27/05/2026
LATIHAN KEMAHIRAN ASAS RENANG BULANAN SIRI 1/2026 APM MUALLIM
26 MEI 2026 | TANJONG MALIM– Selaras dengan Jadual Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan Latihan Kemahiran bagi tahun 2026, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muallim (3x Pegawai Tetap, 4x Pegawai Pasukan dan 21x anggota telah melaksanakan Program Latihan Kemahiran Asas Renang Bulanan Siri 1/2026 sebagai usaha meningkatkan tahap kecekapan, kemahiran serta kesiapsiagaan pegawai dan anggota.
Latihan yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang itu diadakan di Kolam Renang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melibatkan pegawai, anggota MyASPA Pengurusan (MyASPA-P) serta MyASPA Operasi (MyASPA-O).
Latihan ini bertujuan memperkukuhkan kemahiran asas renang dalam kalangan anggota sebagai persediaan menghadapi tugasan operasi serta situasi kecemasan yang memerlukan tahap kecergasan dan kemahiran yang tinggi.
"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"
____________________________
Warga Muallim..
Jika anda menghadapi sebarang musibah, kecemasan, kemalangan, kecelakaan, bencana dan sebagainya segera hubungi talian kecemasan 999 atau hotline kami Pusat Kawalan Operasi Daerah Muallim +05-4520362.
Klik link tiktok APM Muallim di www.tiktok.com/ dan Jangan lupa follow page https://www.facebook.com/muallimMCDF/.
Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Apm Negeri Perak
Kapten Shah