Jayden Pang Hon Yuen 彭汉源

Jayden Pang Hon Yuen 彭汉源 Ahli Majlis MBSJ Zon 9 (2026–2027)
Pengerak Belia Selangor (PeBS) Zon 14 (2024–2025)
Setiausaha DAPSY Puchong

𝐁𝐄𝐈𝐉𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐈𝐀𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐘 𝐒𝐓𝐔𝐃𝐘 𝐓𝐑𝐈𝐏 🎓🇨🇳Finished my final class at Beijing Jiaotong University two days ago. It was a ...
25/07/2026

𝐁𝐄𝐈𝐉𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐈𝐀𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐘 𝐒𝐓𝐔𝐃𝐘 𝐓𝐑𝐈𝐏 🎓🇨🇳

Finished my final class at Beijing Jiaotong University two days ago. It was a great experience attending the 2026 Seminar on Urban Planning and Public Transportation for Malaysia. I learned a lot about how to improve urban development and manage traffic networks. Yesterday I left Beijing and have now safely arrived in Shenzhen for the next part of this trip. Looking forward to exploring more city planning ideas here in Shenzhen, and hopefully bringing some of these practical solutions back home to improve our community.

两天前在北京交通大学上完了最后一堂课。这次来参加专门为马来西亚定制的2026马来西亚城市规划与公共交通研休班,真的学到了很多关于城市发展和交通规划的新概念。昨天我已经离开北京,现在顺利抵达深圳继续接下来的考察行程。希望这几天能多看看深圳这座城市是怎么规划的,把一些适合的好点子带回我们的社区,让大家的居住环境变得更好。

Terima kasih kepada semua penduduk Zon 9 yang telah mengambil bahagian. Tanpa sokongan dan kerjasama anda semua, program...
13/07/2026

Terima kasih kepada semua penduduk Zon 9 yang telah mengambil bahagian. Tanpa sokongan dan kerjasama anda semua, program ini tidak akan dapat berjalan dengan lancar.

Andalah yang menjadikan Zon 9 semakin hijau, bersih dan indah dari hari ke hari.

Ribuan terima kasih juga kepada Jabatan Kesihatan MBSJ atas perkongsian ilmu dan penerangan mengenai bahaya demam denggi serta nyamuk Aedes. Semoga kesedaran yang diberikan dapat membantu kita bersama-sama mencegah pembiakan nyamuk Aedes dan mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan selamat untuk semua.

𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐙𝐎𝐍 𝟗! 🦟🧼Jom pakat keluar beramai-ramai pada hari Ahad ini, 12 Julai 2026, untuk progr...
08/07/2026

𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐙𝐎𝐍 𝟗! 🦟🧼

Jom pakat keluar beramai-ramai pada hari Ahad ini, 12 Julai 2026, untuk program Gotong-Royong Bebas Denggi. Kita akan mula berkumpul seawal jam 7.00 pagi di Balai Komuniti Taman Sri Puchong.

Sebelum aktiviti bermula, kita akan mengadakan satu sesi taklimat ringkas berkaitan cara pencegahan denggi dan pembahagian tugas supaya kerja pembersihan kita berjalan dengan lancar. Program anjuran MPP Zon 9 MBSJ ini adalah usaha tempatan kita bersama untuk pastikan kawasan perumahan kita sentiasa bersih dan selamat.

YB Ng Sze Han dan saya sendiri, Ahli Majlis MBSJ Zon 9 Pang Hon Yuen, amat mengalu-alukan kedatangan semua penduduk untuk luangkan sedikit masa demi kesihatan komuniti kita.

Tiada aedes, tiada denggi!

𝐊𝐄𝐒𝐘𝐔𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈: 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐀𝐒𝐘𝐔𝐑𝐀 𝐙𝐎𝐍 𝟗! 🥣✨Saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat bersama pend...
05/07/2026

𝐊𝐄𝐒𝐘𝐔𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈: 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐀𝐒𝐘𝐔𝐑𝐀 𝐙𝐎𝐍 𝟗! 🥣✨

Saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat bersama penduduk gotong-royong memasak bubur asyura sempena bulan Muharram hari ini.

Selain dapat bermesra dan merapatkan hubungan dengan jiran tetangga, saya sempat belajar tentang keunikan hidangan tradisi ini yang melambangkan rasa syukur serta semangat perpaduan kita.

