04/01/2024
4 Januari 2024 / Khamis
Dewan Mini SK Segali.
Perhimpunan akhir saya selaku Guru Besar SK Segali bersama para guru, staf AKP, staf swasta dan para murid sebelum memulakan tugas dan amanah baharu di SK Bako, Kuching pada 8 Januari 2024.
Alhamdulillah.
Amanat dan pesanan akhir saya kepada mereka.
Anak ABC
Solat
Jaga diri
Belajar
Hormati orang lain
Amalkan 3S
Semoga semua anak-anak SK Segali menjadi anak yg hebat, berjaya dunia akhirat dan bijaksana.
Semoga para guru terus lestari dalam menyantuni dan menyampaikan ilmu kepada murid. Terus gagah dan kuat semangat semua. Para staf AKP, teruskan momentum rajin dan komited dalam budaya kerja, sentiasa ceria dan berikan senyuman manis. Untuk staf swasta, anda harapan sekolah. Terus rajin dan kreatif dalam skop kerja anda.
Terima kasih kepada semua barisan PIBG dan semua orang Kampung yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama erat kepada sekolah demi pembangunan pendidikan anak-anak kita. Semoga kalian sihat semua, murah rezeki dan dipermudahkan urusan.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita ini. Amin..
Semoga SK Segali yang disayangi ini terus ke mercu jaya. Amin.
Terima kasih semua.
Ikhlas daripada :
Cikgu Osman Zaini
Guru Besar SK Segali
Februari 2020 - Januari 2024