03/07/2026
π πππππ ππππ | πππππππππππ πππππππ π
πππ πππ ππππππ πππππππ πππππ, ππππππππ ππππ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan Salam FAMA Di Hati Rakyat.
Semalam, saya amat menghargai kesempatan untuk bersama-sama warga FAMA dalam Perhimpunan Bulanan FAMA dan Majlis Seuntai Kasih, Sekalung Budi di Dewan Bunga Raya, Ibu Pejabat FAMA.
Majlis ini menjadi satu kenangan yang sangat bermakna buat saya, lebih-lebih lagi apabila hari ini secara rasminya saya telah menamatkan perkhidmatan dan bersara wajib.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan FAMA, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, barisan pengurusan tertinggi, warga Ibu Pejabat, FAMA Negeri-negeri serta seluruh warga FAMA atas penganjuran majlis yang begitu indah, tertib dan menyentuh hati.
Segala ingatan, doa, sokongan dan tanda kasih yang diberikan amat saya hargai. Sepanjang berada dalam organisasi ini, saya percaya kejayaan FAMA bukan datang daripada seorang individu, tetapi daripada kebersamaan seluruh warga kerja yang sentiasa memberi komitmen terbaik.
Kepada seluruh warga FAMA, terima kasih atas sokongan, kerjasama, teguran, pandangan, tenaga dan doa sepanjang saya memikul amanah ini. Semuanya akan saya kenang sebagai sebahagian daripada perjalanan yang sangat berharga.
Teruskanlah menjaga nama baik FAMA. Teruskan bekerja sebagai satu pasukan, dengan semangat integriti dan inklusiviti sebagai pemacu kejayaan.
Patah galah di dalam perahu
Perahu berlabuh di tepi jeti
Segala pengalaman menjadi ilmu
Jasa dan sokongan kekal di hati
Akhir kata, saya mendoakan agar FAMA terus maju, terus dihormati dan terus memberi manfaat kepada petani, usahawan tani, industri agromakanan dan rakyat.
Terima kasih atas segala kenangan, sokongan dan persahabatan. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan tuan-tuan dan puan-puan dengan sebaik-baik ganjaran.
Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, saya menutup lembaran perkhidmatan ini sebagai satu perjalanan yang amat bermakna.
Saya, Abdul Rashid bin Bahri, signing off.