Marhaen.my

Marhaen.my A simplified crowdfunding platform for everyone to lend a helping hand to those in need. We stand for every community.

Kerusi & meja kantin sekolah usang, operator kantin cari inisiatif nak gantikan yang baru tapi tak ada dana nak tukar.Co...
06/10/2023

Kerusi & meja kantin sekolah usang, operator kantin cari inisiatif nak gantikan yang baru tapi tak ada dana nak tukar.

Collection PIBG pulak kegunaan murid macam kelas tambahan & lain-lain. Dah cuba minta bantuan dekat YB & Adun takde respon. Sempena hari Jumaat ni bantu RT 🙏
_

Lan ada hantar proposal kat company besar, sama juga tak ada respon. Nak guna kewangan sendiri mmg tak mampu sbb ada pekerja nak kena bayar gaji.

Sehari collection kantin RM800/RM900 cuma Hari Koko RM1200.

Ada nak bantu? Link sini tau

http://marhaen.my/zlan

Nama: Mohd Aariz ZafranUmur: 3 bulanPenyakit: Jangkitan KumanSince lahir sampai sekarang anak stay dekat wad sebab terke...
05/10/2023

Nama: Mohd Aariz Zafran
Umur: 3 bulan
Penyakit: Jangkitan Kuman

Since lahir sampai sekarang anak stay dekat wad sebab terkena jangkitan kuman. Kena pakai alat pernafasan. Azlan, ayah Aariz ni tahun lepas baru operate usus. Now anak no 2 pulak sakit. Bantu aku RT geng.
_

Lepas dah makin sembuh, Azlan kerja nelayan balik. Bila anak no 2 sakit memang banyak guna duit. Pendapatan pun gaji hari dalam RM40.

Azlan bukan sara family sendiri je tapi dia jaga mak dia yang sakit sbb dia anak tunggal. Kdg keperluan pun tak cukup untuk dorang.
_

Belum lagi kos dia ulang alik, susu khas kalau dah discharge sbb anak ada masalah paru2 & pampers lagi.

Susu khas ni anak dia guna 1 tin tahan 3 hari sebab pakai restiub.

Anyone ada nak bantu? Link aku letak sini

http://marhaen.my/ariz

Selamat menyambut Maulidur Rasul daripada team MarhaenMY.
28/09/2023

Selamat menyambut Maulidur Rasul daripada team MarhaenMY.

Nama: QisyadiraUmur: 11 tahunPenyakit: Imperforate A**s with Anovestibular FistulaLahir tak ada punggung & tulang kat be...
23/08/2023

Nama: Qisyadira
Umur: 11 tahun
Penyakit: Imperforate A**s with Anovestibular Fistula

Lahir tak ada punggung & tulang kat belakang. Bila tak ada punggung, nak membuang air besar pun tak boleh. Buat operation isi tulang kat belakang dengan buang tempat membuang air besar. Bantu RT
_

Qisya jadi OKU separuh badan & dijaga oleh nenek lepas mak ayah Qisya berpisah 2018. Keperluan dia b*k sbb dia guna beg stoma. Klu buang air besar, lagi tak cukup.

Harga RM320 & sgt mahal utk 30 keping & kena pakai pampers lagi sbb takut bocor. Sekurangnya 2 kotak dlm sbulan.
_

Last checkup Qisya masa baby sampai tahun 2018 lepas tu tak check dah atas sebab tak ada siapa dapat hantar.

Ayah dia pun tak mampu nak jaga. Mak Qisya pulak dah tak ambik tahu. Qisya ada 3 orang beradik & dia anak no 2. Tapi abang & adik dia dijaga oleh mak saudara Qisya.
_

Ayah Qisya ni kerja jeti ikan dengan gaji RM1500 & bagi duit belanja pun dia kongsi sikit(RM250) dengan abang dia sendiri (RM150).

Kdg2 duit ayah Qisya bagi ni tak cukup nak buat belanja anak dia yang normal. Yang Qisya mmg ayah dia tak bagi belanja sbb dpt JKM.
_

Qisya ada dpt bantuan JKM RM500 sebulan & kadang tak cukup nak cover beli keperluan dia. Belum lagi makan minum dorang lagi yang nenek Qisya kena tanggung.

