JKR Daerah Perak Tengah

JKR Daerah Perak Tengah Government Technical Department

๐Ÿ—๏ธ KURSUS: INTEGRATED CONSTRUCTION PROJECT MANAGEMENT AND CONTRACT ADMINISTRATION๐Ÿ“… Tarikh: 26 โ€“ 27 Ogos 2026โฐ Masa: 8.00...
11/08/2026

๐Ÿ—๏ธ KURSUS: INTEGRATED CONSTRUCTION PROJECT MANAGEMENT AND CONTRACT ADMINISTRATION

๐Ÿ“… Tarikh: 26 โ€“ 27 Ogos 2026
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Casuarina Convention Centre, Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh

Program ini merupakan platform perkongsian ilmu dan pendedahan berkaitan pengurusan projek pembinaan bersepadu serta pentadbiran kontrak, khususnya dalam memperkukuhkan pengetahuan dan kompetensi warga kerja dalam bidang teknikal dan pengurusan projek.

โœจ Jom sertai dan manfaatkan peluang ini untuk menambah ilmu, berkongsi pengalaman serta memperkukuhkan kompetensi profesional!

๐Ÿ“ฒ Pendaftaran & penyertaan:
Sila imbas kod QR pada poster untuk membuat pendaftaran.

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Shahira bt. Zainal Abidin
019-553 0677 / 05-253 4041

Rahila bt. Ahmad Hamdi
012-458 2231

๐Ÿšง MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN SEMENTARA ๐ŸšงDimaklumkan bahawa penutupan jalan daripada dua lorong kepada satu lorong akan dil...
11/08/2026

๐Ÿšง MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN SEMENTARA ๐Ÿšง

Dimaklumkan bahawa penutupan jalan daripada dua lorong kepada satu lorong akan dilaksanakan bagi membolehkan kerja-kerja Penyenggaraan Berkala Pavemen (Fasa 2/2026) dijalankan seperti butiran berikut:

๐Ÿ“ Jalan: Jalan Jelapang โ€“ Ipoh โ€“ Ayer Tawar (FT005)
๐Ÿ“ Lokasi: Seksyen 656.00 โ€“ 658.00 (Kg T**i Gantung) - Hala ke Ipoh (LHS)
๐Ÿ“ Daerah: Perak Tengah, Perak

๐Ÿšฆ Pergerakan trafik akan dikawal oleh pengawal bendera (flagman) di lokasi kerja.

โš ๏ธ Pengguna jalan raya dinasihatkan agar:
โ€ข Merancang perjalanan lebih awal.
โ€ข Mematuhi papan tanda keselamatan serta arahan pengawal bendera (flagman) di lokasi kerja.
โ€ข Memperlahankan kenderaan dan sentiasa berwaspada ketika melalui kawasan kerja.

Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami. Kerjasama dan perhatian daripada semua pengguna jalan raya amatlah dihargai bagi memastikan kelancaran pelaksanaan kerja serta keselamatan semua pihak.

Terima kasih atas kerjasama anda.

24/07/2026

BINGKISAN INTEGRITI SIRI 2/2026
JAGA BATAS, AWASI IKHTILAT DI TEMPAT KERJA

Bingkisan Integriti Siri 2/2026 ini mengupas kepentingan menjaga batas pergaulan dan mengawasi ikhtilat di tempat kerja sebagai peringatan agar kita sentiasa memelihara profesionalisme, keharmonian rumah tangga serta nama baik perkhidmatan awam.

Marilah kita bersama-sama membudayakan integriti, memelihara maruah diri dan melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab.

โ€œPrihatin, Bukan Menuduh. Laporkan Tingkah Laku Berisiko.โ€




16/07/2026

Tayangan Multimedia Majlis Penyerahan projek Pembinaan Semula Bangunan Daif di Sekolah Kebangsaan Tanjung Belanja, Parit, Perak Tengah, Perak pada 14 Julai 2026.







Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

Perak Tengah, 14 Julai 2026 โ€“ Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan Jabatan Pendidikan Negari Perak bagi projek...
16/07/2026

Perak Tengah, 14 Julai 2026 โ€“ Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan Jabatan Pendidikan Negari Perak bagi projek Pembinaan Semula Bangunan Daif di Sekolah Kebangsaan Tanjung Belanja, Parit, Perak Tengah, Perak telah diadakan pada 14 Julai 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Serbaguna Terbuka di Sekolah Kebangsaan Tanjung Belanja, Parit, Perak Tengah, Perak.

Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh Ir. Ahmad Abdul Shahid Bin Mohamad, Jurutera Daerah Perak Tengah kepada YBrs. En. Ahmad Faidzul bin Mat Yazid , Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Datoโ€™ Khairudin bin Hj. Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan , Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak dan YBrs. Ir. Hj. Zamri bin Mat Kasim , Pengarah Kerja Raya JKR Negeri Perak.

Majlis penyerahan ini juga turut dihadiri oleh JKR Perak Tengah, Head of Project Team (HOPT), Head of Design Team (HODT), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Cawangan Kejuruteraan Elektrik pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua Sekolah, guru-guru, pelajar sekolah dan pihak kontraktor Lambang Cipta Sdn. Bhd.

