Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Selangor

Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Selangor Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Selangor
(6)

πŸŽ‰ SELAMAT ULANG TAHUN KE-36, SELANGORfm! πŸ“»Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor mengucapkan Selamat Ulang Tah...
17/08/2026

πŸŽ‰ SELAMAT ULANG TAHUN KE-36, SELANGORfm! πŸ“»

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor mengucapkan Selamat Ulang Tahun Ke-36 kepada SELANGORfm! πŸŽ‰

Semoga SELANGORfm terus menghiburkan, memberi informasi dan dekat di hati rakyat Selangor serta terus melakar kejayaan pada masa akan datang.

Teruskan menjadi Radio No. 1 Orang Selangor! πŸ”₯πŸ“»

Ikhlas daripada,
Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor

SELANGORfm 100.9


17/08/2026

✨ JPN Negeri Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pelakon dan pengacara tanah air, Aishah Sinclair, atas kesudian beliau hadir mendapatkan perkhidmatan di pejabat JPN Shah Alam.

Setiap maklum balas yang diberikan amat kami hargai dan dijadikan pemangkin untuk terus memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan agar lebih cekap, mesra dan berfokuskan pelanggan.




Semoga kecemerlangan, kehebatan dan semangat kebersamaan ini terus bersama seluruh warga JPN Selangor β€” bukan sahaja di ...
15/08/2026

Semoga kecemerlangan, kehebatan dan semangat kebersamaan ini terus bersama seluruh warga JPN Selangor β€” bukan sahaja di gelanggang, tetapi juga dalam setiap amanah dan tugas yang kita laksanakan.

Teruskan melangkah. Teruskan mencipta kejayaan.
JPN Selangor β€” kita hebat kerana kita bersama.

Tahniah dan terima kasih kepada semua!

ℹ️ Makluman penutupan sementara pejabat JPN Daerah Kuala Langat Selangor bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelen...
14/08/2026

ℹ️ Makluman penutupan sementara pejabat JPN Daerah Kuala Langat Selangor bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan pendawaian elektrik pejabat. Segala kesulitan amat dikesali.

Sebarang pertanyaan, boleh dipanjangkan ke Unit Komunikasi Korporat JPN Selangor:

πŸ“ž Telefon : 03-55107255 | 03-55117355
πŸ“§ Emel : [email protected]



ℹ️ Makluman penutupan sementara pejabat JPN Cawangan UTC Selangor bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan...
14/08/2026

ℹ️ Makluman penutupan sementara pejabat JPN Cawangan UTC Selangor bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan pejabat. Segala kesulitan amat dikesali.

Sebarang pertanyaan, boleh dipanjangkan ke Unit Komunikasi Korporat JPN Selangor:

πŸ“ž Telefon : 03-55107255 | 03-55117355
πŸ“§ Emel : [email protected]



🌿 HIKMAH JUMAAT 🌿Jangan mudah menyerah.Setiap cabaran adalah ruang untuk kita menjadi lebih kuat, tabah dan terus melang...
14/08/2026

🌿 HIKMAH JUMAAT 🌿

Jangan mudah menyerah.
Setiap cabaran adalah ruang untuk kita menjadi lebih kuat, tabah dan terus melangkah ke hadapan.

Semoga Jumaat ini membawa ketenangan, kekuatan dan semangat baharu buat kita semua. 🌿



🚨 π— π—”π—žπ—Ÿπ—¨π— π—”π—§ π—£π—”π—Ÿπ—¦π—¨ π— π—”π—žπ—”π—‘ π——π—œπ—₯π—œ, π—Ÿπ—˜π—Ÿπ—”π—žπ—œ 𝟲𝟱 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 π——π—œπ——π—”π—žπ—ͺ𝗔11 Ogos 2026 (Selasa) – Seorang lelaki warganegara Malaysia telah di...
12/08/2026

🚨 π— π—”π—žπ—Ÿπ—¨π— π—”π—§ π—£π—”π—Ÿπ—¦π—¨ π— π—”π—žπ—”π—‘ π——π—œπ—₯π—œ, π—Ÿπ—˜π—Ÿπ—”π—žπ—œ 𝟲𝟱 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 π——π—œπ——π—”π—žπ—ͺ𝗔

11 Ogos 2026 (Selasa) – Seorang lelaki warganegara Malaysia telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang selepas ditahan dalam satu Ops Terancang oleh Bahagian Penguatkuasaan JPN Negeri Selangor.

