Team Zaidi Permatang Pauh

Team Zaidi Permatang Pauh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Team Zaidi Permatang Pauh, Serian.

02/06/2026

Anak muda adalah pewaris masa depan negara.Suara, idea dan semangat anak muda amat penting dalam membina masyarakat yang...
06/05/2026

Anak muda adalah pewaris masa depan negara.
Suara, idea dan semangat anak muda amat penting dalam membina masyarakat yang lebih maju, bersatu dan berdaya saing. 🇲🇾

UMNO Bahagian Permatang Pauh menyeru anak-anak muda untuk bersama menyertai perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.
Pendaftaran keahlian kini dibuka secara atas talian:
🌐 https://myumno.org/

Ayuh bersama kita membina Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Majlis penyampaian sumbangan kepada 100 asnaf di kawasan Kg Tg Putus telah diadakan dalam bulan Ramadan yang penuh keber...
24/02/2026

Majlis penyampaian sumbangan kepada 100 asnaf di kawasan Kg Tg Putus telah diadakan dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Program ini merupakan hasil sumbangan daripada Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dan Dato Kadhar Shah sebagai usaha membantu golongan yang memerlukan sepanjang bulan yang mulia ini.

Dalam majlis tersebut, para penerima menerima bakul barangan keperluan asas serta sumbangan tunai bagi meringankan beban dan keperluan harian sepanjang Ramadan. Kehadiran para tetamu dan penyumbang turut menyerikan acara, sekali gus menyantuni asnaf secara langsung.

Semoga sumbangan ini membawa kegembiraan dan keberkatan kepada para penerima serta menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk terus menghulurkan bantuan, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh rahmat ini.

21/02/2026

Hidup ini adalah amanah. Setiap tugas yang kita pikul bukan sekadar kerja, tetapi ibadah. Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.”

Mari kita jadikan setiap usaha, mesyuarat, dan program sebagai jalan untuk memberi manfaat kepada masyarakat. Jangan pernah rasa kecil dengan sumbangan kita, kerana sekecil-kecil amal boleh menjadi besar di sisi Allah.

Semoga Allah berkati langkah kita dan istiqamah dalam perjuangan.

Ikhlas dari : Team Zaidi Permatang Pauh.

20/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Bulan Ramadan yang penuh keberkatan kembali menyapa kita semua. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang mulia ini bulan penuh rahmat, pengampunan, dan peluang untuk memperkukuh iman serta mempererat silaturahim.

Bagi pihak Team Zaidi, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh penduduk Permatang Pauh. Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, menzahirkan kasih sayang sesama insan, dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti kita.

Marilah kita jadikan Ramadan sebagai ruang untuk memperbaiki diri, memperkuat ukhuwah, dan menanam nilai keikhlasan dalam setiap usaha. Mudah-mudahan segala amal kita diterima Allah SWT dan membawa keberkatan kepada keluarga, masyarakat, serta negara.

Ramadan Kareem daripada Team Zaidi.

Semoga Permatang Pauh terus diberkati dan maju dengan semangat kebersamaan.

Tidak sangka p**a rupanya Dr Akmal yang kita sanjungi adalah salah seorang dalang yang mahu menjatuhkan Bossku DS Najib ...
21/01/2026

Tidak sangka p**a rupanya Dr Akmal yang kita sanjungi adalah salah seorang dalang yang mahu menjatuhkan Bossku DS Najib tapi hari ini bermuka2 dia seorang yang membela Bossku DS najib.

31/12/2025

Selamat tahun baru 2026.

28/12/2025

Bebaskan Bossku

Tahniah kepada KB Umno Permatang Pauh atas perlantikan sebagai Ahli Majlis MBSP.
20/12/2025

Tahniah kepada KB Umno Permatang Pauh atas perlantikan sebagai Ahli Majlis MBSP.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said ,Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang saudara Mohd Hilmi , dan K...
08/12/2025

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said ,Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang saudara Mohd Hilmi , dan Ketua Pemuda cawangan Permatang Rawa ustaz Azuan Wan di Masjid Aisyah Tanaim telah berniat ihram untuk menunaikan umrah.

semoga setiap langkah ibadah mereka diterima Allah, semoga diberi kelancaran, kesihatan, dan mendapatkan umrah yang mabrur, umrah yang membawa perubahan hati, memperkuat iman, dan mendatangkan keberkatan dalam hidup.

Address

Serian

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Team Zaidi Permatang Pauh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share