Aku letak link kat bawah ni, bantu sebarkan kan juga.

http://marhaen.my/qisy

Nama: Muhammad HadiUmur: 3 tahunPenyakit: Kanser Neuroblastoma Tahap 4Ketumbuhan dalam perut masa umur 2 tahun. Demam se...
16/08/2023

Nama: Muhammad Hadi
Umur: 3 tahun
Penyakit: Kanser Neuroblastoma Tahap 4

Ketumbuhan dalam perut masa umur 2 tahun. Demam sebulan, usus tersumbat sebelum ada ketulan bahagian pinggang. Disahkan kanser & darah dalam badan tak normal. Bantu aku RT.
_

7 kali buat kimoterapi kat Hops Pulau Pinang lepas perut Hadi makin membesar & kanser tu dah merebak ke bahagian kaki, tulang paha kanan & lutut kiri kanan.

Kimo still diteruskan nak kecutkan bengkak sebelum dia kena buat pembedahan lain.
_

Tahun 2022, Hadi dah operate untuk buang ketumbuhan kalenjar & ayah dia tiap hari bawa dia ke Daycare hosp Sultanah Bahiyah.

Ayah Hadi tak dpt nak kerja full time as mekanik sbb kena hantar Hadi yang sekali sehari kimo. Mak Hadi pulak tak pandai drive.
_

Hadi ada dpt bantuan JKM RM200 & Zakat RM300. Tapi dia kena minum susu formula khas & beli 2 minggu sekali sbb lepas kimo dia takde selera.

Family Hadi ni pun selalu pinjam kereta kwn sbb dorang takde kenderaan lain. Blm lagi kos ulang alik & benda lain kena bayar.
_

Kdg2 ayah Hadi kutip barangan macam cerek, alat elektrik terbuang kat tong sampah & bawa balik untuk baiki then jual balik.

Klu result scan MIBG okay, Hadi kena buat transplan tulang sum2 pulak kat HKL.

Bantu aku sebarkan, link kat bawah ni geng

http://marhaen.my/hdii

Nama: Al AfiqUmur: 1 tahun 8 bulanPenyakit: T Cell Lymphoblastic Lymphoma5 bulan kimoterapi. Mata masuk habuk tempurung ...
15/08/2023

Nama: Al Afiq
Umur: 1 tahun 8 bulan
Penyakit: T Cell Lymphoblastic Lymphoma

5 bulan kimoterapi. Mata masuk habuk tempurung kelapa & mata cedera teruk, hiris lapisan mata. 3 kali bedah mata, tak dapat nak selamatkan. Buta mata kiri. Banyak kali relapse kanser menyerang. Bantu RT.
_

1st relapse tahun 2020, sel kanser menyerang balik bahagian tulang & ubat kimoterapi ditukar ke yang lebih kuat (highdose) untuk matikan sel kanser.

2nd replase tahun 2022, sekitar saraf Afiq naik lymph nodes yang banyak & besar kat leher, bawah ketiak & celah kelengkang.
_

Dr ambil sample lymph nodes, 50/50 kanser or jangkitan kuman. At the same time, dia menghidap asma & sentiasa pakai pam.

Skg Afiq buat kimo secara berkala. Dia boleh relapse lagi lepas Dr ambik sample air tulang belakang dia & ada kanser lagi. Kena repeat balik BMA.
_

4 tahun dia kimo banyak ujian family Afiq hadap dari segi emosi, fizikal & wang untuk perubatan Afiq. Ayah Afiq kerja buruh kasar dgn gaji RM900.

Ada kimo je ayah Afiq kena cuti. Ada tu dlm seminggu kena berulang alik selama 5 hari berturut2 selama dua bulan teman Afiq.
_

Mak Afiq mmg tak reti bawa kereta & kena jaga sorg lg anak. Family Afiq mmg perlukan bantuan utk ringankan beban dorang dari segi ubat, susu, kos ulang alik dia.

Dorg ada kena bayar ubat kimo yang di order dari luar. 1 dos RM500 & ubat tu 10 dos guna spjg kimo. Dah guna 3 dos.
_

Afiq ada kad OKU jadi bil hospital tak bayar. Bantuan OKU Kelantan 6 bulan RM100 utk skg. Zakat baru isi borang dpt RM1000 one off setahun.

Makan minum pun cukup2, bil api air tertunggak. Kdg2 niaga kuih dpt RM10 sehari.

