PAROI JAYA PRIHATIN - PJP

PAROI JAYA PRIHATIN - PJP Menuju kearah Matlamat Pembangunan Mampan (UNSDG)

sebuah entiti usahawan sosial (Social Enterprise) yang berdaftar dan bertanggungjawab memberi fokus kepada impak sosial dan alam sekitar kepada komuniti setempat.

16/09/2025
20/08/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera komuniti Taman Paroi Jaya.

🇲🇾 KEMPEN 1 RUMAH, 1 JALUR GEMILANG 🇲🇾
Bulan Kebangsaan sudah tiba! Mari kita penuhi taman kita dengan warna merah, putih, biru dan kuning Jalur Gemilang.
Tarikh: 10 Ogos – 13 September 2025

Pasanglah bendera di rumah anda sebagai tanda cinta dan bangga menjadi rakyat Malaysia.

• Pertandingan “Lorong Paling Patriotik” – Dinilai berdasarkan bilangan rumah yang mengibarkan bendera. Hadiah Istimewa & Pengiktirafan Khas di Facebook KRT Taman Paroi Jaya A

📸 Hantar gambar rumah anda di group ini untuk inspirasi bersama!
— *Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Paroi Jaya A*

01/04/2025

Semoga Syawal ini membawa kegembiraan, keberkatan dan mempereratkan hubungan sesama kita. Marilah kita bersama menjaga perpaduan, mengutamakan keselamatan komuniti dan sentiasa peka terhadap keperluan mereka di sekeliling kita.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!
Pejabat Perpaduan Daerah Seremban

23/02/2023

Program Bersama IKON dan Walkabout siri 2/2023 AADK Daerah Seremban di Masjid Qaryah Paroi Jaya, Seremban.

Objektif program ini adalah memastikan setiap keluarga bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah serta memupuk budaya saling bertanggungjawab terhadap isu-isu pelencongan sosial.

Sementara itu penyampaian perkhidmatan kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri dapat disalurkan secara terus kepada penduduk setempat khususnya dalam aspek kempen penyalahgunaan dadah dan substan.

Di jemput kepada semua ahli qaryah yang berkelapangan untuk hadir di program ini pada 26 Februari 2023 (Ahad) di Masjid Qaryah Paroi Jaya. Walkabout bersama IKON AADK Daerah Seremban serta akan membuat edaran pamplet kempen Antidadah di tapak pasar tani pagi Stadium Paroi.

Tidak ketinggalan ceramah tentang bahayanya dadah dan kesannya kepada masyarakat dan keluarga dan juga ceramah daripada unit penguatkuasaan. Disamping itu juga AADK Daerah Seremban juga akan membuka pameran antidadah dan pendaftaran ahli sukarelawaan Skuad Antidadah di perkarangan masjid.

Moh kito bersamo2 menyokong AADK untuk memerangi dadah yang masih membelengu kehidupan dalam komuniti








MOH RAMAI RAMAI JUMPA PADA HARI AHAD INI.

Jualan komuniti merupakan program khidmat sosial yang kami perkenalkan semasa negara memasuki fasa pandemik dan sehingga...
05/10/2022

Jualan komuniti merupakan program khidmat sosial yang kami perkenalkan semasa negara memasuki fasa pandemik dan sehingga kini diteruskan pada fasa endemik bagi mengurangkan beban inflasi serta membantu pemulihan ekonomi di peringkat komuniti. Jualan bermula pada jam 11 pagi hari Sabtu ini.

www.serembanprihatin.com

Untuk menyertai aktiviti yang disertakan boleh hubungi nombor yang tertera di dalam poster atau datang terus pada hari S...
05/10/2022

Untuk menyertai aktiviti yang disertakan boleh hubungi nombor yang tertera di dalam poster atau datang terus pada hari Sabtu ini. Pendaftaran melalui google form beserta e-certificate Hari Sukan Negara 2022 akan diberi semasa karnival berlangsung.

www.serembanprihatin.com

Kearah negara maju yang sihat! Bersesuaian dengan lokaliti setempat yang dikenali sebagai “sporting neighbourhood”, Jom ...
05/10/2022

Kearah negara maju yang sihat! Bersesuaian dengan lokaliti setempat yang dikenali sebagai “sporting neighbourhood”, Jom sertai “Fun Walk” yang bermula di Padang Nuri, Taman Paroi Jaya & “Unity Ride” di perkarangan SMK Pendeta Za’ba pada Karnival Komuniti bersempena Hari Sukan Negara 2022 Sabtu ini!

www.serembanprihatin.com

Jom datang beramai-ramai ke Karnival Komuniti Keluarga Malaysia bersempena Hari Sukan Negara pada 8 Oktober (Sabtu) 2022...
03/10/2022

Jom datang beramai-ramai ke Karnival Komuniti Keluarga Malaysia bersempena Hari Sukan Negara pada 8 Oktober (Sabtu) 2022 bertempat di Padang Nuri, Taman Paroi Jaya, Seremban! Setiap penyertaan diberikan sijil digital Hari Sukan Negara kebangsaan.

Ada food bazaar, unity ride, jualan komuniti dan lebih dari 15 aktiviti yang dianjurkan. Handball penalti is a must try!

www.serembanprihatin.com

Address

Taman Paroi Jaya
Seremban
70400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAROI JAYA PRIHATIN - PJP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAROI JAYA PRIHATIN - PJP:

Share