Pejabat Penyelaras DUN Semenyih

Pejabat Penyelaras DUN Semenyih Pejabat Penyelaras DUN Semenyih
Mendekati rakyat. Menyelesaikan masalah. Membina masa depan bersama.

 ⚠️ BERTINDAK SEKARANG SEBELUM TERLEWAT! DENGGI SEDANG MERAGUT NYAWA SEKARANG! ⚠️Situasi denggi di Selangor kini berada ...
16/07/2026



⚠️ BERTINDAK SEKARANG SEBELUM TERLEWAT! DENGGI SEDANG MERAGUT NYAWA SEKARANG! ⚠️

Situasi denggi di Selangor kini berada di tahap yang amat membimbangkan. Ini bukan lagi ramalan atau jangkaan kerana kes kematian disebabkan denggi sedang benar-benar berlaku di sekeliling kita sekarang!

Denggi sangat bahaya dan wajib diambil berat oleh setiap daripada kita. Jangan tunggu sehingga ada ahli keluarga atau jiran terdekat kita yang menjadi korban seterusnya baru kita nak menyesal. Pencegahan tidak boleh diharap pada pihak berkuasa sahaja, ia bermula dari rumah dan komuniti kita sendiri!

Apa tindakan segera kita?
1️⃣ Individu: Luangkan 10 minit seminggu untuk cari dan musnahkan sebarang takungan air di dalam dan luar rumah. Guna repelen serangga dan sembur insektisida di dalam rumah.
2️⃣ Komuniti: Bersatu hati anjurkan gotong-royong, pastikan aliran longkang lancar bebas takungan, dan pantau kawasan terbiar yang berisiko.

Nyawa tiada galang ganti. Saling mengingati antara satu sama lain. Jom sebar awareness ini dan bertindak bersama demi keselamatan seluruh warga Selangor! 🛑🦟😢

Jualan Ehsan Rahmah @ Tadika KEMAS / Tapak Balairaya Kg Sg Jai Beranang - 09:00am hingga 12:00pm tadi.Alhamdulillah
15/07/2026

Jualan Ehsan Rahmah @ Tadika KEMAS / Tapak Balairaya Kg Sg Jai Beranang - 09:00am hingga 12:00pm tadi.
Alhamdulillah

Terima Kasih YB Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz yg sentiasa  perihatin & membantu mereka yg memerlukan. Kami doakan kesem...
15/07/2026

Terima Kasih YB Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz yg sentiasa perihatin & membantu mereka yg memerlukan.
Kami doakan kesembuhan yg segera buat Sdr Aziz. Syafakallah

01/07/2026

1 Julai 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada seluruh warga DUN Dusun Tua dan juga DUN Semenyih.

Bagi memastikan penyampaian maklumat kepada masyarakat dapat diteruskan tanpa terputus, kami telah mewujudkan sebuah group WhatsApp baharu, iaitu Lensa Cakna Parlimen Hulu Langat.

Melalui group ini, kami akan terus berkongsi pelbagai maklumat penting termasuk bantuan dan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor, hebahan program, aktiviti kemasyarakatan, makluman terkini serta pelbagai informasi yang memberi manfaat kepada penduduk.

Saya menjemput seluruh warga DUN Dusun Tua dan DUN Semenyih khususnya Ketua-Ketua Kampung, Pengerusi serta Jawatankuasa Taman, NGO, Surau, masjid dan Penduduk untuk menekan pautan yang disediakan dan menyertai group WhatsApp ini;-

https://chat.whatsapp.com/LEDJLM5idEVAVJNe4SAv4l?s=cl&p=i&mlu=0

Saya juga memohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan untuk berkongsi pautan ini kepada ahli keluarga, jiran-jiran dan rakan-rakan agar lebih ramai penduduk dapat menerima maklumat dengan cepat dan tepat.

Kami akan terus komited memberikan perkhidmatan dan menyampaikan informasi yang bermanfaat kepada seluruh masyarakat; insya Allah.

YB Johan Abd Aziz

KHIDMAT MASYARAKAT 📢 PERMOHONAN BANTUAN RAHMAH INSAN ISTIMEWA (BRAIS) 2026 TELAH DIBUKA!!!Berita baik untuk insan istime...
02/06/2026

KHIDMAT MASYARAKAT

📢 PERMOHONAN BANTUAN RAHMAH INSAN ISTIMEWA (BRAIS) 2026 TELAH DIBUKA!!!

Berita baik untuk insan istimewa di Selangor!