Menariknya, saya dapat mencuba dua jenis bubur asyura yang berbeza iaitu gaya Kedah yang penuh dengan pelbagai kekacang dan bijirin, serta gaya Kelantan yang rasa lebih savori kerana dimasak bersama daging lembu.

Apapun perbezaan bahan masakan ini, keunikan sebenar hidangan ini tetap datang daripada kerjasama semua penduduk yang bertungkus-lumus mengacau kawah besar bersama-sama sejak awal pagi. Terima kasih kepada semua warga Zon 9 yang sudi berkongsi ilmu dan menjayakan aktiviti yang penuh keharmonian ini!

05/07/2026

Ahad 5 July 2026, Program Jualan Ehsan Rahmah tamat dengan berjaya. Saya amat berterima kasih kepada semua sukarelawan dan tanpa anda semua penduduk Zon 9 tidak akan mendapat manfaat daripada program ini.

𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐄𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐂𝐇𝐎𝐍𝐆 𝐄𝐒𝐎𝐊! 🛒🔥Warga Puchong, jangan lepaskan peluang mendapatkan barangan dapur denga...
04/07/2026

𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐄𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐂𝐇𝐎𝐍𝐆 𝐄𝐒𝐎𝐊! 🛒🔥

Warga Puchong, jangan lepaskan peluang mendapatkan barangan dapur dengan harga subsidi runtuh di Program Jualan Ehsan Rahmah Kasih Sayang esok, Ahad, 5 Julai 2026, bermula jam 3.00 petang hingga 6.00 petang di 1, Jalan Sri Puchong 7, Taman Sri Puchong.

Hasil usaha proaktif dan permohonan khas daripada Pejabat Ahli Majlis MBSJ Zon 9, program ini berjaya dibawa terus ke kawasan kita demi meringankan beban kos sara hidup warga setempat dengan sokongan Pejabat DUN Kinrara (YB Ng Sze Han).

Pakat datang ramai-ramai esok untuk dapatkan barangan asas seperti Ayam seekor (RM 10.00), Beras 5kg (RM 12.00), Minyak Masak 2kg (RM 10.00), Telur Gred B sepapan (RM 9.00), Daging sepek (RM 10.00), dan Sardin (RM 5.50).

Pembayaran menggunakan kad BINGKAS serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA) juga diterima sepenuhnya. Sila bawa beg kitar semula masing-masing esok petang sementara stok masih ada!

𝐒𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐘𝐀! 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊 𝐆𝐔𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 𝐙𝐎𝐍 𝟗 𝐌𝐁𝐒𝐉 ⚖️🎉Sukacita dimaklumkan bahawa program Klinik Guaman Percuma yang ...
28/06/2026

𝐒𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐘𝐀! 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊 𝐆𝐔𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 𝐙𝐎𝐍 𝟗 𝐌𝐁𝐒𝐉 ⚖️🎉

Sukacita dimaklumkan bahawa program Klinik Guaman Percuma yang berlangsung di Dewan Komuniti, Taman Sri Puchong pada hari ini telah pun selesai dijalankan dengan jayanya!

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat 𝐃𝐔𝐍 𝐊𝐢𝐧𝐫𝐚𝐫𝐚 (𝐘𝐁 𝐍𝐠 𝐒𝐳𝐞 𝐇𝐚𝐧) atas sokongan penuh serta dokongan berterusan dalam memastikan kebajikan serta hak penduduk sentiasa terbela.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada seluruh 𝐓𝐞𝐚𝐦 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐙𝐨𝐧 𝟗 𝐌𝐁𝐒𝐉 (𝐌𝐏𝐏 𝐙𝐨𝐧 𝟗) yang sentiasa produktif, cekap, dan bekerja keras menguruskan logistik, serta 𝐏𝐞𝐁𝐒 𝐙𝐨𝐧 𝟗 yang bertindak sebagai jentera penggerak belia komuniti dalam menyelaras pendaftaran awal penduduk. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan 𝐃𝐀𝐏𝐒𝐘 𝐒𝐮𝐛𝐚𝐧𝐠 yang turut turun padang memberikan bantuan tenaga bagi melancarkan lagi perjalanan program sepanjang hari ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada 𝐅𝐢𝐫𝐦𝐚 𝐆𝐮𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐬𝐬𝐫𝐬 𝐘𝐚𝐩, 𝐊𝐮 & 𝐂𝐨. bersama barisan peguam profesional yang sudi meluangkan masa hujung minggu mereka untuk memberikan konsultasi peribadi 𝟏-𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧-𝟏 secara percuma demi merungkai pelbagai kemusykilan undang-undang warga Zon 𝟗.

