KEMAS Daerah Jelebu

KEMAS Daerah Jelebu "Penggerak Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar"

04/07/2026
10/06/2026
Selamat Hari Pendidik buat seluruh insan yang tidak pernah jemu menyemai ilmu, membentuk sahsiah dan menyalakan harapan ...
16/05/2026

Selamat Hari Pendidik buat seluruh insan yang tidak pernah jemu menyemai ilmu, membentuk sahsiah dan menyalakan harapan anak bangsa

Buat para Pendidik Masyarakat Tabika KEMAS, Pemaju Masyarakat Pelbagai Jurusan KEMAS, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, pensyarah serta semua yang pernah mendidik walau hanya dengan secebis ilmu, jasa kalian terlalu besar nilainya.

55 Tahun KEMAS Mencerdaskan Anak Bangsa,
65 Tahun KEMAS Memperkasa Komuniti.

Sejak awal penubuhannya, KEMAS menjadi antara agensi terawal yang turun ke desa dan pedalaman demi membasmi buta huruf, membuka pintu ilmu dan membina masa depan rakyat. Dari kelas-kelas kecil yang serba sederhana, bermulanya perjalanan membaca, mengeja dan mengira.

Di situlah lahirnya anak-anak kecil yang kemudiannya melangkah ke sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan akhirnya kembali menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik di Parlimen Jelebu khususnya dan Malaysia amnya.
Kalian bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membina manusia dan mencorakkan masa depan negara.

β€œGuru Bitara, Nadi Negara.”

LENSA SEKITAR PROGRAMKEMAS FOR KOMUNITI (K4K) @ KAMPUNG CHENNAHAlhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan i...
15/05/2026

LENSA SEKITAR PROGRAM
KEMAS FOR KOMUNITI (K4K) @ KAMPUNG CHENNAH

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Program KEMAS For Komuniti (K4K) @ Kampung Chennah telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah dan mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat.

Sebagai agensi pembangunan masyarakat di peringkat akar umbi, KEMAS sentiasa komited untuk terus dekat dengan rakyat melalui pelbagai program yang bukan sahaja memberi manfaat, malah mampu menyatukan komuniti dan menghidupkan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Melalui penganjuran program seperti ini, KEMAS bukan sekadar membawa aktiviti kepada rakyat, tetapi turut menjadi platform pembangunan komuniti merangkumi pendidikan, keusahawanan, kesenian, kemahiran serta gaya hidup sihat.

Antara pengisian program yang berlangsung ialah Candy Walk KEMAS Jelebu, Nuansa Seni Khat & Jawi, Seni Tangan Resin Art & Sulaman Tangan, Sukan Rakyat termasuk acara tarik tali, Jom Singgah Jualan Usahawan KEMAS, dan kemuncaknya diserikan dengan Ceramah Perdana oleh YBhg. Ustaz Dato’ Kazim Elias.

Dengan kehadiran dan penyertaan hampir 1,000 orang, ia membuktikan bahawa program berbentuk komuniti seperti ini sememangnya dekat di hati rakyat dan amat diperlukan oleh masyarakat.

KEMAS Jelebu akan terus memperhebatkan penganjuran program-program berkepentingan rakyat selepas ini agar lebih ramai masyarakat dapat terlibat, disantuni dan menerima manfaat secara terus daripada inisiatif yang dilaksanakan.

Zahid Hamidi
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
KEMAS Negeri Sembilan
Jalaluddin Alias
Mohd Razi Mohd Ali
Muhammad Danial Syahiran
Gerak Bersama Jelebu
Friends Of DSJA
Kemas Daerah Jempol
KEMAS Daerah Port Dickson








Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini khu...
15/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini khususnya kepada pihak JPKK Kampung Chennah, Masjid Kariah Kampung Chennah, semua agensi dan jabatan yang terlibat, para usahawan KEMAS, barisan jawatankuasa pelaksana, sukarelawan, serta seluruh komuniti Kampung Chennah dan kawasan sekitarnya.

Sesungguhnya komitmen, kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak amat dihargai dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini.

Zahid Hamidi
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
KEMAS Negeri Sembilan
Jalaluddin Alias
Mohd Razi Mohd Ali
Muhammad Danial Syahiran
Gerak Bersama Jelebu
Friends Of DSJA
Kemas Daerah Jempol
KEMAS Daerah Port Dickson








CERAMAH PERDANA YBHG USTAZ DATO' KAZIM ELIAS
14/05/2026

CERAMAH PERDANA YBHG USTAZ DATO' KAZIM ELIAS

CERAMAH PERDANA. | Check out Masjid Chennah's LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from Masjid Chennah.

