AADK Manjung PERAK

AADK Manjung PERAK Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AADK Manjung PERAK, Government Organization, tingkat 2, bangunan persekutuan seri manjung, seri manjung.

Persahabatan bukan sekadar tempoh perkenalan, tetapi tentang kualiti kenangan yang kita ukir untuk dibawa hingga ke akhi...
05/06/2026

Persahabatan bukan sekadar tempoh perkenalan, tetapi tentang kualiti kenangan yang kita ukir untuk dibawa hingga ke akhir usia.

Namun, sejarah yang indah boleh terhenti apabila salah seorang mula tersasar arah. Kehilangan kejernihan akal bukan sahaja merosakkan masa depan sendiri, malah menghancurkan kepercayaan yang telah lama kita bina bersama.

Kita berhak menjalani kehidupan dengan sihat dan bermaruah. Sayangi ukhuwah ini dengan menjauhkan diri daripada sebarang pengaruh yang boleh memadamkan identiti asal kita dan meragut kebahagiaan insan tersayang.

Hargai sahabat yang sentiasa ada. Tag mereka sebagai tanda terima kasih kerana kekal menjadi pelindung kepada memori indah kita.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



"Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya."β€” (HR At-Tirmidzi)Akhlak yang terpuji merupakan ...
05/06/2026

"Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya."
β€” (HR At-Tirmidzi)

Akhlak yang terpuji merupakan pelindung dan benteng peribadi yang paling ampuh. Pembentukan sahsiah yang baik bukan sahaja melambangkan kesempurnaan iman, malah ia berupaya menjauhkan diri kita dan keluarga daripada terjerumus ke dalam kancah gejala yang merosakkan masa depan, terutamanya penyalahgunaan dadah dan bahan.

Semoga kita sentiasa berusaha memperbaiki diri, memperteguhkan keimanan, dan menghiasi peribadi dengan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian.

Ikhlas daripada
YBhg. Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan

Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Shamsul Anuar Nasarah





Ipoh, 3 Jun 2026 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Sesi Libat Urus Pasca Pindaan Akta Penagih dan Pe...
05/06/2026

Ipoh, 3 Jun 2026 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Sesi Libat Urus Pasca Pindaan Akta Penagih dan Penyalahguna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283) bertempat di MH Hotel Tower & Sentral, Ipoh. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang ini bertujuan memperkukuh kerjasama antara AADK dan institusi kehakiman dalam menangani isu penyalahgunaan dadah serta pelaksanaan aspek rawatan dan pemulihan penagih dadah.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran, kehadiran jemputan dan sarapan pagi sebelum ucapan aluan disampaikan oleh Pengarah AADK Negeri Perak, Tuan Haji Mohamad Nor bin Musa.

Sesi pembentangan pertama telah disampaikan oleh En Reuben a/l Ahsokhan, Penolong Pengarah Cawangan Penguatkuasa dan Keselamatan AADK Negeri Perak. Beliau membentangkan senario semasa permasalahan dadah di Negeri Perak serta cabaran yang dihadapi dalam usaha membendung gejala penyalahgunaan dadah.

Seterusnya, Dr. Nazira binti Sadiron, Ketua Penolong Pengarah/KPP (DPK), Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan Ibu Pejabat AADK, telah memberikan penerangan mengenai Akta Penagih dan Penyalahguna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Pembentangan tersebut memberi gambaran menyeluruh tentang peruntukan undang-undang berkaitan rawatan dan pemulihan penagih dadah.

Sesi diteruskan dengan pembentangan oleh Dr. Hadijah binti Baba, Ketua Penolong Pengarah/KPP (R), Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa Ibu Pejabat AADK, yang menghuraikan kaedah-kaedah di bawah akta tersebut serta pelaksanaannya dalam sistem perundangan negara.

Program diakhiri dengan sesi soal jawab yang memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu-isu berkaitan penguatkuasaan, rawatan dan pemulihan dadah. Sesi libat urus ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara AADK dan pihak mahkamah dan Agensi berkaitan dalam usaha memerangi penyalahgunaan dadah di Malaysia.

CAWANGAN PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN
AADK NEGERI PERAK

πŸ“£ Ayuh meriahkan Hari TVET Negara 2026!Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) turut serta memeriahkan sambutan menerusi jual...
04/06/2026

πŸ“£ Ayuh meriahkan Hari TVET Negara 2026!

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) turut serta memeriahkan sambutan menerusi jualan produk S**A yang menawarkan pelbagai produk keluaran komuniti pemulihan AADK.

πŸ“ Dataran Putrajaya
πŸ—“οΈ 5 – 7 Jun 2026
πŸ•˜ 9.00 pagi – 10.00 malam

Jom hadir dan berikan sokongan kepada usaha memperkasa komuniti pemulihan melalui pembangunan kemahiran, keusahawanan dan peluang menjana pendapatan.





