12/08/2026
LAWATAN TAPAK PENGARAH JKR SELANGOR | PROJEK KK3 TIMAH LANGAT | 12-08-2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Lawatan Tapak Pengarah JKR Selangor, Ir. Hj. Shukri bin Ishak selaku Pegawai Penguasa ke tapak Projek KK3 Timah Langat, Daerah Sepang bagi meninjau perkembangan semasa projek serta memastikan pelaksanaan kerja berjalan mengikut perancangan, spesifikasi dan standard yang telah ditetapkan.
Lawatan turut disertai oleh Jurutera Daerah Sepang selaku Wakil Pegawai Penguasa Utama, Azarul Azlan bin Mohd Radhi, pihak kontraktor serta Pegawai Tapak Bina JKR Daerah Sepang.
Lawatan ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memastikan setiap pelaksanaan projek dipantau secara dekat, disamping memperkukuh koordinasi antara pihak JKR dan kontraktor bagi memastikan segala isu di tapak dapat ditangani dengan segera dan berkesan.
Turun padang, pantau pelaksanaan, perkasa penyampaian.
Komitmen bersama JKR Selangor dan JKR Daerah Sepang dalam memastikan setiap projek dilaksanakan dengan cekap, berkualiti, menepati spesifikasi dan mencapai sasaran demi manfaat rakyat.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Shukri Ishak