πŸ” Lelaki berkenaan ditahan pada 10 Ogos 2026 (Isnin) selepas didapati dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu berkaitan ibu bapa kandung ketika menjadi pemaklum bagi pendaftaran kelahiran yang didaftarkan di JPN Daerah Hulu Langat, Selangor.

βš–οΈ Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 36(b) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299). Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000.00 atau penjara empat (4) bulan sekiranya gagal membayar denda.

πŸ“’ JPN Negeri Selangor menegaskan bahawa sebarang usaha mengemukakan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran tidak akan dikompromi. Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan bagi memastikan rekod pendaftaran kekal tepat, sahih dan terpelihara.

Orang ramai diseru agar bekerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti pemalsuan maklumat atau identiti supaya tindakan sewajarnya dapat diambil mengikut undang-undang.



11/08/2026

βœ¨π™‹π™€π™‰π™‚π™ƒπ˜Όπ™π™‚π˜Όπ˜Όπ™‰ π™„π™Žπ™π™„π™ˆπ™€π™’π˜Ό

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Dato' Seri Muhammad Bin Ibrahim, Gabenor Bank Negara Malaysia ke-8, atas kepercayaan beliau berurusan di pejabat JPN Daerah Hulu Selangor.🀝

Maklumbalas positif yang diterima menjadi pemangkin semangat buat seluruh warga JPN Selangor untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik, cekap, dan berintegriti kepada seluruh rakyat.

Terima kasih atas kunjungan dan kata-kata semangat yang diberikan. Kualiti perkhidmatan sentiasa menjadi keutamaan kami! πŸ’Ό



πŸ’› π— π—˜π—žπ—”π—₯ π—œπ—›π—¦π—”π—‘ | π—žπ—›π—œπ——π— π—”π—§ π——π—œπ—›π—¨π—Ÿπ—¨π—₯, π—œπ—›π—¦π—”π—‘ π——π—œπ—¦π—”π—Ÿπ—¨π—₯πŸ—“οΈ 8 & 9 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad)πŸ“ Shah Alam | Subang | Klang | Ampang | S...
10/08/2026

πŸ’› π— π—˜π—žπ—”π—₯ π—œπ—›π—¦π—”π—‘ | π—žπ—›π—œπ——π— π—”π—§ π——π—œπ—›π—¨π—Ÿπ—¨π—₯, π—œπ—›π—¦π—”π—‘ π——π—œπ—¦π—”π—Ÿπ—¨π—₯

πŸ—“οΈ 8 & 9 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad)
πŸ“ Shah Alam | Subang | Klang | Ampang | Sungai Buloh

Perkhidmatan JPN bukan sekadar tentang kaunter dan pejabat. Ada ketika, perkhidmatan perlu melangkah keluar, mendekati dan hadir di sisi mereka yang memerlukan.

Menerusi Program MEKAR Ihsan, JPN Negeri Selangor turun padang menyantuni warga emas, pesakit terlantar dan Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi memudahkan urusan dokumen pengenalan diri.

πŸ’³ Sebanyak 5 permohonan kad pengenalan berjaya diproses secara terus di lapangan, tanpa memerlukan pemohon hadir ke pejabat JPN.

Bersandarkan nilai ihsan dan keprihatinan, JPN akan terus mendekati masyarakat serta memastikan perkhidmatan kerajaan dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat.







Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Selangor:

Shortcuts

Share