11/08/2026
BENJOLAN TIMBUL BILA BATUK, HILANG BILA BARING?
Ramai memanggilnya โangin pasangโ. Tetapi hernia bukan angin yang terperangkap.
Hernia berlaku apabila lemak, usus atau tisu dalaman menonjol keluar melalui bahagian otot yang lemah.
JENIS HERNIA YANG BIASA
1. Hernia inguinal
Benjolan di pangkal paha dan boleh turun hingga ke skrotum. Ini jenis paling biasa, terutama dalam kalangan lelaki.
2. Hernia femoral
Benjolan di bahagian atas paha, sedikit di bawah pangkal paha. Lebih kerap berlaku pada wanita.
3. Hernia umbilikal
Benjolan pada atau di sekeliling pusat. Boleh berlaku kepada bayi dan orang dewasa.
4. Hernia insisional
Muncul pada kawasan parut lama selepas pembedahan abdomen.
5. Hernia hiatus
Bahagian atas perut menolak melalui diafragma ke dalam dada. Tiada benjolan dari luar, tetapi boleh menyebabkan pedih ulu hati dan refluks asid.
APA PUNCANYA?
Hernia terbentuk apabila terdapat kelemahan pada otot sejak lahir atau otot semakin lemah akibat usia, kecederaan atau pembedahan.
Tekanan berulang dalam abdomen kemudian menolak tisu keluar melalui kawasan yang lemah itu.
Antara faktor yang meningkatkan tekanan tersebut:
โข Batuk berpanjangan
โข Sembelit dan kerap meneran
โข Kerap mengangkat beban berat
โข Kehamilan
โข Berat badan berlebihan
โข Sukar membuang air kecil dan kerap meneran
SIAPA YANG LEBIH BERISIKO?
โข Lelaki, terutama bagi hernia inguinal
โข Wanita, khususnya bagi hernia femoral
โข Warga emas
โข Individu yang obes
โข Ibu hamil atau pernah hamil beberapa kali
โข Perokok atau individu yang mengalami batuk kronik
โข Pekerja yang kerap mengangkat barang berat
โข Individu yang pernah menjalani pembedahan abdomen
โข Mereka yang mempunyai sejarah keluarga hernia
BAGAIMANA HERNIA DIRAWAT?
Hernia kecil yang tidak sakit mungkin hanya perlu dipantau selepas dinilai doktor. Namun, pemantauan bukan bermakna membiarkannya tanpa pemeriksaan.
Rawatan batuk, sembelit dan pengurangan berat badan boleh mengurangkan tekanan pada abdomen, tetapi tidak dapat menutup semula kelemahan otot yang telah terbentuk.
Rawatan utama bagi hernia dinding abdomen ialah pembedahan. Doktor akan memasukkan semula tisu yang terkeluar dan menguatkan kawasan lemah, kadangkala menggunakan mesh. Pembedahan boleh dilakukan secara terbuka atau laparoskopi.
Hernia hiatus p**a biasanya dirawat dengan perubahan gaya hidup dan ubat untuk mengawal refluks. Pembedahan hanya diperlukan bagi kes tertentu.
Urutan, bertungku atau memakai bengkung mungkin membuat benjolan kelihatan mengecil sementara, tetapi tidak membaiki lubang pada otot.
JANGAN TUNGGU JIKAโฆ
Benjolan tiba-tiba sangat sakit, keras, tidak boleh masuk semula, berubah warna atau disertai muntah dan perut kembung.
Ini mungkin tanda usus telah tersepit atau kehilangan bekalan darah. Terus ke Jabatan Kecemasan.
Hernia mungkin tidak sakit hari ini. Tetapi apabila usus sudah tersepit, setiap minit menjadi penting.
Sumber : Public Health Malaysia
Perpustakaan Desa Zon 4 Selangor