SKUAD Antidadah Sibu

SKUAD Antidadah Sibu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SKUAD Antidadah Sibu, Public & Government Service, d/a AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH SIBU, TINGKAT BAWAH, WISMA PERSEKUTUAN SIBU BLOK 1, Jalan FONG MING, Sibu.

SKUAD Antidadah adalah 1 entiti kesukarelawanan AADK dalam Pencegahan Dadah.Peranannya ialah menyebarkan mesej antidadah kepada komuniti selaras dengan tuntutan Seksyen 6(g) Akta AADK 2004 iaitu mendidik komuniti menentang penyalahgunaan dadah berbahaya.

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang ...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijah 1447H.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta Raja Permaisuri Agong, dan terus dikurniakan kebijaksanaan dalam memayungi rakyat serta memimpin negara dengan penuh kedaulatan dan kemakmuran.

Sembah takzim daripada
Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga
Agensi Antidadah Kebangsaan

Shamsul Anuar Nasarah





Hari Wesak  adalah masa untuk kita meraikan sinar kedamaian dan menyucikan hati daripada segala kekeruhan yang membebani...
31/05/2026

Hari Wesak adalah masa untuk kita meraikan sinar kedamaian dan menyucikan hati daripada segala kekeruhan yang membebani hidup.

Keindahan sebenar hari ini terletak pada keupayaan kita mengawal diri dan mencari ketenangan abadi tanpa perlu mengejar keseronokan yang sia-sia.

Keamanan hidup yang sebenar hanya akan dirasai apabila jiwa kita merdeka sepenuhnya, tanpa perlu bergantung kepada sebarang sokongan luar yang nampak menenangkan namun sebenarnya merantai kebebasan diri dan mengaburkan jalan pulang.

Mari hargai sinar kehidupan dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang. Selamat menyambut Hari Wesak buat semua yang merayakannya.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



29/05/2026

Berita Perdana RTM - Kit Ujian Kesan Fentanyl, Magic Mushroom AADK Guna Di Lapangan Mulai Jun

Sumber: Berita RTM
=======
🔵Sebar Luas SKUAD Antidadah SibuKapit🔵

Sertai kami hari ini!! Jadilah sebahagian daripada perubahan positif dalam komuniti. Mohon keahlian SKUAD Antidadah SibuKapit sekarang!! 💪🏻

















✨ Selamat Hari Raya Qurban daripada kami AADK! Pernahkah anda terfikir tentang hikmah sebenar ibadah Qurban?Ibadah ini b...
26/05/2026

✨ Selamat Hari Raya Qurban daripada kami AADK! Pernahkah anda terfikir tentang hikmah sebenar ibadah Qurban?

Ibadah ini bukan sekadar menyembelih haiwan, tetapi mengajar kita tentang kesabaran, keikhlasan, dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Tunjukkan pandangan anda tentang pengajaran Qurban dan bagaimana ia boleh diamalkan dalam kehidupan seharian!

Mari menjawab kuiz! Tulis jawapan anda serta kongsi apa pengorbanan yang anda telah lakukan di ruangan komen sekarang! Semoga ibadah kita semua diterima Allah dan penuh keberkatan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





Kredit: Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia

50 BELIA SERTAI KONVOI BERMOTOR BERSAMA SKUAD ANTIDADAH DUA RODAHampir 50 belia turun padang menyertai konvoi bermotor b...
23/05/2026

50 BELIA SERTAI KONVOI BERMOTOR BERSAMA SKUAD ANTIDADAH DUA RODA

Hampir 50 belia turun padang menyertai konvoi bermotor bagi menjayakan misi murni bersama SKUAD Antidadah Dua Roda.

Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran ADUN Tanjung Kapor, Datuk Ben Chong Chen Bin dan Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh demi menyebarkan kempen Pesanan Antidadah (PESADA).

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) yang bertujuan memperkasakan mesej pencegahan secara santai dan bersemuka dengan komuniti.

Menurut Dato’ Ruslin, pendekatan proaktif ini sangat penting untuk menarik minat golongan muda agar terus menjauhi gejala negatif terutama penyalahgunaan dadah menerusi hobi yang sihat.

Konvoi ini turut membuktikan bahawa aktiviti permotoran boleh menjadi medium bermanfaat untuk melahirkan ejen perubahan yang positif dalam masyarakat kita hari ini.

Sambil meronda, para peserta sempat singgah di lokasi tumpuan awam untuk mengedarkan risalah bahaya dadah bagi meningkatkan kesedaran penduduk setempat.

Semangat padu para belia ini jelas menyokong misi Dadah Terkawal 2030 dan program ini dijangka akan diteruskan ke daerah lain bagi memperkukuh rangkaian SKUAD Antidadah.










Ramai orang keliru antara AADK & PUSPEN. Tapi sekarang semua dah tahu kan?Jadi, jangan tunggu sampai “parah” baru nak be...
22/05/2026

Ramai orang keliru antara AADK & PUSPEN. Tapi sekarang semua dah tahu kan?

