Wanita UPKO Sipitang

Wanita UPKO Sipitang Official Page Wanita UPKO Sipitang

KENANGAN WANITA UPKO SIPITANG💙 24 Julai 2026 - Majlis Santai Makan Tengah Hari bersama YB Datuk Ewon Benedick, Presiden ...
25/07/2026

KENANGAN WANITA UPKO SIPITANG💙

24 Julai 2026 - Majlis Santai Makan Tengah Hari bersama YB Datuk Ewon Benedick, Presiden UPKO, bertempat di Dewan PKLS.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Ewon Benedick kerana sudi berkunjung ke Sipitang serta meluangkan masa bersama barisan pemimpin dan ahli-ahli UPKO Sipitang.

Semoga kunjungan ini terus mengukuhkan semangat perpaduan, silaturahim dan kerjasama dalam memperkasakan perjuangan parti demi kesejahteraan rakyat.

Terima kasih juga kepada semua ahli Wanita UPKO Sipitang yang telah hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga kenangan yang dirakam menjadi memori indah serta pembakar semangat untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

18/07/2026
20 Jun 2026Wanita UPKO Sipitang telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tritahunan (MAT) bertempat di Cafe PKLS, Sipita...
21/06/2026

20 Jun 2026
Wanita UPKO Sipitang telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tritahunan (MAT) bertempat di Cafe PKLS, Sipitang. Mesyuarat telah berlangsung dengan lancar dalam suasana penuh semangat, muafakat dan komitmen daripada semua ahli yang hadir.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Adang binti Sulaiman atas pemilihan semula beliau sebagai Ketua Wanita bagi penggal 2026–2029. Kepercayaan yang diberikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan dan dedikasi beliau dalam memperjuangkan serta memperkasakan peranan Wanita UPKO Bahagian Sipitang.

Semoga kepimpinan beliau akan terus membawa Wanita UPKO ke arah yang lebih cemerlang, progresif dan berdaya saing demi manfaat ahli serta masyarakat setempat.

Terima kasih kepada semua ahli yang telah hadir dan menyumbang kepada kelancaran mesyuarat ini. Bersama-sama kita terus memperkukuh perpaduan dan komitmen dalam meneruskan perjuangan parti.


20/03/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙

Salam Aidilfitri buat semua kawan-kawan yang meraikan.
Kami dari Wanita UPKO Sipitang ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan memohon maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan.

Semoga raya kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita 🤍

Ikhlas daripada,
Wanita UPKO Sipitang 💖

09/03/2026

07 Mac 2026 | SabtuSempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2026, Pergerakan Wanita United Progressive Kinabalu Organisation...
07/03/2026

07 Mac 2026 | Sabtu

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2026, Pergerakan Wanita United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO) telah mengadakan program lawatan amal ke Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Penampang.

Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Connie Parantis, isteri kepada YB Datuk Ewon Benedick.

Lawatan ini bertujuan untuk menyantuni para pelatih serta warga PPDK di samping menyampaikan sumbangan dan berkongsi kegembiraan bersama mereka. Semoga usaha kecil ini dapat memberi semangat dan kegembiraan kepada semua yang terlibat.

Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita yang menjadi inspirasi dalam keluarga, masyarakat dan negara. 🌸

19/01/2026

Address

Sipitang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita UPKO Sipitang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share