Menu Si Manja

Menu Si Manja Hanya berbekalkan camera HP, mama cuba sedaya upaya share idea-idea untuk menu si comel anda.

Contoh finger food
08/03/2018

Contoh finger food

Bubur barli dan labu.Ramuan:• 1 cawan buah labu yang dikupas, dibuang biji dan dicincang• ½ keping filet ikan, dipotong ...
26/02/2018

Bubur barli dan labu.

Ramuan:
• 1 cawan buah labu yang dikupas, dibuang biji dan dicincang
• ½ keping filet ikan, dipotong dadu
• 1 sudu besar barli
• 2 sudu besar beras
• 4 sudu besar susu
Kaedah:
1. Masukkan beras dan barli ke dalam periuk dan rebus dengan 2 cawan air dengan api yang kecil selama 30 minit sehingga lembut dan halus.
2. Untuk tekstur yang halus, barli dengan bubur nasi boleh dikisar selama 3 saat apabila hidangan telah sejuk.
3. Kukus potongan labu dan ikan selama 15 minit atau sehingga lembut.
4. Kisar potongan ini selama 10 saat.
5. Tuangkan ke dalam mangkuk dan campurkan susu ke dalam bubur barli dan nasi sehingga sebati.

Resipi:Bahan2Organik rolled oat (jangan guna yang instant)LemonTepung gandumAir masakCara2:Nisbah bahanSatu cawan oat + ...
26/02/2018

Resipi:

Bahan2
Organik rolled oat (jangan guna yang instant)
Lemon
Tepung gandum
Air masak

Cara2:
Nisbah bahan

Satu cawan oat + satu sudu tepung + sesudu lemon + satu cawan air

Rendam semua bahan selama minimum 12 jam (suhu bilik pn boleh..tapi saya prefer ltk dalam peti)

Toskan selama 12 jam (lama sbb oat serap air..nk bagi kandungan air agak kering utk proses sangai

Sangai..(lama jgk proses ni..sampai oat betul2 kering)

Blend

Ayak mcm ayak tepung..

Siap!
Nak makan..tambah air panas..

Nota kaki:
Rendam dgn lemon and tepung tujuannya utk keluarkan khasiat (ade term lain..xingt lah)
Xperlu bilas..
Lepas rendam terus tos sangai and blend okay

Rahsia ramuan rempah ratus ayam goreng KFC telah didedahkan oleh anak saudara Kolonel Sanders dalam sebuah temuramah san...
24/10/2017

Rahsia ramuan rempah ratus ayam goreng KFC telah didedahkan oleh anak saudara Kolonel Sanders dalam sebuah temuramah santai bersama wartawan.

Resepi yang diturunkan dari generasi ke generasi melalui buku resepi keluarga.

Sumber: Fastfood Insider.

KALENDER 2018Boleh rancang cuti sekolah.
21/10/2017

KALENDER 2018
Boleh rancang cuti sekolah.

21/10/2017

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

Menu si manja

Jangan buli anak tau!
11/10/2017

Jangan buli anak tau!

Healthy fruit cake
10/10/2017

Healthy fruit cake

05/10/2017

-INFO UNTUK IBU-

1) ANAK SUDAH 6 BULAN. MAHU BERI MAKAN APA?
- Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru.

2) SEHARI BERAPA KALI MAKAN?
- Mula-mula 1 kali dahulu. Terp**ang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.

3) BERAPA BANYAK KUANTITI MAKANAN YANG BOLEH DIBERI?
- 2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.

4) KENAPA TAK BOLEH BERI BUBUR NASI SEAWAL 6 BULAN? BILA BOLEH BERI BUBUR?
- Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

5) PURI BOLEH TAHAN BERAPA LAMA DI DALAM CHILLER DAN FREEZER?
- Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.

6) CARA PENGENDALIAN PURI APABILA HANTAR KE PENGASUH/TASKA?
- Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.

7) BETIK, PISANG, AVOCADO PERLU DIKUKUS SEBELUM DIBUAT PURI?
- Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.

8) BAGAIMANA MAHU BUAT PURI?
- Cara membuat puri ada di Photos. Ada juga di google.
- Kebiasaan segala jenis buah/sayur keras seperti EPAL, PEAR, BUNGA KOBIS, LOBAK perlu di stim kan dahulu sebelum dikisar menjadi halus.

9) BILA BERI ANAK MAKAN, MESTI BERI AIR KOSONG?
- Ya.

10) ANAK 5 BULAN LEBIH. NAMPAK MACAM LAPAR. SEMUA BENDA MASUK MULUT. BOLEH BERI MAKAN?
- Anak pada usia ini memang s**a masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.

