19/08/2026
๐๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ฆ๐ข๐ง๐๐๐ก๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐ง๐๐๐ฅ๐ข๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐ค๐ข๐ญ ๐๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐๐ฌ๐ข๐๐ฉ๐ฌ๐ข๐๐ ๐๐๐ง ๐๐ญ๐๐ ๐๐๐๐๐ฉ๐ข ๐๐ข๐ญ๐ฎ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐๐๐ฆ๐๐ฌ๐๐ง
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui kerjasama Unit Pembangunan Bakat dan Kompetensi, Jabatan Sumber Manusia bersama Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti (PKKU) telah menganjurkan Kursus Pemindahan dan Pengendalian Pesakit bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kesiapsiagaan staf dalam mengendalikan situasi kecemasan di kampus.
Kursus yang berlangsung di Dewan Seminar, Pusat Islam itu menghimpunkan seramai 95 peserta yang terdiri daripada anggota Pasukan Tindak Balas Kecemasan (Emergency Response Team), pemandu kenderaan, dan lain-lain kumpulan staf UUM.
Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pakar daripada PKKU yang berkongsi ilmu serta pengalaman berkaitan teknik pemindahan dan pengendalian pesakit secara selamat.
Penganjuran kursus ini bertujuan memperkukuhkan kemahiran peserta dalam mengangkat, memindahkan dan mengendalikan pesakit menggunakan teknik manual serta peralatan bantuan yang betul.
Selain itu, program ini turut memberi penekanan kepada aspek keselamatan bagi mengurangkan risiko kecederaan kepada pesakit dan anggota penyelamat, di samping meningkatkan tahap keyakinan staf dalam memberikan respons yang pantas dan berkesan ketika berhadapan dengan insiden kecemasan.
Sepanjang program berlangsung, peserta didedahkan dengan pelbagai modul merangkumi prinsip ergonomik dan mekanik badan, teknik pemindahan pesakit secara praktikal, penggunaan peralatan bantuan seperti stretcher dan โsliding boardโ, serta pengendalian situasi khas termasuk pesakit terjatuh dan kecemasan lain.
Sesi soal jawab dan penilaian pada penghujung program turut memberi peluang kepada peserta memperkukuhkan kefahaman terhadap setiap modul yang dipelajari.
Timbalan Pendaftar, Mohd Zulkifli Bin Mohd Noor @ Muhammad berkata, melalui penganjuran kursus ini, UUM berharap semua peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam tugasan harian, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan di kampus serta memastikan kebajikan warga universiti sentiasa terpelihara.
Menurutnya, inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam membangunkan tenaga kerja yang kompeten, berkemahiran dan bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan secara profesional.
Jab Sumber Manusia UUM