17/08/2026
Mesyuarat Pelarasan Pelaksanaan ISM Social Development Colloquium 2026.
Institut Sosial Malaysia (ISM) telah mengadakan Mesyuarat Pelarasan Pelaksanaan ISM Social Development Colloquium 2026 yang dilaksanakan secara hibrid. ISM Social Development Colloquium 2026 merupakan program anjuran bersama ISM, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), yang akan diadakan pada 13 Oktober 2026 di Berjaya Times Square Hotel.
Penganjuran ISM Social Development Colloquium 2026 merupakan antara langkah persediaan awal ISM ke arah penganjuran ISM International Conference on Social Development 2027, yang turut dianjurkan bersama ISM, USM dan UNIRAZAK. Persidangan antarabangsa tersebut dijangka diadakan pada tahun hadapan bersempena dengan Sambutan Jubli Perak ke-25 ISM.
Mesyuarat ini turut disertai oleh wakil USM, iaitu YBhg. Profesor Dato’ Dr. Sivamurugan a/l Pandian, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM; YBrs. Dr. Mohd Hizzan Yahaya, Presiden, Asian and Pacific Association for Social Work Education (APASWE), Bahagian Kerja Sosial, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM; serta YBrs. Dr. Masarah Mohamad Yusof, Ketua Bahagian Kerja Sosial, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Hafsah binti Abdul Aziz, Timbalan Pengarah ISM, dan turut dihadiri oleh Ketua-ketua Pusat dan Unit ISM.
Semoga hasil perbincangan dan penyelarasan yang dilaksanakan dapat memperkukuh persiapan serta menyumbang kepada kejayaan ISM Social Development Colloquium 2026, seterusnya menjadi landasan kukuh ke arah penganjuran persidangan antarabangsa pada tahun 2027.
•••
🄸🅂🄼