BN Selangor official

BN Selangor official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BN Selangor official, Political organisation, Shah Alam.
(5)

13 OGOS 2026KENYATAAN MEDIA
13/08/2026

13 OGOS 2026

KENYATAAN MEDIA

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA 2026Perjuangan dalam UMNO bukan tentang siapa yang paling tinggi kedudukann...
02/08/2026

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA 2026

Perjuangan dalam UMNO bukan tentang siapa yang paling tinggi kedudukannya, tetapi tentang siapa yang sanggup terus berdiri, berkhidmat dan setia ketika diuji.

Alhamdulillah, YBhg. Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin telah berkesempatan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja 2026.

Dalam perjuangan ini, kita belajar untuk terus merendah diri, menghargai sahabat seperjuangan dalam apa jua keadaan dan cabaran.

Kepada seluruh ahli UMNO Kota Raja, teruskan langkah. Jangan pernah jemu berjuang, jangan mudah berputus asa dan jangan sesekali melupakan akar perjuangan yang telah membentuk kita.

Setia itu bukan ketika senang sahaja. Setia adalah apabila kita tetap berdiri bersama perjuangan, walau apa jua cabaran yang mendatang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tuan Abdul Raof, serta seluruh barisan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Raja atas komitmen, kerja keras dan kesetiaan yang terus dicurahkan demi memperkukuh parti.

Teruskan perjuangan dengan hati yang ikhlas, langkah yang rendah diri dan semangat yang tidak pernah padam.

UMNO bukan sekadar sebuah parti. UMNO adalah sebuah perjuangan. Dan perjuangan ini akan terus kita pertahankan.

Hidup UMNO!
Demi Agama, Bangsa dan Negara๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Alhamdulillah Ya Allah.. Dengan Izinmu....Kemenangan Barisan Nasional di Negeri Sembilan bukan hadir dengan mudah. Ia la...
01/08/2026

Alhamdulillah Ya Allah.. Dengan Izinmu....

Kemenangan Barisan Nasional di Negeri Sembilan bukan hadir dengan mudah. Ia lahir daripada kesungguhan, kesetiaan dan pengorbanan seluruh jentera yang terus bekerja tanpa mengenal erti penat dan lelah.
Mandat sudah diberikan oleh rakyat, justeru amanah dan tanggungjawab akan dipikul dengan sebaik mungkin demi kestabilan dan kemakmuran Negeri Sembilan. Kepercayaan dan sokongan dari semua rakyat di Negeri Sembilan tidak akan dipersiakan, janji kami untuk mencurah khidmat bakti demi memastikan kesejahteraan rakyat menjadi fokus utama.
Tahniah Negeri Sembilan.

01/08/2026

SEJARAH BARU TERCIPTA, KEMENANGAN DIRAI BERSAMA

Alhamdulillah, satu lagi lembaran kejayaan tercipta buat Barisan Nasional di Negeri Sembilan.

Kemenangan Barisan Nasional di Negeri Sembilan bukan hadir dengan mudah. Ia lahir daripada kesungguhan, kesetiaan dan pengorbanan seluruh jentera yang terus bekerja tanpa mengenal erti penat dan lelah.

Mandat sudah diberikan oleh rakyat, justeru amanah dan tanggungjawab akan dipikul dengan sebaik mungkin demi kestabilan dan kemakmuran Negeri Sembilan. Kepercayaan dan sokongan dari semua rakyat di Negeri Sembilan tidak akan dipersiakan, janji kami untuk mencurah khidmat bakti demi memastikan kesejahteraan rakyat menjadi fokus utama.

Tahniah Negeri Sembilan.

ALHAMDULILLAH, TAHNIAH BARISAN NASIONALSetinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YB Datuk Saiful Yazan Sulaiman at...
01/08/2026

ALHAMDULILLAH, TAHNIAH BARISAN NASIONAL

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YB Datuk Saiful Yazan Sulaiman atas kejayaan memenangi Pilihan Raya Negeri Sembilan di N19 DUN Johol.

