05/12/2025
EXPRESSION OF INTEREST (EOI)
Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Ingin Mempelawa
Mana-Mana Syarikat Dan/Atau Konsortium Yang
Berminat Untuk Mengemukakan Expression Of Interest
(Eoi) Bagi Mana-Mana Cadangan Pembangunan Hartanah
Milik Mais Seperti Berikut:
1. Cadangan Pembangunan Di Atas Tanah Seluas 7.26
Ekar Di Atas Pm 719 Pt 3665 (2.31 Ekar) Dan Hsm 10405
Pt 3666 (4.95 Ekar) Mukim Sungai Buloh, Daerah
Petaling, Selangor Darul Ehsan.
2. Cadangan Pembangunan Di Atas Tanah Seluas 0.55
Ekar Di Atas Pt 655 Hsd 135052, Pekan Meru, Daerah
Klang, Selangor Darul Ehsan.
3. Cadangan Pembangunan Di Atas Tanah Seluas 4 Ekar
Di Atas Lot 66264 Pm 11340, Mukim Tanjung Dua Belas,
Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.
4. Cadangan Pembangunan Di Atas Tanah Seluas 5.42
Ekar Di Atas Lot 1884 Gm 5361 (4.53 Ekar) Dan Pt 161018
Hsm 62436 (0.89 Ekar), Sungai Kandis, Daerah Klang,
Selangor Darul Ehsan.
1) EOI ini adalah terbuka kepada syarikat-syarikat tempatan
atau antarabangsa yang berminat dan berkelayakan untuk
mengemukakan dokumen lengkap yang mengandungi:
a. PROFIL SYARIKAT
i. Latar Belakang Syarikat/Konsortium
ii. Sijil Pendaftaran (SSM, CIDB, REHDA)
iii. Struktur Organisasi
iv. Projek-Projek Terdahulu (jika ada)
v. Ringkasan Cadangan dan Pulangan (Project Brief & Return)
b. KEMAMPUAN KEWANGAN
i. Penyata Kewangan dan Akaun Syarikat yang diaudit (3 tahun).
ii. Kemudahan kewangan dari Institusi Kewangan (Facility &
trade-line).
iii. Bagi syarikat yang beroperasi sebagai Syarikat Bertujuan Khas
(SPV), maklumat dan rekod syarikat induk boleh diguna pakai
untuk tujuan penilaian kelayakan.
2) Sekiranya perlu, MAIS akan menghubungi syarikat untuk maklumat
tambahan.
3) Pertanyaan berkenaan EOI hanya boleh dibuat melalui emel
atau di talian 03-5514 3400 (samb. 2189). Pertanyaan secara emel
boleh dialamatkan ke [email protected], [email protected] atau
[email protected]. MAIS tidak terikat untuk menjawab setiap
pertanyaan yang diajukan.
4) Tempoh EOI ini adalah pada 1 Disember 2025 hingga 31 Disember
2025.
5) Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat:
Sektor Ekonomi, Majlis Agama Islam Selangor,
Tingkat 10, Menara Selatan,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 SHAH ALAM, Selangor Darul Ehsan.