Jadi, jangan tunggu sampai “parah” baru nak bertindak. Kadang, sekadar tanya, ambil tahu, atau minta panduan awal dah boleh buat perbezaan besar. 💛

So, kalau rasa confuse atau risau tentang diri sendiri atau orang tersayang, jangan segan. Langkah awal adalah langkah bijak. Cegah awal itu lebih baik daripada menyesal kemudian! ✨

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





Kredit: Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia

📸 Lensa aktiviti SKUAD AKTIF - Latihan PickleballSKUAD Aktif - Pengisian aktiviti amalan hidup sihat melalui aktiviti be...
21/05/2026

📸 Lensa aktiviti SKUAD AKTIF - Latihan Pickleball

SKUAD Aktif - Pengisian aktiviti amalan hidup sihat melalui aktiviti berbentuk sukan, aktivti lasak, muzik dan riadah bersama perkongsian fakta kesan dan bahaya dadah.

📍IPSS Pickle Ball Sibu

Kredit gambar: Ahli SKUAD Antidadah Sibu
=======
🔵Sebar Luas SKUAD Antidadah SibuKapit🔵

Sertai kami hari ini!! Jadilah sebahagian daripada perubahan positif dalam komuniti. Mohon keahlian SKUAD Antidadah SibuKapit sekarang!! 💪🏻



















LAWATAN KEBAJIKAN JAWATANKUASA SKUAD SIBU KE HOSPITAL SIBU Jawatankuasa SKUAD Antidadah Daerah Sibu (JK), telah mengadak...
17/05/2026

LAWATAN KEBAJIKAN JAWATANKUASA SKUAD SIBU KE HOSPITAL SIBU

Jawatankuasa SKUAD Antidadah Daerah Sibu (JK), telah mengadakan lawatan kebajikan ke Hospital Sibu, bagi menziarahi ahli, Syafizzul Samsin serta anak kepada ahli JK, Dewina Dennis yang sedang menjalani rawatan kesihatan di hospital berkenaan baru-baru ini.

Lawatan itu bertujuan untuk memberikan sokongan moral dan menyampaikan keprihatinan pihak JK terhadap kebajikan sukarelawan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Delegasi JK dalam lawatan tersebut diketuai oleh Timbalan Pengerusi JK, Mohamad Mostapha Lasot yang mewakili Pengerusi.

Dalam lawatan itu, Mohamad Mostapha mengambil kesempatan memberikan kata-kata semangat kepada Syafizzul dan Dewina, serta bertanyakan khabar sebagai tanda ingatan dan sokongan daripada seluruh barisan JK.

Lawatan berakhir dengan doa bersama agar Syafizzul serta anak kepada Dewina diberikan kesembuhan segera dan kembali menjalankan rutin harian seperti biasa.

















17/05/2026

🎥 [VIDEO PROGRAM PILIHAN]

BUKAN SEKADAR BERJALAN, SKUAD ANTIDADAH SIBU RAIH TEMPAT KETIGA FUN WALK

SIBU, 17 Mei - SKUAD Antidadah Daerah Sibu (SKUAD) melakar kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih tempat ketiga bagi kategori Jabatan/Kumpulan Dengan Penyertaan Paling Ramai sempena program Fun Walk 10,000 Langkah: Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Bahagian Sibu Tahun 2026 bertemakan 80-an di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1, pagi semalam.

Kontinjen SKUAD dalam program tersebut telah disertai seramai 150 orang ahli yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Penyertaan SKUAD turut disertai dengan kehadiran rakan strategik termasuk Pejabat Kemas Daerah Selangau (KEMAS), Persatuan Kebajikan Masyarakat Iban Sibu (Teresang Dayak Sarawak), dan Hafqal Enterprise (HE).

Penyertaan SKUAD dalam Fun Walk itu bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli, sekali gus menyebarluaskan mesej pencegahan dan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan selaras dengan aspirasi “Dadah Terkawal 2030”.

Turut hadir memberikan sokongan dan berjalan bersama SKUAD ialah Ketua Daerah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu, Azimah Marsid; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa SKUAD, Mohamad Mostapha Lasot yang mewakili Pengerusi; Pegawai Kemas Daerah Selangau, Dayangku Syariani Awang Jubaidi; Presiden Teresang Dayak Sarawak, Robinson Lebong; Pengurus HE, Abdul Hafiz Mosteer; serta barisan jawatankuasa SKUAD dan warga kerja AADK Sibu.

















17/05/2026

Ha, korang jawab dalam hati betul ke tak tu? 🤭

Kadang-kadang trivia macam ni buat kita sedar ada banyak benda asas yang kita ingat kita tahu, tapi rupanya masih banyak yang kita kena belajar lagi.

Kalau ada satu benda baru yang korang baru tahu dari video ni, sila komen! Jangan lupa follow dan like untuk banyak lagi info & tips menarik!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





Kredit: Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia

Address

D/a AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH SIBU, TINGKAT BAWAH, WISMA PERSEKUTUAN SIBU BLOK 1, Jalan FONG MING
Sibu
96000

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:00
Tuesday 08:30 - 16:00
Wednesday 08:30 - 16:00
Thursday 08:30 - 16:00
Friday 08:30 - 16:00

Telephone

+60 84-325 811

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SKUAD Antidadah Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SKUAD Antidadah Sibu:

Share