MESYUARAT PENYELARASAN SAMBUTAN HAD 2026Mesyuarat Penyelarasan dan Persiapan Sambutan Peringatan Hari Antidadah Tahun 20...
04/06/2026

MESYUARAT PENYELARASAN SAMBUTAN HAD 2026

Mesyuarat Penyelarasan dan Persiapan Sambutan Peringatan Hari Antidadah Tahun 2026 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Kepala Batas, Pulau Pinang.

Mesyuarat penting tersebut telah dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Ruslin Jusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Seri Zulkifli Long.

Fokus utama perbincangan dalam mesyuarat tersebut adalah bagi memperincikan hala tuju serta menilai status semasa program-program yang bakal dilaksanakan sepanjang sambutan itu nanti.

Pelaksanaan program berskala besar ini turut melibatkan kerjasama erat daripada semua jabatan dan agensi peringkat negeri bagi memastikan kelancaran dan kejayaan sambutan berkenaan.

Sebaik sahaja mesyuarat itu selesai, semua ahli jawatankuasa dan delegasi yang hadir terus bergerak ke lokasi bagi mengadakan lawatan tapak program.

Lawatan tapak tersebut bertujuan untuk memastikan segala persiapan fizikal dan teknikal di lokasi acara berada pada tahap yang optimum menjelang hari sambutan.

Turut hadir memberikan sokongan dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil; Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Siti Mariam Mursidan; dan Pengerusi SKUAD Antidadah Kebangsaan, Mohamad Shukri Che Wang.










Pernah terfikir kenapa sayur ada macam-macam warna? Setiap warna tu ada β€˜kuasa’ nutrisi yang berbeza untuk badan kita!Ap...
03/06/2026

Pernah terfikir kenapa sayur ada macam-macam warna? Setiap warna tu ada β€˜kuasa’ nutrisi yang berbeza untuk badan kita!

Apabila kita bijak mempelbagaikan pilihan hidangan, badan akan terasa lebih ringan dan fikiran menjadi lebih tenang untuk menguruskan tugasan harian yang mencabar.

Pastikan sumber tenaga dan kecerdasan kita datang daripada khasiat semula jadi yang bersih supaya kesihatan kita sentiasa terjaga.

Jom mula penuhkan pinggan kita dengan warna-warni sayur hari ini. Anda paling s**a sayur warna apa? Komen di bawah!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



02/06/2026

Setiap keputusan yang kita ambil hari ini adalah penentu kualiti hidup kita di masa hadapan. Memelihara kesucian akal dan jasad bukan sekadar pilihan gaya hidup, tetapi untuk memastikan kita kekal produktif.

Kejernihan minda membolehkan kita berfikir dengan matang dan tenang. Tanpa gangguan luar, sistem saraf dan fungsi otak dapat bekerja pada tahap terbaik, membolehkan kita menguruskan tanggungjawab dengan lebih sempurna.

Binalah kekuatan dalaman yang asli untuk menghadapi cabaran dunia. Ses**ar mana pon cabaran hidup, jangan salah pilih cara untuk mengatasinya.

Mari bersama-sama memilih jalan yang lebih selamat dan diredhai demi kesejahteraan jangka panjang. Sayangi diri kita untuk masa depan yang lebih baik.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang ...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijah 1447H.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta Raja Permaisuri Agong, dan terus dikurniakan kebijaksanaan dalam memayungi rakyat serta memimpin negara dengan penuh kedaulatan dan kemakmuran.

Sembah takzim daripada
Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga
Agensi Antidadah Kebangsaan

Shamsul Anuar Nasarah





Emosi anak yang ceria dan stabil ni memang penting sangat dalam bab nak bentuk perangai dan jati diri. Kalau anak-anak p...
30/05/2026

Emosi anak yang ceria dan stabil ni memang penting sangat dalam bab nak bentuk perangai dan jati diri. Kalau anak-anak pandai kawal rasa, mereka akan jadi lebih berani dan yakin diri.

Bila emosi anak dah bagus dan tak buat hal, mak ayah pun tak payah pening nak uruskan hal harian mereka. Nak siapkan kerja rumah ke, nak keluar beli barang ke, nak bersantai ke, semua jadi mudah dan tak ada drama yang melampau.

Betul tak? Rumah pun jadi tenang, takde la asyik nak marah-marah je. Keluarga pun bahagia je.

Jom kongsi tips didikan yang anda guna kat rumah.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

Tingkat 2, Bangunan Persekutuan Seri Manjung
Seri Manjung
32040

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6056887867

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Manjung PERAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share