04/09/2026
4 September 2026 | Jumaat | Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
KUNJUNGAN MUHIBBAH JKNS KE JPN SELANGOR
YBhg. Datin Wan Nor Ashikin binti Abu Kassim, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, berbesar hati menerima kunjungan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sempena Kunjungan Muhibbah JKNS ke JPN Selangor bagi Tahun 2026.
Kunjungan ini diketuai oleh Dr. Wan Noraini binti Wan Mohamed Noor, Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), bersama-sama Dr. Salina binti Md Taib dan Dr. Malar Velli Segarmurthy, Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Kesihatan Keluarga), Encik Safruddin bin Sahalan, Ketua Unit Promosi Kesihatan, Puan Kamarul Huda binti Kamaruddin, Penolong Pengarah Kanan, Unit Promosi Kesihatan, serta Cik Siti Nurain binti Zainal, Pegawai Penerangan.
Turut serta dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor ialah Puan Sharifah Norsalina binti Syed Nawawi, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Sumber Manusia, Puan Shahrinaz binti Shahrir, Ketua Penolong Pengarah, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, serta pegawai-pegawai Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid.
Pertemuan ini menjadi wadah penting untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara sektor kesihatan dan pendidikan, khususnya dalam memperkasakan agenda kesihatan dan kesejahteraan warga pendidikan serta murid di negeri Selangor.
Pelbagai inisiatif dan program turut dikongsikan, antaranya Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI) yang merangkumi Tunas Doktor Muda, Kelab Doktor Muda, Pakej HePiLI HEM dan Program PEARL (Program Ekspresi Anak Remaja Lestari).
Turut dibincangkan ialah Inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera (i-PASS) sebagai usaha menggalakkan penjawat awam mengamalkan gaya hidup sihat dan meningkatkan kesejahteraan diri.
Semoga jalinan strategik JKNS–JPN Selangor terus diperkasa dalam membentuk ekosistem pendidikan yang sihat, sejahtera, resilien dan berkualiti, seterusnya menyokong kemenjadian murid dan kecemerlangan pendidikan negeri Selangor.
Bersama membina generasi sihat, sejahtera dan cemerlang!
‘Tahun Ini, Tahun Kita’
'Guru Bitara, Nadi Negara'
MEDIA RASMI JPN SELANGOR
Portal Rasmi JPN
https://jpnselangor.moe.gov.my/
Facebook
https://facebook.com/jpnsel
Youtube
https://www.youtube.com/
TikTok
https://www.tiktok.com/.selangor