27/05/2026
LAPORAN OPERASI KHIDMAT KHAS
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SUBANG JAYA
Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan daripada pihak keselamatan Taylor's University mengenai seorang individu yang dilihat terjatuh/tenggelam di kawasan tasik universiti.
Satu keluaran jentera bersama 6 anggota dari BBP Subang Jaya telah digerakkan ke lokasi bersama Ketua Balai.
Setibanya di lokasi, komander operasi membuat size-up (penilaian keadaan) dan mendapati saksi awam mengesahkan titik terakhir (last seen) mangsa sebelum tenggelam.
Operasi berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecederaan melibatkan anggota penyelamat. Faktor kesukaran operasi adalah jarak penglihatan di dalam air yang agak terhad akibat dasar tasik yang berlumpur.