Bantu aku sebar, link kat bawah

http://marhaen.my/afq

Suami isteri dalam fasa kesusahan bila dua² tak dapat nak bekerja tanggung anak².1. 3 orang anak salah sorang OKU2. Iste...
11/08/2023

Suami isteri dalam fasa kesusahan bila dua² tak dapat nak bekerja tanggung anak².

1. 3 orang anak salah sorang OKU
2. Isteri kanser payudara tahap 3
3. Tulang tumit suami kena buang

Suami tak boleh aktif & kaki sentiasa balut. Isteri kena buat kimoterapi. Help RT 🙏
_

Junaidi ada sakit kencing manis, darah tinggi & penglihatan kabur. Dia pun kena buat pembedahan utk mata at the same time isteri dia guna duit utk perubatan kanser.

Blm lagi dua² kena berulang-alik ke Hosp Seberang Jaya & Klinik Kesihatan Bukit Tengah untuk checkup.
_

Isteri dia baru je operation haritu & skg kena buat kimoterapi dalam 20 kali dekat hosp besar Pulau Pinang. Jarak hosp tu mmg jauh dari rumah.

Isteri kena naik grab pergi balik RM70. Junaidi pulak ada mkn ubat & minum susu diabetes. 1 tin harga RM98 & sbulan guna 2 tin.
_

Rawatan susulan Junaidi 1x sebulan & isteri 2 minggu sekali. Tarikh checkup pulak tak sama. Blm lagi keperluan utk anak² & yg OKU.

Anak sulung dorang diberhentikan kerja sbb selalu mtk cuti hantar dorg pergi hosp. Skg anak jual mee kari hantar kedai. Boleh dpt dlm RM800 sbulan.
_

Masak, jaga adik² pun anak sulung lelaki dia yang buat. Dorang ada dpt Zakat RM500, anak OKU RM150. Tapi tak cukup bila dua² dah sakit.

Selalu terputus bekalan sampai mintak kat orang demi anak².

Sapa nak bantu, link dkt sini okay

http://marhaen.my/jnd

Nama: Nur SyarfaUmur: 27 tahunPenyakit: SLE LUPUS, Darah Tinggi, End-Stage Renal DiseaseStart sakit 2012. Demam on off, ...
08/08/2023

Nama: Nur Syarfa
Umur: 27 tahun
Penyakit: SLE LUPUS, Darah Tinggi, End-Stage Renal Disease

Start sakit 2012. Demam on off, muntah darah, muka bertompok & rambut gugur. Bengkak badan & pergi check dapat tau SLE Lupus dah serang buah pinggang. Now dapat tahu ada thyroid. Bantu RT.
_

Start buat biopsi, terapi kimo semua. Buat dialisis 3 kali seminggu kat hosp Sg Petani tapi dia kena bayar sendiri jarum RM110 sbulan.

Syarfa ada dapat zakat RM500 tu pun dah naik dari RM300. Zakat tak tanggung kos dialisis dia so duit tu dia guna buat bayar dialisis & jarum.
_

Tapak AV Fistula tempat dia dialisis tu pulak bengkak & dr sarankan buat operate. Buat kat swasta kena bayar mahal. Dr refer ke HKL.

Dari hosp Sultan Abdul Halim kena pergi KL. B*k kos dia kena tanggung dari segi transport, myk & stay kat wad. Blm lagi checkup lepas tu.
_

Skg dah operate, bahagian tangan mmg dia check up kat HKL. Bila jauh dia jumpa dr 2 kali setahun. Utk b.pinggang apa semua dia checkup kat Hosp Sultan Abdul Halim 3 bulan sekali.

Kewangan mmg tak stabil bila suami Syarfa tak boleh cari kerja tetap.

Anyone nak bantu?
_

Dulu suami dia kerja kilang dgn gaji RM1100 tp bila dia selalu mtk cuti hantar isteri pergi checkup dia terpaksa berhenti.

Skg mampu kerja kampung dgn gaji RM500/RM600. Takde kerja takde gaji. Blm bayar bil apa semua. Nak simpan pun mmg tak cukup.
_

Sampai skg tangan dia bermasalah dgn bengkak. Dr pun mmg dah ckp risiko lepas operate untuk benjol naik balik mmg ada.

Tapi tahun ni dia dpt tahu yg dia ada thyroid & kena operate. Bila scan takde bengkak tp bacaan sgt tinggi & boleh menyebabkan tulang patah dengan sndiri.
_

Duit simpanan pun mmg dah habis ulang alik pergi hospital je. Sampai mtk tlg dgn family & kwn2. Ada duit je kena bayar balik duit pinjam.

