05/09/2026
๐ข PERHATIAN: STATUS TERKINI INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) BAHAGIAN SERIAN - ๐จ JEREBU BAHAYA! ๐จ
Kemaskini: 12:00 tengahari, 5 September 2026
๐ด Bacaan IPU: 304 (BAHAYA)
Tahap IPU semasa berada dalam kategori BAHAYA (300 keatas).
โ ๏ธ Situasi ini amat berisiko kepada kesihatan SEMUA penduduk, terutamanya golongan berisiko tinggi seperti:
๐จโ๐ฉโ๐งโ๐ฆ Kanak-kanak
๐ด๐ง Warga Emas
๐คฐ Wanita Mengandung
๐คง Golongan Alahan
๐ก๏ธ Pesakit Kurang Daya Tahan
๐ซ Pesakit Kronik (Asma, dll)
๐ฌ Perokok
Jerebu yang teruk boleh menyebabkan:
โ Serangan asma & penyakit paru-paru
โ Sesak nafas, batuk & sakit tekak
โ Risiko komplikasi jantung
โ Mata pedih, merah & berair
โ Gatal kulit & ruam
โ Sakit kepala, pening & kelesuan
Kami memohon kerjasama penuh dari seluruh penduduk Serian untuk mengikuti nasihat kesihatan ini:
๐ KEKAL BERADA DI DALAM RUMAH/BANGUNAN
๐ท GUNAKAN PELITUP MUKA (jenis N95 lebih baik) jika ada keperluan mendesak untuk keluar rumah
๐ฅค MINUM BANYAK AIR KOSONG
๐งผ JAGA KEBERSIHAN DIRI & kerap membasuh muka/tangan
๐จโ๐ฉโ๐งโ๐ฆ PANTAU TAHAP KESIHATAN keluarga anda
๐ฉบ DAPATKAN RAWATAN SEGERA jika mengalami gejala teruk
๐ญ BERHENTI MEROKOK
๐ GUNAKAN MOD KITARAN UDARA dalam kenderaan & tutup tingkap
๐ฅ JANGAN BUAT PEMBAKARAN TERBUKA
Marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga. Pastikan anda sentiasa peka dengan maklumat terkini dari pihak berkuasa.
Kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan di Serian. Kesihatan anda adalah keutamaan!
Sumber: APIMS Jabatan Alam Sekitar & Pejabat Kesihatan Bahagian Serian