20/08/2026
BENGKEL ANTIRASUAH PENGURUSAN PEROLEHAN INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA NEGERI SELANGOR BERSAMA SPRM NEGERI SELANGOR
KLANG, 19 Ogos 2026 (Rabu) β Bengkel Pemantapan Integriti Antirasuah anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor bersama Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Negeri Selangor telah diadakan pada 19 Ogos 2026 bertempat di Pejabat MARDI Negeri Selangor. Program ini melibatkan seramai 40 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pejabat MARDI Negeri Selangor.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh berkaitan risiko dan kesalahan rasuah dalam sektor perolehan, khususnya dalam urusan pentadbiran dan pengurusan. Penekanan turut diberikan terhadap kepentingan integriti, ketelusan serta pematuhan kepada prosedur perolehan bagi mengelakkan ketirisan dan penyalahgunaan kuasa.
Antara fokus utama ialah mengenal pasti risiko rasuah dalam proses perolehan seperti pemilihan pembekal secara tidak telus, kebocoran maklumat tender, pakatan dengan kontraktor serta campur tangan pihak berkepentingan yang boleh menjejaskan integriti dan ketelusan organisasi.Selain itu, peserta turut diberi penekanan untuk melaporkan salah laku rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh pegawai-pegawai SPRM Negeri Selangor iaitu PsK Teo Wei Yu, PKPs Mohd Redzuan bin Mohamad dan PKPs Hidayat bin Aziz. Para penceramah telah berkongsi pengalaman, pengetahuan serta kajian kes berkaitan rasuah dalam sektor perolehan bagi meningkatkan pemahaman peserta terhadap implikasi kesalahan rasuah serta langkah-langkah pencegahan yang berkesan.
Disediakan Oleh,
Cawangan Pendidikan Masyarakat
SPRM Negeri Selangor