Kafe Pak Ya

Kafe Pak Ya CUTE EVENT PLACE

ZIARAH KASIH DUN PERMATANG ❤️Hadir ketika susah. Menyantuni ketika diuji.Ziarah Encik Romelan Bin Karim di Blok E, Sawah...
24/08/2026

ZIARAH KASIH DUN PERMATANG ❤️

Hadir ketika susah. Menyantuni ketika diuji.

Ziarah Encik Romelan Bin Karim di Blok E, Sawah Sempadan, Tanjung Karang .

Hari ini, Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Permatang bersama JPKK meneruskan Ziarah Kasih menziarahi beberapa orang rakyat yang sedang diuji dengan pelbagai keuzuran — ada yang mengalami kemalangan, baru menjalani pembedahan, sakit dalaman dan uzur kerana usia.

Bagi kita, mungkin hanya sebuah kunjungan.

Tetapi bagi mereka, kehadiran, perhatian dan doa mampu menjadi sumber kekuatan.

Kita datang bukan sekadar bertanya khabar, tetapi untuk mendengar, menyantuni dan melihat apa yang boleh dibantu.

Khidmat rakyat bukan hanya ketika mereka memerlukan kita. Khidmat rakyat adalah apabila kita hadir ketika mereka paling memerlukan sokongan.

Semoga setiap yang diziarahi dikurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan, serta dipermudahkan segala urusan.

اللَّهُمَّ اشْفِهِ شِفَاءً تَامًّا، وَعَافِهِ عَافِيَةً دَائِمَةً

“Ya Allah, sembuhkanlah mereka dengan kesembuhan yang sempurna dan kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan.”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲









-23 Ogos 2026-

🌸 BENGKEL PEMBUATAN MINYAK WANGI 🌸Alhamdulillah, selesai sudah Bengkel Pembuatan Minyak Wangi yang telah berlangsung di ...
24/08/2026

🌸 BENGKEL PEMBUATAN MINYAK WANGI 🌸

Alhamdulillah, selesai sudah Bengkel Pembuatan Minyak Wangi yang telah berlangsung di Port Leren, Blok E Jalan Mayang Rotan.

Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari asas pembuatan minyak wangi, teknik pembungkusan dan pembotolan serta asas pemasaran sebagai langkah awal untuk menceburi bidang ini dan menjadikannya sebagai salah satu peluang menjana pendapatan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ketua Kampung Blok EQSW serta seluruh barisan AJK atas usaha, komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program yang bermanfaat ini. 👏🏻🌷

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih banyak aktiviti yang memberi manfaat serta membuka peluang kepada masyarakat untuk menambah ilmu, kemahiran dan pendapatan.

Tahniah kepada semua yang terlibat! 🤍✨

-23 Ogos 2026-

ZIARAH KASIH DUN PERMATANG ❤️Hadir ketika susah. Menyantuni ketika diuji.Ziarah Jamaliah Binti Jani di Kampung Raja Musa...
24/08/2026

ZIARAH KASIH DUN PERMATANG ❤️

Hadir ketika susah. Menyantuni ketika diuji.

Ziarah Jamaliah Binti Jani di Kampung Raja Musa, Tanjung Karang .

Hari ini, Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Permatang bersama JPKK meneruskan Ziarah Kasih menziarahi beberapa orang rakyat yang sedang diuji dengan pelbagai keuzuran — ada yang mengalami kemalangan, baru menjalani pembedahan, sakit dalaman dan uzur kerana usia.

Bagi kita, mungkin hanya sebuah kunjungan.

Tetapi bagi mereka, kehadiran, perhatian dan doa mampu menjadi sumber kekuatan.

Kita datang bukan sekadar bertanya khabar, tetapi untuk mendengar, menyantuni dan melihat apa yang boleh dibantu.

Khidmat rakyat bukan hanya ketika mereka memerlukan kita. Khidmat rakyat adalah apabila kita hadir ketika mereka paling memerlukan sokongan.

Semoga setiap yang diziarahi dikurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan, serta dipermudahkan segala urusan.

اللَّهُمَّ اشْفِهِ شِفَاءً تَامًّا، وَعَافِهِ عَافِيَةً دَائِمَةً

“Ya Allah, sembuhkanlah mereka dengan kesembuhan yang sempurna dan kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan.”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲








-22 Ogos 2026-

ZIARAH KASIH DUN PERMATANG ❤️Hadir ketika susah. Menyantuni ketika diuji.Ziarah Masrom Bin Karmijan di Kampung Raja Musa...
24/08/2026

ZIARAH KASIH DUN PERMATANG ❤️

Hadir ketika susah. Menyantuni ketika diuji.

Ziarah Masrom Bin Karmijan di Kampung Raja Musa, Tanjung Karang .

Hari ini, Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Permatang bersama JPKK meneruskan Ziarah Kasih menziarahi beberapa orang rakyat yang sedang diuji dengan pelbagai keuzuran — ada yang mengalami kemalangan, baru menjalani pembedahan, sakit dalaman dan uzur kerana usia.

Bagi kita, mungkin hanya sebuah kunjungan.

Tetapi bagi mereka, kehadiran, perhatian dan doa mampu menjadi sumber kekuatan.

Kita datang bukan sekadar bertanya khabar, tetapi untuk mendengar, menyantuni dan melihat apa yang boleh dibantu.

Khidmat rakyat bukan hanya ketika mereka memerlukan kita. Khidmat rakyat adalah apabila kita hadir ketika mereka paling memerlukan sokongan.

