JBS Negeri Sembilan

JBS Negeri Sembilan Laman ini adalah khusus untuk memaparkan aktiviti-aktiviti perancangan dan perlaksanaan Pembangunan Belia dan Sukan yang akan dan telah berlangsung

Visi - Peneraju Dalam Mengupayakan Pembangunan Belia Dan Sukan Yang Terbilang Dan Masyarakat Berbudaya Sukan. Misi - Membina Bangsa Malaysia Yang Patriotik Dan Bersatupadu Melalui Program Pembangunan Belia Dan Sukan Yang Strategik. Objektif - Untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara

17/08/2026
๐Ÿ“ข INISIATIF KHAS UNTUK PERTUBUHAN BELIA NEGERI SEMBILAN๐Ÿ”ฅPertubuhan belia anda nak anjurkan program pembangunan belia unt...
17/08/2026

๐Ÿ“ข INISIATIF KHAS UNTUK PERTUBUHAN BELIA NEGERI SEMBILAN๐Ÿ”ฅ

Pertubuhan belia anda nak anjurkan program pembangunan belia untuk tarik belia tidak berpersatuan tetapi perlukan dana?

๐Ÿ’ฐ BANTUAN MAKSIMUM RM10,000.00 disediakan melalui Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026!

๐ŸŽฏ Terbuka kepada:
โœ… Pertubuhan belia Negeri Sembilan yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)
โœ… Pertubuhan yang ingin melaksanakan program untuk menarik dan melibatkan belia yang tidak menyertai persatuan
โœ… Sasaran belia berumur 15 hingga 30 tahun

๐Ÿ’ก Bentuk pengisian program:
๐Ÿ“š Seminar / Perkongsian Ilmu
๐Ÿ—ฃ๏ธ Dialog / Town Hall
๐Ÿ•๏ธ Kem Kepimpinan / Summer Camp
๐Ÿƒ Explorace
๐ŸŽฎ Hobby Gathering

๐Ÿ“Œ Skop program:
Pendidikan โ€ข Nilai & Identiti โ€ข Media & Digital Citizenship โ€ข Ekonomi โ€ข Sosialisasi Politik โ€ข Kenegaraan & Demokrasi โ€ข Kesejahteraan Mental & Fizikal

๐Ÿ“… Pelaksanaan: September โ€“ November 2026
โฐ Tarikh tutup permohonan: 30 Ogos 2026

๐Ÿ“„ Nak mohon?
Sediakan kertas cadangan program dan kemukakan penyertaan di pautan https://forms.gle/6LxQPDtFzycfufvT7
atau
๐Ÿ“ฒ Imbas QR Code pada poster

โ˜Ž๏ธ Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Puan Amira โ€“ 014-5315958



KBSMalaysia
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan
belia.my

NEGERI SEMBILAN  NATIONAL PUSHBIKE CHAMPIONSHIP 2026 BERLANGSUNG MERIAHSeremban, 16 Ogos 2026, Encik Ahmad Syariffuddin ...
16/08/2026

NEGERI SEMBILAN NATIONAL PUSHBIKE CHAMPIONSHIP 2026 BERLANGSUNG MERIAH

Seremban, 16 Ogos 2026, Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan telah menyempurnakan majlis penyampaian cek cura Geran Padanan Sukan (GPS) KBS bernilai RM 30,000.00 kepada Kelab Fawn Speed Pushbike Negeri Sembilan yang telah berlangsung di Parkir Terbuka, AeON Seremban 2. Kejohanan PushBike ini diadakan dalam suasana yang penuh semangat kesukanan dan mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan sukan rekreasi khususnya sukan pushbike di Negeri Sembilan. Paling menarik adalah peserta-peserta yang menyertai kejohanan ini adalah terdiri daripada kanak-kanak seusia 2 tahun hingga 7 tahun sahaja dan juga lain2 kategori jemputan.

Kejohanan ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 150
dari seluruh negara termasuk negeri sembilan sekali gus menjadi platform penting dalam usaha mencungkil bakat baharu dan memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat terutamanya kanak-kanak. Pemberian geran GPS ini diharapkan dapat memperkukuh lagi pembangunan sukan rekreasi malah sebagai tanda sokongan penganjuran kejohanan yang berkualiti dan berimpak tinggi pada masa akan datang. Turut hadir En Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah Sukan JBS negeri Sembilan dan En Safuwan selaku President Fawn Speed Pushbike N9.





Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia

SESI INTERVENSI FIZIKAL BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI SEMBILAN15 Ogos 2026; Sesi intervensi Program Biggest Loser Neger...
16/08/2026

SESI INTERVENSI FIZIKAL BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

15 Ogos 2026; Sesi intervensi Program Biggest Loser Negeri Sembilan telah diadakan secara fizikal bertempat di Meta Fitness, Dataran Central Seremban kepada semua peserta program dengan bimbingan jurulatih kecergasan Meta Fitness berpengalaman dengan kerjasama Pegawai Kecergasan Nasional JBS Negeri Sembilan dan Kelab Senam Sihat Anggun (KSSA). Melalui sesi tersebut, pelbagai teknik senaman/pergerakan yang bersesuaian bagi penurunan berat badan dan memberikan satu pengalaman baharu kepada semua peserta. Semoga semua peserta program akan terus istiqamah dalam usaha penurunan berat badan masing-masing dan mencapai berat badan yang ideal. Untuk makluman, program ini akan berlangsung sehingga hujung September depan dan pihak JBS Negeri Sembilan akan menyokong usaha ini bagi mencapai KPI pelaksanaan program.



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia

PENUNDAAN TARIKH PERTANDINGAN AEROBIC DANCE NEGERI SEMBILAN 2026Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan memaklumkan baha...
15/08/2026

PENUNDAAN TARIKH PERTANDINGAN AEROBIC DANCE NEGERI SEMBILAN 2026

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan memaklumkan bahawa Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Negeri Sembilan yang sepatutnya akan berlangsung pada 23 Ogos 2026 (Ahad) depan bertempat di MESA Mall Nilai ini adalah DITANGGUHKAN kepada 10 Oktober 2026 disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Sehubungan dengan itu, sekiranya Tuan/Puan ada pertanyaan berkenaan pertandingan tersebut boleh hubungi pegawai penyelaras seperti tertera di poster. Pihak JBS Negeri Sembilan akan mengadakan 1 sesi libat urus bersama semua pasukan dalam masa terdekat bagi memperincikan setiap kategori dan keterlibatan pelajar. JBS Negeri Sembilan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul susulan penangguhan ini serta amat menghargai kerjasama dan pemahaman semua pihak.






Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia

15/08/2026
15/08/2026

Uji Kecekalan, Jom Turun Gelanggang! ๐Ÿ”ฅโšก

Bukan sekadar bertanding - ini medan menguji keberanian, disiplin dan semangat juang! ๐Ÿ

Kejohanan Sukan Tempur Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 bakal membuka gelanggang melibatkan 5 acara iaitu silat, tae kwan do, wusyu, silambam dan muay thai seperti berikut: ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

๐Ÿ—“๏ธ : 3 - 6 September 2026
โฐ : Mulai 8.00 pagi
๐Ÿ“ : Unifi Arena, Bukit Jalil
๐Ÿ”— : https://p1.me-page.org/31ac1d3eda521576b083a32fba838af1

Inilah masa untuk buktikan kemampuan anda di pentas kebangsaan! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sukan untuk Semua, JBSN Komited ๐Ÿ’ช



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

13/08/2026
13/08/2026

Address

Seremban

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+6067613163

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JBS Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JBS Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share