11) BERI ANAK MAKAN, TAPI ANAK MACAM TAK S**A DAN TAK MAHU MAKAN. BERI AIR KOSONG PUN TAK NAK MINUM.
- Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.

12) ANAK SEMBELIT/CIRIT BIRIT. NAK BERI MAKAN APA?
- Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
- Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13) BILA BOLEH BERI IKAN?
- Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14) BAGAIMANA NAK NAIKKAN BERAT BADAN ANAK?
- Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.

15) TEPUNG APA SESUAI UNTUK ANAK BAWAH 1 TAHUN?
- Tepung atta, wholewheat unbleached flour.

16) KENAPA PERLU RENDAM BIJIRIN (BERAS PERANG, ROLLED OATS, BARLI ETC)?
- Bijirin adalah benih.
- Benih bertujuan untuk melalui sistem belum dicernakan supaya mereka boleh ditanam di tempat lain (berfikir secara alami).
- Untuk membuatkan ia tidak mudah dicerna dan mampu "dipindahkan untuk ditanam di tempat lain", terdapat beberapa anti-nutrien di dalamnya untuk menjadikan mereka s**ar untuk dihadam.
- Benih juga perlu dipertahankan sehingga masa yang sesuai untuk percambahan, jadi mereka mempunyai bahan-bahan tertentu yang menghentikan aktiviti enzim aktif percambahan.
- Sebatian ini juga bertindak untuk menghalang aktiviti enzim aktif dalam sistem pencernaan anda.
- "Merendam" bijirin penuh boleh membuat mereka lebih mudah dicernakan dan membantu sistem anda mendapat semua nutrien dalam makanan.

Proses ini disyorkan oleh Sally Fallon dalam bukunya Nourishing Traditions, dan anda tidak akan menemui banyak sumber lain. Saya tidak 100% yakin bahawa ia adalah satu-satunya cara tapi setakat ini namun ini adalah cara yang sedia ada setakat ini.

CARA MERENDAM
1. Campurkan 1 cawan rolled atau steel cut oats dengan 1 cawan air dengan 1 sudu besar lemon jus atau whey yogurt di dalam air. Saya lakukan betul-betul di dalam periuk. Air sepatutnya menjadi lebih panas daripada suhu bilik pada permulaan. Anda perlukan untuk memanaskan di dalam cerek atau di dalam periuk ~ kepada 110darjah atau lebih. (Berikut adalah bagaimana untuk mendapatkan whey dengan mudah.)
2. Oat adalah rendah dalam phytase enzim yang diperlukan untuk meneutralkan phytates. Tambah satu
3. sudu besar atau dua (sebanyak 10%) tepung gandum untuk oat anda.
4. Tinggalkan pada suhu bilik 24 jam (atau sekurang-kurangnya 12). Saya biasanya berfikir malam sebelum ini, tetapi yang terbaik untuk oat adalah untuk biarkan ia pergi 24 jam.
5. Tambah satu lagi cawan air pada waktu pagi, biarkan mendidih dan masak beberapa minit pada
6. sederhana rendah hingga likat. Laraskan kuantiti untuk apa jua saiz hidangan oat yang anda perlukan.

17) RIBENA, CALCIUM, VITAGEN, NUTRIGEN DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA, BOLEH BERI PADA ANAK?
- Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.

18) BILA BOLEH BERI TELUR? BAGAIMANA CARANYA?
- Cara introduce telur (ikut PPUM - MMRTELUR)

Kalau belum intro telur, kena buat secara berperingkat.
- telur kena pastikan betul2 masak
- boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.

Cara nk intro :
Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)

Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja
Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)

Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur
Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)

Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya
Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)

Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu

19) BOLEH BERI RIBENA, JUS BUAH DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA?
- Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.

20) APAKAH 4-DAY-RULE? KENAPA PERLU AMALKAN KAEDAH INI?
- 4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain p**a. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

21) BOLEH PERKENALKAN MAKANAN SEBELUM ANAK 6 BULAN?
- Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.

22) BOLEHKAH BERI BUAH-BUAHAN KERING SEPERTI APRIKOT, KISMIS YANG WARNA KUNING/ASAL?

- Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.

Ini penerangan dari Puan Farah Rahim :

Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.

Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.

Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.
===============================
UMUR 6 BULAN :
Antara makanan awal yang boleh di intro kan kepada baby anda ialah Brown Rice, Avocado & Banana, Apple, Pear, Cauliflower, Carrot, sweet potato bukan potato biase tu ye, pumpkin

UMUR 7 ~ 8 BULAN :
Brown Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley, Avocado, Apple, Banana, Appricot, Manggo, Peaches, Pear, Plum, Prune, Pumpkin, Sweet potato, Dates, Green bean, Carrot, Peas, Zuchini, Kacang Peas, Ayam, tauhu @ tofu lembut

UMUR 8 ~ 10 BULAN :
Brown Rice, Oat, Barley, Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta, Sesame, Flax Avocado, Appricot,Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple , Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo, Blueberries, Peaches, Pear , Plum, Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato, Green bean, Carrot, Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala, ayam, tauhu @ tofu lembut, beef, egg yolk & fish, plain yoghurt but full fat, butter & cheese (seeloknya cream cheese)
selepas baby 8bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery, halia atau daun parsley ke dalam bubur baby. (atau herbs)

UMUR 10 ~ 12 BULAN :
Semua jenis grain , Keledek Oren/Ungu, Avocado, Appricot, Blueberries, Cherry, Cranberries, Apple, Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo, Peaches, Pear, Plum, Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato, Green bean, Carrot, Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam, tauhu @ tofu lembut, beef, bawang, Jagung, timun, bayam, tomato, whole egg & any fish

sumber : PANDUAN PEMAKANAN

Kisah rumah ada anak kecik👬 Bila rumah ada anak kcik jgn la terlalu mngunung tggi harapan yg rumah kamu tu akan bersih 2...
30/09/2017

Kisah rumah ada anak kecik

👬 Bila rumah ada anak kcik jgn la terlalu mngunung tggi harapan yg rumah kamu tu akan bersih 24jam...sebb anak2 ni die belajar ktika bermain..smbil makan nasik time tu laa die nk buat renjis2 di pilis....habis di renjis nasik ke sana sni...kau pkir mak kau ddk kat k**i ni tgh tgu pegantin lelaki ke dik

👬 Bila rumah ada anak kcik ruang tamu tu ibarat syurga anak2...sebb apa?sebb luas...punya besooo ruangan tu makin banyak laa akal die....mse tu la tetibe korng akn jumpe mainan tecabut tayar laa...kertas tekoyak2 la..pensel color patah patah laa...silap2 baldi pun blh ade kat ruang tamu tauu...sebb die punya explore 1 rumah tu mmg x tercapai dek akal..dgn bnda2 tu la die bina kereta..bina keretapi la..tepijak mainan die yg kcik2 tu pun bnda biasa...

👬 Bila rumah ada anak kcik bilik air p**ak ibarat sunway lagoon utk mereka...kalau di biar mandi sendri sila prepare dri supaya x btukoo ijoo...sila prepare diri supya x terpacul suara bang sajat sebb anak2 ni kalau die mandi sorng2 mmg depa lupa tu bilik air bknnya wet world...habis die basuh 1 blik air..tu blm lagi die habis kn 1 botol shampoo..1 botol sabun....air belayar2 kat lua blik air..silap2 nko pun blh tegolek jatuh (ok penah alami)

Rumah yg ada anak kcik ni mmg selalu besepah...ssh nk jmpe yg x bersepah....10x kemas pun ttp besepah..tu bukan LUAR BIASA..tu BIASA!

Kita marah skit2 blh tp jgn marah smpi mnyentak emosi mereka...sbb bermain sambil belajar tu mmg sikap anak2...mereka x paham pun pasal sepah2 tu lg2 kalo usia below 3y..cakap la mcm mana pun mmg mereka x paham...

Kite beruntung rumah bersepah tu tandanya rumah kita di serikan dengan anak2 kcil...jika di beri plihan kepada mereka yg tiada anak pasti jawapan mereka " tak kisah rumah besepah asal dikurniakan anak...dapat 1 pun jadii lah"

Jd redha laa rumah anda besepah...walau mak nko ni dik kdg2 da bukan ijoo da muka...Kelabu..itam hanguss smuaa ada bila tgk ko sepah kn rumah....yg penting mak nko walau singaaa tp hati mak nko suweet.

Kredit Artikel : Surina Shahril Rayyan.

-------------------------------------------------------------------

Nasi lauk ayam cmni Rm1 (kantin sekolah)Mahal ke murah?
23/09/2017

Nasi lauk ayam cmni Rm1 (kantin sekolah)

Mahal ke murah?

Sinnggang jenahak menu anak saya harini.
20/09/2017

Sinnggang jenahak menu anak saya harini.

Address

Multicycruise Enterprice
Setapak
53300

Telephone

0175905235

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Menu Si Manja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Menu Si Manja:

Share