Permohonan Bantuan Rahmah Insan Istimewa (BRAIS) 2026 telah dibuka bermula:
𝟭 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝟴.𝟯𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶) 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟮 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝟱.𝟯𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴)

📝𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻:
𝟭) 𝗟𝗮𝘆𝗮𝗿𝗶 laman sesawang 𝘄𝘄𝘄.𝘆𝗮𝗻𝗶𝘀.𝗼𝗿𝗴.𝗺𝘆/𝗯𝗿𝗮𝗶𝘀
𝟮) Lengkapkan 𝗯𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻
𝟯) Muatnaik 𝗱𝗼𝗸𝘂𝗺𝗲𝗻 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 yang diperlukan

Layari www.yanis.org.my/brais untuk maklumat lanjut mengenai BRAIS.



Pejabat PKM Penyelaras DUN Semenyih tutup sempena cuti umum bermula 27 Mei hingga 2 Jun 2026. • pejabat buka semula hari...
26/05/2026

Pejabat PKM Penyelaras DUN Semenyih tutup sempena cuti umum bermula 27 Mei hingga 2 Jun 2026.
• pejabat buka semula hari Rabu 3 Jum 2026.
Terima Kasih - Selamat Bercuti
• SALAM AIDIL ADHA
Moga Allah menerima ibadah korban kita
• Maaf Zahir Batin.

NOTIS PENUTUPAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN DUSUN TUA DAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT PENYELARAS DUN SEMENYIH

Dimaklumkan bahawa Pusat Khidmat Masyarakat DUN Dusun Tua dan Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras DUN Semenyih akan ditutup mulai hari ini, 26 Mei 2026 bermula dari jam 3.00 petang sehingga Rabu, 3 Jun 2026 bagi memberi laluan kepada cuti umum berikut:

🕌 Hari Raya Aidiladha – Rabu, 27 Mei 2026
🪷 Hari Wesak – Ahad, 31 Mei 2026
👑 Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong – Isnin, 1 Jun 2026

Kedua-dua Pusat khidmat akan kembali beroperasi pada:
🗓 Rabu, 3 Jun 2026
🕙 Jam 10.00 pagi

Sebarang kesulitan amat dikesali dan kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama serta sokongan berterusan daripada semua pihak.

PKM DUN Dusun Tua
+60 19-278 5262

PKM Penyelaras DUN Semenyih
+60 19-287 6512

Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua.

YB Johan Abd Aziz

Mewakili YB Penyelaras DUN Semenyih - YB Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz menziarahi & menyampaikan sumbangan perihatin kp...
17/05/2026

Mewakili YB Penyelaras DUN Semenyih - YB Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz menziarahi & menyampaikan sumbangan perihatin kpd Pn Normah Ya’acob, warga Sesapan Batu Minangkabau yg memerlukan.
• sumbangan drp Penyelaras DUN Semenyih pihak kami UMNO Cawangan SBM sampaikan sebelum bermulanya Persidangan Tahunan Cawangan kami.
• semoga sumbangan drp YB Penyelaras DUN Semenyih dpt meringankan bebanan Pn Normah..
In sya Allah
@ Sabtu 16 Mei 2026.

Jualan Ehsan Rahmah | DUN Semenyih.Jom beramai2 kita beli barangan berharga murah di 2 lokasi ini. 16 Mei 2026 (Sabtu) 3...
16/05/2026

Jualan Ehsan Rahmah | DUN Semenyih.
Jom beramai2 kita beli barangan berharga murah di 2 lokasi ini.

16 Mei 2026 (Sabtu) 3:30PM,
📍 KRT Fasa 4, Bandar Tasik Kesuma

20 Mei 2026 (Rabu) 9:00AM
📍 Bandar Rinching Seksyen 2, Semenyih

Terima Kasih YB Penyelaras DUN Semenyih
YB Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz yg membawakan peogram JER ini ke DUN Semenyih.

Ucapan Selamat Hari Pekerja 2026 drp YB Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz Penyelaras DUN Semenyih kpd semua khususnya kod w...
01/05/2026

Ucapan Selamat Hari Pekerja 2026 drp YB Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz Penyelaras DUN Semenyih kpd semua khususnya kod warga pekerja DUN Semenyih

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga pekerja di DUN Dusun Tua, DUN Semenyih dan seluruh negara.

Pengorbanan serta komitmen para pekerja dalam setiap sektor adalah tunjang kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan negara.

Semoga segala jasa dan keringat yang dicurahkan terus dihargai dan kita bersama-sama melangkah ke hadapan membina Malaysia yang lebih maju, adil dan sejahtera 🇲🇾

YB Johan Abd Aziz

Address

No 5, 1, Jalan Semenyih Sentral 8, Taman Semenyih Sentral
Semenyih
43500

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:00
Tuesday 09:30 - 17:00
Wednesday 09:30 - 17:00
Thursday 09:30 - 17:00
Friday 09:30 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penyelaras DUN Semenyih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share