Bersatu Selangor - Rasmi

Bersatu Selangor - Rasmi Page ini diseliakan oleh Ketua Penerangan Bersatu Selangor (2020)

13/11/2025
28/10/2025

PERJANJIAN DAGANGAN AS-MALAYSIA (ART) MIRIP PENJAJAHAN ERA BAHARU; “ART BUKAN TIMBAL BALAS, SEBALIKNYA PENYERAHAN KEDAULATAN NEGARA” – AZMIN ALI

GOMBAK, 28 Okt — Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengecam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang didakwa sebagai satu bentuk “penyerahan kedaulatan ekonomi” kepada Amerika Syarikat.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional berkata, perjanjian itu bukanlah perkongsian timbal balik seperti digambarkan, sebaliknya mengehadkan hak Malaysia untuk membuat keputusan sendiri dalam banyak hal perdagangan, pelaburan dan peraturan pasaran.

“ART bukanlah perjanjian yang memperkukuh Malaysia. Ia adalah penyerahan kedaulatan, dasar berkecuali, dan masa depan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Baca penuh di bawah.


09/07/2025
𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐏𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐈𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐔𝐃𝐀KAPAR, SELA...
08/06/2025

𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐏𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐈𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐔𝐃𝐀

KAPAR, SELANGOR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kapar memandang serius dan membantah sekeras-kerasnya pembinaan sebuah memorial empat tingkat yang dirancang dibina di Kampung Raja Uda, Klang kawasan yang terletak berhampiran dengan Masjid Kampung Raja Uda serta kawasan perumahan padat penduduk Islam.

Sebagai Ketua Bahagian BERSATU Kapar, saya ingin menyuarakan kebimbangan yang semakin membesar dalam kalangan masyarakat Islam dan penduduk setempat terhadap projek ini yang jelas tidak sesuai dari sudut sensitiviti agama, implikasi sosial dan kesejahteraan komuniti setempat.

Apa yang lebih mengecewakan, projek ini didakwa dibangunkan tanpa proses libat urus langsung dengan penduduk, pihak masjid atau wakil komuniti.

Tiada makluman rasmi, tiada dialog, dan tiada keterbukaan satu pendekatan yang menolak suara rakyat dari awal.

Kami juga difahamkan bahawa terdapat rumah-rumah penduduk yang terletak kurang 10 meter dari tapak cadangan, yang menimbulkan kerisauan tentang kesan psikologi dan sensitiviti agama

Status Zon Tanah:
Bercanggah dan Tidak Wajar Dibenarkan. Maklumat yang kami peroleh turut menunjukkan bahawa kawasan cadangan pembinaan memorial ini diwartakan sebagai zon kediaman dan perniagaan, bukan zon rumah ibadat atau tapak pengebumian. Maka, sebarang permohonan bagi pembangunan memorial ini seharusnya ditolak terus oleh Majlis Bandaraya DiRaja Klang (MBDK) tanpa perlu menunggu bantahan awam.

Ini bukan hanya isu sensitiviti ia juga merupakan isu tatakelola dan integriti pentadbiran.

Sehubungan itu, BERSATU Kapar berpendirian

1. Mendesak Majlis Bandar DiRaja Klang (MBDK) untuk segera menghentikan kelulusan dan pelaksanaan projek ini malah sepatutnya telah MENOLAK TERUS PERMOHONAN tersebut atas alasan bertentangan dengan zon guna tanah yang diwartakan.

2. Menggesa Kerajaan Negeri Selangor, termasuk EXCO Kerajaan Tempatan dan EXCO Hal Ehwal Agama Islam, untuk mengambil pendirian tegas mempertahankan keharmonian komuniti dan tidak tunduk kepada tekanan pemaju atau kepentingan luar.

3. Menegaskan bahawa BERSATU Kapar akan terus memantau isu ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut termasuk ke peringkat negeri dan nasional sekiranya suara rakyat terus diketepikan.

Jumiah Jonid
Ketua Bahagian
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kapar

Address

No 2-1, Jalan F13/F, Persiaran Olahraga, Seksyen 13
Shah Alam
40100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bersatu Selangor - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share