01/08/2026
01 OGOS 2026
MAJLIS LAWATAN KERJA RASMI
Pegawai Daerah Sook turut hadir ke Majlis Lawatan Kerja Rasmi YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen P.182 Pensiangan dan ADUN N.45 Sook sempena lawatan ke Projek Pembinaan Semula Bangunan Sekolah SMK Keningau.
Kehadiran Pegawai Daerah Sook mencerminkan komitmen berterusan Pejabat Daerah Sook dalam menyokong usaha pembangunan infrastruktur pendidikan demi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selamat untuk warga sekolah.
Semoga projek ini dapat disiapkan mengikut perancangan dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti, khususnya para pelajar dan warga pendidik di kawasan berkenaan.