02/09/2026
Untuk makluman.
TEMERLOH: Seorang wanita didenda RM240,000 atau penjara 24 bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen Temerloh hari ini selepas didapati menyediakan sebuah klinik pergigian swasta yang tidak berdaftar di sebuah bilik hotel di Jerantut.
Hukuman ke atas Intan Nazirah Mohd Rofi 23, dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Temerloh, Jamaludin Mat.
Tertuduh diwakili peguam Nurul Hazwani Kasman, manakala pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Haznita Zainal Abidin.
Mengikut fakta kes kiraΒ² jam 9.15 malam 14 Jun 2024 sepasukan pegawai Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) dan Unit Penguatkuasaan Pergigian, Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dengan bantuan anggota Balai Polis Jerantut menyerbu sebuah bilik hotel di Jerantut.
Ketika serbuan Intan Nazirah berada di dalam bilik itu bersama dua wanita yg menjadi pelanggannya bagi mendapatkan rawatan pendakap gigi.
Pada waktu itu tertuduh juga didapati sudah memberikan konsultasi berkaitan pendakap gigi kepada seorang daripada pelanggan berkenaan.
Ketua serbuan meminta tertuduh menunjukkan dokumen sah bagi mengesahkan premis itu sebagai klinik pergigian swasta berdaftar dengan KKM, selain dokumen membuktikan dia pengamal pergigian berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MPM).
Bagaimanapun tertuduh gagal mengemukakan dokumen berkenaan. Pemeriksaan lanjut menemukan peralatan serta bahan pergigian yang digunakan bagi rawatan pendakap gigi sebelum semua barangan itu dirampas.
Siasatan mendapati bilik hotel terbabit tidak berdaftar sebagai klinik pergigian swasta manakala semakan dengan MPM mendapati Intan Nazirah bukan pengamal pergigian berdaftar dan tidak pernah diberikan Perakuan Amalan Tahunan.
Dia didakwa menyediakan sebuah klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586], sekali gus melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(1) Akta sama.
Oleh: Khirrul Nirwan Bahaudin TEMERLOH: Seorang wanita didenda RM240,000 atau penjara 24 bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen Temerloh hari ini selepas didapati menyediakan sebuah klinik pergigian swasta yang tidak berdaftar di seb...