Alhamdulillah K4K@ Kg.Chennah Petang ni berjaya mengumpulkan 500 penyertaan
14/05/2026

Alhamdulillah K4K@ Kg.Chennah Petang ni berjaya mengumpulkan 500 penyertaan

KEMAS FOR KOMUNITI (K4K) @ KAMPUNG CHENNAH Ayuh bersama kita memeriahkan program komuniti yang penuh manfaat!πŸ—“ 14 Mei 20...
07/05/2026

KEMAS FOR KOMUNITI (K4K) @ KAMPUNG CHENNAH

Ayuh bersama kita memeriahkan program komuniti yang penuh manfaat!

πŸ—“ 14 Mei 2026 (Khamis)
⏰ 2.00 ptg – 10.00 mlm
πŸ“ Masjid Kariah Kampung Chennah

✨ Pelbagai pengisian menarik menanti anda:

- Ceramah Perdana
YBhg Ustaz Dato' Kazim Elias

- Program Candy Walk KEMAS Jelebu

- Pertandingan Nuansa Seni Jawi & Khat

- Jahitan Asas Sulam Tangan

- Asas Resin : Seni Tangan

- Sukan Rakyat :
Tarik Tali, Isi Air guna Span, Pecah Belon, Lari Ikat Kaki & Pingpong dalam Sudu

- Jom Singgah : Jualan Usahawan KEMAS

πŸ’™ Memperkasa Komuniti, Menyantuni Ummah

Semua dijemput hadir!

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
KEMAS Negeri Sembilan
Jalaluddin Alias
Mohd Razi Mohd Ali
Gerak Bersama Jelebu





LENSA SEKITAR PELAKSANAAN : PROGRAM SULONG KEMAS FOR KOMUNITI (K4K) @ FELDA PASOH 3Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT,...
23/04/2026

LENSA SEKITAR PELAKSANAAN :
PROGRAM SULONG KEMAS FOR KOMUNITI (K4K) @ FELDA PASOH 3

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Program Sulong KEMAS For Komuniti (K4K) @ Felda Pasoh 3 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kejayaan, membuktikan kekuatan sebenar sebuah komuniti yang bersatu, bergerak dan bangkit bersama.

Program ini bukan sekadar himpunan aktiviti, tetapi menjadi manifestasi kesungguhan kita dalam memperkasa rakyat. Daripada simulasi Haji Cilik yang menyemai nilai keislaman sebagai teras pendidikan, kepada memperkasa pendidikan kemahiran dan seni tangan yang membuka ruang peningkatan ekonomi serta jati diri masyarakat.

KEMAS Jelebu ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga KEMAS, agensi-agensi kerajaan, rakan strategik serta masyarakat Felda Pasoh 3 yang telah menunjukkan komitmen luar biasa dalam menjayakan program ini. Inilah bukti bahawa apabila rakyat dan agensi berganding bahu, tiada yang mustahil untuk kita capai.

Kita tidak mahu sekadar merancang, tetapi kita mahu melihat perubahan yang nyata. Kita tidak mahu sekadar berbicara, tetapi kita mahu bertindak dan membawa hasil kepada rakyat.

Insya-Allah, usaha seperti ini akan terus diperkasa demi melahirkan komuniti yang bukan sahaja berkemahiran, tetapi juga berdaya saing, berdaya tahan dan mempunyai masa depan yang lebih gemilang.

Bersama kita membina,
Bersama kita memperkasa.

Zahid Hamidi
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
KEMAS Negeri Sembilan
Jalaluddin Alias
Mohd Razi Mohd Ali
Muhammad Danial Syahiran
Gerak Bersama Jelebu
Friends Of DSJA
Kemas Daerah Jempol
KEMAS Daerah Port Dickson








Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini khu...
23/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini khususnya kepada pihak Pejabat ADUN Sungai Lui, JPKK FELDA Pasoh 3, Masjid Kariah FELDA Pasoh 3, semua agensi dan jabatan yang terlibat, para usahawan KEMAS, barisan jawatankuasa pelaksana, sukarelawan, serta seluruh komuniti FELDA Pasoh 3.

Sesungguhnya komitmen, kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak amat dihargai dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini.

Zahid Hamidi
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
KEMAS Negeri Sembilan
Jalaluddin Alias
Mohd Razi Mohd Ali
Muhammad Danial Syahiran
Gerak Bersama Jelebu
Friends Of DSJA
Kemas Daerah Jempol
KEMAS Daerah Port Dickson








Address

Pejabat KEMAS Daerah Jelebu, Pusat Kegiatan Masyarakat Simpang Pertang
Simpang Pertang
72300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Daerah Jelebu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share