Anyone nak bantu? Sebarkan juga 🙏

Link aku letak kat bawah:

http://marhaen.my/syrf

Nama: Putri AirinUmur: 14 tahunPenyakit: SawanKerap kena sawan time baby sampai tak dapat berjalan & bercakap macam norm...
02/08/2023

Nama: Putri Airin
Umur: 14 tahun
Penyakit: Sawan

Kerap kena sawan time baby sampai tak dapat berjalan & bercakap macam normal since umur tujuh bulan. Kadang2 bila kena sawan cecah sampai 1 jam. Komunikasi pun guna bahasa isyarat. Bantu aku RT guys.
_

Pernah duduk ICU sampai 2 bulan & dr cakap kat mak Airin kena siap sedia yang anak sulung dia ni bila2 boleh pergi. 100% Airin diuruskan oleh mak dia.

Mak dia tak dapat nak kerja sbb jaga Airin, anak2 yg still sekolah & mak mertua dia yang sakit kat rumah.

Anyone nak bantu?
_

Ayah Airin ni kerja buruh dengan gaji RM800 sebulan. Cukup2 mkn nak sara dorang sekeluarga. Nak kerja jauh2 pun kena fikir sbb anak & mak sakit.

Pernah terputus bekalan makanan & mkan apa ada je. Airin tak makan ubat cuma minum susu, ubat sawan & ubat time sakit gigi.
_

Airin pakai pampers 2 kotak sebulan. 1 kotak ada 9 supik & 1 supik ada 10 keping pampers. 10 tu pun boleh tahan 3 hari.

Bkn takat tu je Airin ni sama mcm remaja lain ada dtg bulan. So lagi banyak keperluan dia guna. 2 kotak pampers tu RM380 tak termasuk ubat, mkn pakaian dia.
_

Airin ada dpt bantuan JKM RM500 & tu pun mmg tak cukup kdg2 nak tampung keperluan dia sorang je. Kdg2 nenek Airin ni dah tua pun keluar menoreh getah & buat ketupat palas.

Boleh tekan link ni untuk bantu Airin 🙆‍♂️

http://marhaen.my/airin

16 hari kena tahan wad lepas tapak sementara dekat peha block. Fistula lama kat tangan pulak dah rosak.- OKU kelainan up...
01/08/2023

16 hari kena tahan wad lepas tapak sementara dekat peha block. Fistula lama kat tangan pulak dah rosak.

- OKU kelainan upaya
- Tinggal sebatang kara

Pernah kena strok & penglihatan kabur sebab penyakit kencing manis & buah pinggang since 2014. Please help RT 🙏
_

Skg Alemi dah tak ada tapak tiub untuk sambung darah ke mesin. Dia kena buat operation yang kedua & kos tu dia kena tanggung.

Dia ada mohon baitulmal 2 kali, mula kena reject then kedua dapat lulus RM1000 je. Dr dah rujuk dia buat kat JB which KPJ Putri & Dr Anga.
_

Tapi kos tu kat KPJ RM3800 & Dr Anga dlm RM3500. Dia tak mampu nak tambah kos sbb tak bekerja & bergantung kat JKM RM300 sebulan.

Dia ada check berdekatan dgn tmpt dia kat HUKM & Az Zahra Bangi tapi dua2 tmpt tu kena buat 2 kali operation sbb kena tmbak belon kat urat.
_

Buat masa skg ni dia terpaksa pilih rawatan palatif which is dia kena bertahan dengan ubat & tak dialisis. Start mkn ubat lepas dia keluar wad nnt.

Tu pun kira dah jalan terakhir sementara & cuma boleh tahan 3-6 bulan sahaja. Kalau permanent mmg kena buat kat tangan kat JB.
_

Blm lagi kena fikir kos dia pergi JB nanti, kena stay lagi, makan minum dia lagi. Mmg banyak dia kena keluar. Skg pn mkn mnum dia kdg2 anak sedara dia jenguk hantar lauk.