Projek ini turut mencatat pencapaian seperti berikut iaitu :-

1. Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion - CPC);
2. Statement of Final Account (SOFA)
3. Lukisan Siap Bina (As-built Drawing);
4. Pendaftaran Aset Tak Alih & Inventori
5. Zero Lost Time Injuries (LTI).
6. Penyediaan Coffee Table Book (Digital)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak Pasukan Projek JKR Perak Tengah dan kontraktor Lambang Cipta Sdn. Bhd. yang telah berjaya menyiapkan projek ini mengikut masa,kos dan kualiti yang ditetapkan.







Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENUTUPAN JALANDimaklumkan bahawa penutupan jalan daripada dua lorong kepada satu lorong akan dilaksanakan ba...
14/07/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN

Dimaklumkan bahawa penutupan jalan daripada dua lorong kepada satu lorong akan dilaksanakan bagi membolehkan kerja-kerja Penyenggaraan Berkala Pavement (Fasa 1/2026) melibatkan kerja-kerja Reconstruction (Recon), Mill, Regulate & Pave (AC-14) serta lain-lain kerja berkaitan dijalankan seperti butiran berikut:

๐Ÿ“ Jalan: Jalan Bota Kanan โ€“ Kampung Gajah โ€“ Teluk Intan (FT109)
๐Ÿ“ Lokasi: Seksyen 38.00 โ€“ 39.00 (Kg Teluk Sareh, Kg Gajah)
๐Ÿ“ Daerah: Perak Tengah, Perak

๐Ÿšง Sepanjang tempoh pelaksanaan kerja, laluan akan dikurangkan daripada dua lorong kepada satu lorong dan pergerakan trafik akan dikawal mengikut arahan pengawal bendera (flagman) di lokasi kerja.

โš ๏ธ Pengguna jalan raya dinasihatkan agar:
โ€ข Merancang perjalanan lebih awal.
โ€ข Mematuhi papan tanda keselamatan serta arahan pengawal bendera (flagman) di lokasi kerja.
โ€ข Memperlahankan kenderaan dan sentiasa berwaspada ketika melalui kawasan kerja.

Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami. Kerjasama dan perhatian daripada semua pengguna jalan raya amatlah dihargai bagi memastikan kelancaran pelaksanaan kerja serta keselamatan semua pihak.

Terima kasih atas kerjasama anda.

10/07/2026
MAKLUMAN PENUTUPAN PENUH JALANLaluan A175 Seksyen 9.00 Jalan Selat Pulau โ€“ Pebayan, Daerah Perak Tengah akan ditutup sep...
10/07/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN PENUH JALAN

Laluan A175 Seksyen 9.00 Jalan Selat Pulau โ€“ Pebayan, Daerah Perak Tengah akan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan mulai:

18 Julai 2026 hingga 16 Ogos 2026

Status Laluan: Ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan sepanjang tempoh kerja dijalankan.

Laluan Alternatif: Sila gunakan laluan alternatif seperti yang dilampirkan.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan petugas di lokasi serta menggunakan laluan alternatif yang disediakan.

Pihak JKR Daerah Perak Tengah memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak.

08/07/2026

๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ, ๐—ง๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ฎ

Menganiaya rakan sekerja demi kepentingan sendiri bukan tanda seseorang itu hebat, rajin atau profesional. Perbuatan seperti sengaja memburukkan orang lain, menolak beban kerja kepada rakan, memanip**asi situasi, atau membuat orang lain kelihatan tidak kompeten hanya menunjukkan satu perkara โ€” hilangnya nilai integriti dalam diri.

Kesan daripada perbuatan ini bukan kecil. Mangsa boleh hilang keyakinan, tertekan, takut bersuara dan akhirnya prestasi kerja merosot. Dalam organisasi p**a, budaya toksik seperti ini boleh merosakkan kepercayaan, melemahkan semangat kerja berpasukan, mencetuskan konflik dalaman dan menjejaskan imej organisasi secara keseluruhan.

Tempat kerja yang sihat tidak dibina dengan budaya tikam belakang, tetapi dengan kejujuran, rasa hormat dan saling menyokong. Jika mahu berjaya, naiklah dengan usaha sendiri, bukan dengan menjatuhkan orang lain. Tegur dengan berhemah, bantu dengan ikhlas, beri kredit kepada yang layak dan bina budaya kerja yang lebih matang, adil serta berintegriti.

08/07/2026

Semuanya bermula dengan alasanโ€ฆ โ€œsekali je.โ€

Hakikatnya, rasuah bukan sekadar satu transaksi. Ia mencetuskan kesan domino yang menjejaskan keadilan, melemahkan ekonomi, meruntuhkan kepercayaan rakyat dan akhirnya mengancam masa depan negara.

Jangan biarkan satu keputusan yang salah menjadi permulaan kepada keruntuhan yang lebih besar.

Tolak rasuah. Pilih integriti.
Kerana masa depan generasi akan datang bermula dengan pilihan yang kita buat hari ini.

Address

Pejabat Jurutera Daerah JKR Daerah Perak Tengah
Seri Iskandar
32610

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6053712093

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Daerah Perak Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share