Semoga setiap yang diziarahi dikurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan, serta dipermudahkan segala urusan.

اللَّهُمَّ اشْفِهِ شِفَاءً تَامًّا، وَعَافِهِ عَافِيَةً دَائِمَةً

“Ya Allah, sembuhkanlah mereka dengan kesembuhan yang sempurna dan kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan.”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲









-22 Ogos 2026-

🇲🇾 KONVOI MERDEKA ANAK MUDA 🇲🇾Alhamdulillah, selesai sudah Program Konvoi Merdeka Anak Muda anjuran bersama JPKK Sungai ...
24/08/2026

🇲🇾 KONVOI MERDEKA ANAK MUDA 🇲🇾

Alhamdulillah, selesai sudah Program Konvoi Merdeka Anak Muda anjuran bersama JPKK Sungai Yu, AMK dan BAKA PK9. Syukur, semua peserta telah selamat tiba di rumah masing-masing.

Pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Permatang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan serta menaja program ini.

Semoga program seperti ini dapat terus menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan anak muda, khususnya sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, tenaga dan komitmen. Semoga segala jasa baik dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT. 🇲🇾❤️

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾



-22 Ogos 2026-

Lawatan Tapak Buah Melon Kampung Raja Musa 🍈Pak Ya berkesempatan mengadakan lawatan ke tapak tanaman buah melon di Kampu...
24/08/2026

Lawatan Tapak Buah Melon Kampung Raja Musa 🍈

Pak Ya berkesempatan mengadakan lawatan ke tapak tanaman buah melon di Kampung Raja Musa bagi melihat sendiri perkembangan dan hasil tanaman yang diusahakan.

Melon yang dihasilkan kelihatan besar, segar dan menyelerakan. Tahniah kepada para pengusaha atas usaha serta komitmen dalam mengembangkan sektor pertanian tempatan.

Semoga usaha sebegini terus berkembang dan menjadi sumber pendapatan yang baik buat komuniti setempat. 🌱🍈

SUMBANGAN BERAS | MAJLIS WALIMATULURUS & MAJLIS KESYUKURAN📅 21 Ogos 2026📍 Bukit Talang, Raja MusaAlhamdulillah, telah be...
24/08/2026

SUMBANGAN BERAS | MAJLIS WALIMATULURUS & MAJLIS KESYUKURAN

📅 21 Ogos 2026
📍 Bukit Talang, Raja Musa

Alhamdulillah, telah berlangsung penyampaian sumbangan beras kepada Puan Haiza di kediaman beliau di Bukit Talang, Raja Musa, sempena Majlis Walimatulurus dan Majlis Kesyukuran.

Semoga sumbangan yang disampaikan ini dapat membantu melancarkan persiapan serta urusan majlis, dan semoga segala perancangan dipermudahkan serta diberkati Allah SWT.

Selamat melangsungkan majlis dan semoga pasangan yang diraikan dikurniakan kebahagiaan, keberkatan serta kehidupan berumah tangga yang harmoni. 🤲🏻



Salam TakziahSalam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Nuriqleema Fitryana Binti Mohd Noor yang terlibat dalam k...
24/08/2026

Salam Takziah

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Nuriqleema Fitryana Binti Mohd Noor yang terlibat dalam kemalangan. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Pak Ya berkesempatan hadir ke Masjid Parit Serong untuk menyantuni serta menziarahi keluarga Allahyarhamah. Jenazah Allahyarhamah juga telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Parit Serong.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah. 🤲

🇲🇾 Aktiviti Pemasangan Bendera Jalur Gemilang 🇲🇾Aktiviti pemasangan Jalur Gemilang di Pusat Desa sempena Bulan Kemerdeka...
24/08/2026

🇲🇾 Aktiviti Pemasangan Bendera Jalur Gemilang 🇲🇾

Aktiviti pemasangan Jalur Gemilang di Pusat Desa
sempena Bulan Kemerdekaan sebagai tanda semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air. Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan dan menghayati erti perjuangan serta pengorbanan demi negara tercinta.

Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka! 🇲🇾

PROGRAM SANTUNI BINGKAS📍 Bagan Pasir Penambang 📅 18 Ogos 2026Pegawai Penyelaras Dun Permatang, Tuan Haji Yahya Bin Haji ...
24/08/2026

PROGRAM SANTUNI BINGKAS
📍 Bagan Pasir Penambang
📅 18 Ogos 2026

Pegawai Penyelaras Dun Permatang, Tuan Haji Yahya Bin Haji Mat Sahri (Pak ya) serta team Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dun Permatang telah turun padang menyantuni menyantuni para peserta BINGKAS.

Program ini bertujuan untuk mendengar sendiri pandangan serta maklum balas peserta berkaitan manfaat yang diterima menerusi inisiatif Kerajaan Negeri Selangor. Selain itu, sesi ini turut memberi ruang untuk bertanyakan masalah yang dihadapi serta cadangan penambahbaikan demi memastikan bantuan yang disalurkan lebih berkesan dan menyeluruh kepada rakyat.

Semoga usaha santuni rakyat seperti ini dapat terus memperkukuhkan hubungan antara masyarakat dan pihak kerajaan demi kesejahteraan bersama.

Terima kasih Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari Menteri Besar Selangor atas inisiatif yang diberi bagi meringankan beban rakyat.

Address

25, Jalan Nilam 1, Taman Nilam
Shah Alam
45500

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kafe Pak Ya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kafe Pak Ya:

Shortcuts

Share