Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan - ICU JPM

Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan - ICU JPM Halaman Rasmi Media Sosial Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan - ICU JPM NEGERI SEMBILAN

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAHUN 2026Dengan langkah bergaya dan jiwa penuh semangat...
01/09/2026

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAHUN 2026

Dengan langkah bergaya dan jiwa penuh semangat patriotik, ICU JPM Negeri Sembilan tanpa gagal sekali lagi telah turut menyertai Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan pada tahun ini. Acara perbarisan tahun ini telah dimeriahkan dengan penyertaan daripada lebih daripada 4000 peserta

Kontinjen ICU JPM Negeri Sembilan tampil dengan kekuatan keseluruhan seramai 47 anggota segak mengenakan busana berona merah jambu yang melambangkan semangat kebersamaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Penyertaan ini bukan sekadar sebuah pertandingan kawad kaki, namun menjadi simbol bulat muafakat warga ICU JPM Negeri Sembilan untuk terus bergerak dalam satu saf, menggalas amanah menerajui projek pembangunan Kerajaan dan inisiatif kesejahteraan rakyat.

Semoga semangat cintakan tanah air berkobar di setiap jiwa anak watan, dan menyatukan kita semua dalam tekad membina Malaysia Madani yang lebih maju dan sejahtera.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan! πŸ‡²πŸ‡Ύ





01/09/2026
31/08/2026

𝐏𝐑𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐀 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 πƒπˆππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡

Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan bagi penyelenggaraan dan pembaikan prasarana sekolah pada tahun 2027, termasuk tambahan RM500 juta bagi memastikan kemudahan pendidikan berada dalam keadaan baik, selamat dan kondusif.

Peruntukan ini meliputi semua jenis sekolah dengan kerja-kerja penyelenggaraan dijadualkan bermula Januari 2027, bagi memastikan kemudahan sekolah terus diselenggara dan ditambah baik secara berterusan.

Pelaksanaan dan pemantauan projek oleh ICU JPM secara berterusan penting bagi memastikan peruntukan yang disediakan diterjemahkan kepada kemudahan yang benar-benar memberi manfaat kepada murid dan warga sekolah.

Apabila prasarana baik, persekitaran pembelajaran lebih selesa. Usaha ini menjadi sebahagian daripada komitmen memastikan tiada sekolah tercicir dan setiap murid mendapat ruang pembelajaran yang selamat, kondusif dan berkualiti.





31/08/2026

πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π’πŽπŠπŽππ†π€π 𝐁𝐔𝐀𝐓 ππ„ππˆπ€π†π€ πŠπ„π‚πˆπ‹

Sebanyak RM200 juta diperuntukkan melalui Geran Sejahtera MADANI bagi membantu peniaga kecil mendapatkan kelengkapan dan keperluan perniagaan, termasuk ibu yang menjalankan perniagaan dari rumah, penjaja serta peniaga pasar malam.

Selain itu, RM1 bilion tambahan bagi pembiayaan perniagaan mikro menjadikan jumlah keseluruhan RM6 bilion pada tahun 2026, bagi memperluas akses kepada pembiayaan dan membantu lebih ramai usahawan kecil mengembangkan perniagaan.

Inisiatif ini memberi ruang kepada peniaga kecil untuk meningkatkan kapasiti perniagaan, menambah pendapatan serta memperkukuh sumber ekonomi keluarga, sekali gus menyokong kelangsungan dan pertumbuhan ekonomi masyarakat.





31/08/2026

SEGAK BERONA MERAH JAMBU, ICU JPM NEGERI SEMBILAN TERUS MEMACU KESEJAHTERAAN RAKYAT!

Perbarisan kawad kaki di Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan pada tahun ini dimeriahkan lagi dengan langkah disusun kemas membawa citra luhur pembangunan Kontinjen ICU JPM Negeri Sembilan. Keseragaman derap kaki membuktikan bahawa tekad dan komitmen yang mencerminkan kehangatan perkhidmatan mesra rakyat.

Dari penyelarasan projek pembangunan hingga pembasmian kemiskinan, denyut nadi rakyat tetap menjadi keutamaan kami.





SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE-69!69 tahun kita melangkah sebagai sebuah bangsa β€” berbeza latar, budaya dan w...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE-69!

69 tahun kita melangkah sebagai sebuah bangsa β€” berbeza latar, budaya dan warna, namun tetap berdiri di bawah satu Jalur Gemilang.

Semoga Malaysia terus menjadi negara yang aman, makmur dan inklusif, dengan kemajuan yang dapat dirasai oleh seluruh rakyat.

Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati.
πŸ‡²πŸ‡Ύ Negaraku, tanah tumpahnya darahku. ❀️








30/08/2026
29/08/2026

Address

Aras 8 Dan 9, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga
Seremban
70100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 18:30

Telephone

+6067604800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan - ICU JPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan - ICU JPM:

Shortcuts

Share