mendapat sokongan yang kuat daripada negara-negara Eropah yang menjadi sekutunya dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengenai tindakan mereka yang mengenakan sekatan terhadap Iran di Selat Hormuz.

Begitu juga tindakan Amerika Syarikat yang menggunakan pangkalannya di negara Arab bagi menyerang Iran menyebabkan kemarahan rakyat, khususnya negara-negara yang mengadakan normalisasi dengan Israel.

Langkah agresif pelampau Yahudi menceroboh Masjid al-Aqsa juga menggerakkan umat Islam kepada perpaduan umat bagi menentang Israel dan juga menggagalkan taktik adu domba yang pernah dilakukan dahulu bagi menjatuhkan kuasa besar Islam.

Perpaduan umat Islam di seluruh dunia dan simpati kemanusiaan masyarakat seluruh pelosok dunia mencetuskan gelombang anti-Zionis, sehingga menjadi senjata yang akan menyegerakan kejatuhan Yahudi dan kehilangan negaranya yang telah dinyatakan oleh Allah dan Rasul-Nya SAW.

Firman Allah SWT:

إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَاۚ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ ٱلۡأٓخِرَةِ لِيَسُـوْءُاْ وُجُوهَكُمۡ وَلِيَدۡخُلُواْ ٱلۡمَسۡجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٖ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوۡاْ تَتۡبِيرًا ٧

“Jika kamu berbuat baik, (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.” [Surah al-Isra’: 7]

Sabda Rasulullah SAW:

‌لَا ‌تَقُومُ ‌السَّاعَةُ ‌حَتَّى ‌يُقَاتِلَ ‌الْمُسْلِمُونَ ‌الْيَهُودَ، فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ، حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ: يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي، فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ، إِلَّا الْغَرْقَدَ، فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ.

“Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehingga kaum Muslimin memerangi orang-orang Yahudi. Maka, kaum Muslimin membunuh mereka sehingga seorang Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pohon, lalu berkata batu atau pohon itu, ‘Wahai umat Islam, wahai hamba Allah, Yahudi ada di belakangku. Datanglah dan bunuhlah dia.’ Kecuali pohon Gharqad, kerana ia daripada pohon orang Yahudi.” [Hadis riwayat Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Fitan wa Asyrath al-Sa‘ah, no. 2922, daripada Abu Hurairah]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 28 Muharram 1448H / 14 Julai 2026

[Bil: 45 / 2026]

13/07/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN HULU LANGAT KALI KE-42Momen sepanjang mesyuarat yang berlangsung setelah majlis pera...
12/07/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN HULU LANGAT KALI KE-42

Momen sepanjang mesyuarat yang berlangsung setelah majlis perasmian pagi tadi. Dipengerusikan oleh Tuan Hj Ramdzan Yaakub.

Dengan Tema :
"Membudaya Fastabiqul Khairat Memimpin Hulu Langat"





See less See less

Address

G-18-1A, Jalan Prima Saujana 2/D, Seksyen 2
Selangor
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Hulu Langat Page Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share