Anyone nak bantu dia, I letak link bawah ni:

http://marhaen.my/lemi

You guys tolong RT pun okay dah 🙏

Nama: ShahairiUmur: 38 tahunPenyakit: OKU Buta Mata KiriKejadian tertusuk dawai kat mata masa kat tempat pembinaan terus...
28/07/2023

Nama: Shahairi
Umur: 38 tahun
Penyakit: OKU Buta Mata Kiri

Kejadian tertusuk dawai kat mata masa kat tempat pembinaan terus mengubah hidup Hairi. Setahun tak bekerja lepas kejadian. Balik KL dapat kerja kontrak kilang, kena buang masa pandemik sebab bukan permanent. Bantu RT.
_

Hairi ada dapat pencen ilat lepas kejadian dlm RM210 sebulan sampai skg. Masa kerja kilang pulak gaji RM1100. Bila diberhentikan, dia niaga nasi kukus ayam berempah dgn isteri dia.

Jual pun kat group whatsapp kawasan rumah & surau. Sehari boleh dpt RM30-RM50.
_

Bila isteri bersalin, 6 bulan dia tak berniaga sampai skg sbb nak buat modal niaga takde. So dorang mmg bergantung kat bantuan OKU JKM yang dia dpt RM400 sebulan. Duit tu la nak buat belanja semua.

Blm lagi belanja buat 3 orang anak yg sekolah & 2 still kecik lagi.
_

Dorang stay dgn mak Hairi sebulan RM124 kat PPR. Itu pun dah tertunggak RM8000 > . Even Hairi ni kerja dia still tak mampu nak bayar sbb duit tak cukup.

Bil rumah pun tertunggak RM600>. Bkn tak pernah kena surat amaran dgn DBKL tapi mmg dia tak mmpu. Mak dia pun mmg tk kerja.
_

Pernah DBKL kunci air. Terpaksa juga cari duit dlm RM500-RM1000 buka air balik. Pernah dpt surat amaran keluar rumah, tu pun dia merayu juga. Bagi surat sokongan semua.

Keperluan mkn minum pun anak2 mmg mkn apa yg ada je. Klu niaga nasi kukus dulu, hari2 la anak mkn benda sama.
_

Hairi bkn takde cari kerja lain. Dia ada cari kerja guard tapi kena reject sbb kerja guard bahaya bila dia tak nampak. Mata kanan pn makin kabur sbb saraf ada terjejas juga.

Sbb tu dia tak mmpu cari kerja lain selain buat niaga nasi kukus berempah ni.
_

Dia perlukan modal nak beli peralatan memasak mcm periuk pengukus, tong gas & lain2. Blm lagi peti ais rosak tak sejuk kat bahagian beku. Tu pun dia kata klu ada duit lebih dia betulkan.

Anyone nak bantu? Sebarkan juga 🙏

Link aku letak kat bawah:

http://marhaen.my/hairi

Nama: HadiUmur: 61 tahunPenyakit: Strok Sebelah Badan3 hari 2 malam masuk hospital lepas terkena strok sebab tekanan dar...
27/07/2023

Nama: Hadi
Umur: 61 tahun
Penyakit: Strok Sebelah Badan

3 hari 2 malam masuk hospital lepas terkena strok sebab tekanan darah tinggi. Family hilang punca pendapatan sebab dah tak boleh bekerja, badan & lengan sebelah kiri lembik. Bantu RT guys.
_

Hadi ni kerja tukang buat rumah dari dulu lagi. Pendapatan dapat dalam RM800 sebulan. Tu pun tak tentu, kalau orang panggil. Kalau tak, tak ada gaji.

Isteri dia pulak suri rumah & ada 8 orang anak. Yang dah besar mostly dah berkahwin. Nak bantu mampu sikit2 sebab anak pun susah.
_

Anak Hadi ni pulak ada kerja part time, kerja kg & kerja pasar raya. Bila dapat gaji dapat hulur sikit bantu sekadar cukup bayar bil api air & beli barang dapur.

Belum lagi anak yang still sekolah. Siapa nak bagi belanja kalau Hadi tak kerja macam dulu.

Anyone nak bantu?
_

Hadi wajib mkn ubat asma selain ubat2 lain. Rawatan susulan sebulan sekali. Skg isteri dia ada hantar pergi berurut kena bayar RM50.

Dorang ada dpt bantuan JKM RM200 sebulan. Kdg tak cukup tapi still boleh cari mkn.

If korang nak bantu, klik je link 👇

http://marhaen.my/had

Address

Seri Kembangan
43300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Marhaen.my posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Marhaen.my:

Share

Category