Sambutan yang diterima daripada penduduk amat menggalakkan dan sesi penasihatan yang telus sebegini ternyata membantu meringankan beban fikiran masyarakat terutamanya apabila berdepan dengan isu-isu perundangan yang rumit. Terima kasih kepada semua warga Puchong yang hadir memberikan kerjasama terbaik sepanjang program ini berlangsung, dan semoga usaha kolektif yang berlandaskan prinsip kepedulian rakyat ini terus membawa impak kebajikan yang mampan buat seluruh komuniti kita!

𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐎𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆-𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆? 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐍𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐈𝐍𝐈! ⚖️📋Adakah anda mempunyai kemusykilan berkaitan undang-und...
24/06/2026

𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐎𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆-𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆? 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐍𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐈𝐍𝐈! ⚖️📋
Adakah anda mempunyai kemusykilan berkaitan undang-undang tetapi bimbang tentang kos guaman?

Pejabat DUN Kinrara bersama Ahli Majlis Zon 9 MBSJ, PeBS Zon 9 dan firma guaman Messrs Yap, Ku & Co. akan menganjurkan Klinik Guaman Percuma khas untuk membantu penduduk setempat mendapatkan nasihat profesional secara terus.

Bagi memastikan privasi anda terpelihara, sesi konsultasi peribadi ini akan dijalankan secara 𝟏-𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧-𝟏. Slot masa adalah terhad, jadi sila buat tempahan awal bagi mengelakkan masa menunggu yang lama.

🚨 𝐍𝐨𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠: 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐢𝐧𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝟏𝟎𝟎% 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐚𝐬𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐦𝐮𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚. 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐥𝐤-𝐢𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧.

𝐁𝐮𝐭𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦:
📅 Tarikh: 28 Jun 2026 (Ahad)
🕙 Masa: 𝟏𝟎.𝟎𝟎 Pagi hingga 𝟏.𝟎𝟎 Tengah Hari
📍 Lokasi: Balai Masyarakat Taman Sri Puchong

Klik pautan di bawah sekarang untuk menempah slot masa anda:
🔗 https://forms.gle/qtckB82sxwJDyDHNA
Jangan lepaskan peluang ini. Sila sebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga dan jiran tetangga yang memerlukan. Jumpa anda di sana! 🤝💪

26/04/2026

𝟐𝟔/𝟎𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐀𝐡𝐚𝐝)
𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐍𝐘𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀! 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐙𝐎𝐍 𝟗 𝐌𝐁𝐒𝐉
今天下午在 Taman Sri Puchong 的开斋聚餐真的太热闹了!
Memang meriah sungguh Jamuan Raya kita di Taman Sri Puchong petang tadi!

Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua rakan AJK MPP Zon 9 yang bertungkus-lumus siapkan semua benda. Dari susun meja, uruskan makanan sampai ke sesi cabutan bertuah, semuanya berjalan lancar sebab kerjasama team kita yang hebat. Anda semua memang terbaik!

Terima kasih juga kepada YB Ng Sze Han 黄思汉yang sudi datang luangkan masa dengan penduduk. Paling seronok bila tengok jiran-jiran kita dari pelbagai bangsa duduk sekali makan dan borual santai. Inilah semangat yang kita nak dalam komuniti kita.

Tahniah buat siapa yang menang lucky draw tadi! Kepada yang tak dapat, jangan risau, kita jumpa lagi di program akan datang. 🤝💪

我一定要在这里给我的 MPP Zon 9 AJK 团队一个大大的赞。谢谢大家从早忙到晚,把场地布置、食物安排还有抽奖环节都打理得井井有条。正因为有你们这群好搭档,活动才能办得这么圆满。大家辛苦了!

也要感谢 YB 黄思汉 特地抽空过来和居民们见面。最让我开心的,是看到各族居民聚在一起一边吃、一边聊,这种邻里情谊真的很珍贵。

恭喜今天那些抽到大奖的幸运儿!没抽到的朋友也别失望,我们下次活动再聚。🤝💪

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jayden Pang Hon Yuen 彭汉源 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share