Semoga kemenangan ini menyuntik semangat untuk terus bekerja dan memberi khidmat bakti yang terbaik kepada seluruh rakyat terutamanya di Johol.

Syabas dan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh jentera Barisan Nasional yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan Barisan Nasional di Johol.

Barisan Nasional akan sentiasa membawa suara rakyat dan menjaga kestabilan dan kemakmuran demi kecemerlangan dan kegemilangan.

Tahniah Negeri Sembilan!
Terima Kasih Negeri Sembilan!

#๐๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ

ALHAMDULILLAH, TAHNIAH BARISAN NASIONALSetinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YB S. Leza Md Yasin atas kejayaan...
01/08/2026

ALHAMDULILLAH, TAHNIAH BARISAN NASIONAL

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YB S. Leza Md Yasin atas kejayaan memenangi Pilihan Raya di N18 DUN Pilah.

Semoga kemenangan ini menjadi amanah untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, membawa suara rakyat dan memperjuangkan kesejahteraan serta kemajuan masyarakat di DUN Pilah.

Tahniah YB S. Leza Md Yasin!

Syabas dan terima kasih kepada seluruh jentera Barisan Nasional!

Kemenangan hari ini adalah bukti sokongan dan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional.

Janji Barisan Nasional adalah untuk terus memberi khidmat yang terbaik kepada seluruh rakyat.

Ikhlas daripada,
Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin
Pengerusi Barisan Nasional Negeri Selangor

๐Ÿ”ตTERIMA KASIH JENTERA BARISAN NASIONAL SELANGORAlhamdulillah, kejayaan Barisan Nasional di Negeri Sembilan adalah hasil ...
01/08/2026

๐Ÿ”ตTERIMA KASIH JENTERA BARISAN NASIONAL SELANGOR

Alhamdulillah, kejayaan Barisan Nasional di Negeri Sembilan adalah hasil daripada semangat, kesetiaan dan kerja keras seluruh jentera yang tidak pernah mengenal erti lelah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat seluruh jentera Barisan Nasional Negeri Selangor yang telah turun padang, mencurahkan masa, tenaga dan komitmen dalam membantu gerak kerja kempen, khususnya di N18 Pilah dan N19 Johol.

Tahniah Negeri Sembilan!
Terima kasih Jentera BN Selangor!

SELAMAT MENGUNDI, NEGERI SEMBILAN! ๐Ÿ—ณ๏ธHari ini adalah hari kita menentukan masa depan Negeri Sembilan.Buat seluruh pengun...
01/08/2026

SELAMAT MENGUNDI, NEGERI SEMBILAN! ๐Ÿ—ณ๏ธ

Hari ini adalah hari kita menentukan masa depan Negeri Sembilan.

Buat seluruh pengundi di Negeri Sembilan, tunaikanlah tanggungjawab sebagai rakyat dengan bijaksana.

Satu undi, satu suara. Demi Negeri Sembilan yang lebih stabil, maju dan makmur.

Semoga proses pengundian berjalan lancar dan dipermudahkan buat semua.

Selamat mengundi!
Undi anda, masa depan Negeri Sembilan.




"Suasana Sekitar Ceramah Perdana Kuala Pilah"31 Julai 2026 | Penutup siri kempen Pilihanraya Negeri Sembilan Parlimen Ku...
31/07/2026

"Suasana Sekitar Ceramah Perdana Kuala Pilah"

31 Julai 2026 | Penutup siri kempen Pilihanraya Negeri Sembilan Parlimen Kuala Pilah. Ceramah menampilkan Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi. Kepada Allah SWT kita berserah.. InsyaAllah gelombang biru dan penyatuan ini akan mendatangkan kejayaan.

Address

Shah Alam
40000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BN Selangor official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share