15/06/2026
PELAKSANAAN PROGRAM "EARTH HOUR" SEMPENA BULAN SINERGI PUTRA 2026
Sempena sambutan Bulan Sinergi Putra 2026, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset akan menganjurkan program "EARTH HOUR" sebagai satu inisiatif dalam menyokong domain strategik Pelan Strategik UPM 2026-2030 bagi Fokus 2 : Kesihatan Planet dan Kelestarian . Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 18 hingga 30 Jun 2026
Masa : 1:00 - 2:00 petang
Kaedah Pelaksanaan : Mematikan suis lampu di ruang pejabat dan bangunan universiti
Pelaksanaan kempen ini bertujuan untuk:
* Meningkatkan kesedaran warga kampus terhadap kepentingan dan membudayakan penjimatan tenaga elektrik;
* Menyokong agenda kelestarian kampus serta memperkasakan amalan hijau di peringkat UPM;
* Mengurangkan pembaziran tenaga serta kos utiliti universiti;
* Merealisasikan aspirasi pematuhan terhadap standard yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia di bawah Akta Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga.
Kelonggaran dan pengecualian pelaksanaan adalah dibenarkan bagi kawasan berikut:
* Kawasan atau zon kritikal (contoh: makmal, bilik pelayan/server, fasiliti kesihatan, pusat data)
* Ruang kerja yang melibatkan aspek keselamatan dan keperluan operasi berterusan
* Kawasan yang memerlukan pencahayaan minimum atas faktor keselamatan
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dipohon untuk memantau dan menggalakkan penglibatan secara aktif dalam kalangan warga PTJ masing-masing demi menjayakan kempen ini. Bagi pertanyaan lanjut, tuan/puan boleh menghubungi Tn. Hj. Ir. Ts. Ideris Hadzir di nombor telefon 012-6191954.
Kerjasama, sokongan dan komitmen padu daripada semua warga UPM amatlah dihargai di dalam menjayakan usaha ini ke arah pembentukan kampus yang lebih lestari, cekap tenaga dan berdaya saing.
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"BERILMU BERBAKTI"
Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset
Universiti Putra Malaysia