PAS Bandar Tun Razak

PAS Bandar Tun Razak Facebook rasmi PAS Kawasan Bandar Tun Razak Kuala Lumpur

🌿 USRAH PIMPINAN PAS KAWASAN BANDAR TUN RAZAKAlhamdulillah, malam tadi telah berlangsung Usrah Pimpinan PAS Kawasan Band...
29/08/2026

🌿 USRAH PIMPINAN PAS KAWASAN BANDAR TUN RAZAK

Alhamdulillah, malam tadi telah berlangsung Usrah Pimpinan PAS Kawasan Bandar Tun Razak yang menghimpunkan saf kepimpinan kawasan, dewan, Ketua-Ketua Cawangan serta AJK cawangan di Markas Tarbiyah Kg. Malaysia Tambahan.

Majlis dipimpin oleh Al-Fadhil Ust. Dr. Azhar bin Muhamad, AJK Dewan Ulama PAS BTR, dengan silibus Manhaj Usrah PAS Peringkat Takwin 1 bertajuk Kewajipan Amar Makruf Nahi Mungkar.

Perkongsian yang penuh hikmah mengingatkan bahawa tugas mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran bukan hanya amanah para ulama, tetapi tanggungjawab setiap Muslim mengikut kemampuan masing-masing. Usrah turut disusuli dengan sesi soal jawab dan perbincangan isu-isu semasa, menjadikan majlis lebih hidup serta membuka ruang bertukar pandangan dalam suasana ukhwah.

"Usrah bukan sekadar hadir mendengar, tetapi medan kita mengisi jiwa, menyusun fikrah dan menguatkan langkah perjuangan."

Insya-Allah, Usrah Pimpinan diadakan pada setiap minggu keempat. Kepada sahabat yang belum berkesempatan hadir, kami menjemput anda untuk bersama dalam siri usrah akan datang. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita.

🤍PAS Kawasan Bandar Tun Razak 💚





🇲🇾 SEMANGAT MERDEKA, SEMANGAT BERKHIDMAT! 🇲🇾Menjelang sambutan Hari Kebangsaan, jentera Penerangan PAS turun padang mema...
27/08/2026

🇲🇾 SEMANGAT MERDEKA, SEMANGAT BERKHIDMAT! 🇲🇾

Menjelang sambutan Hari Kebangsaan, jentera Penerangan PAS turun padang memasang banner di lokasi sekitar Bandar Tun Razak sebagai tanda semangat patriotik dan kecintaan kepada tanah air.

Bukan sekadar memasang banner tetapi membawa mesej bahawa semangat Merdeka perlu terus hidup dalam jiwa rakyat Malaysia — mencintai negara, menjaga keharmonian dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih sejahtera.

Sedikit usaha, besar maknanya! 🇲🇾

Ayuh semarakkan Merdeka dengan semangat kebersamaan.






💐 ZIARAH SYIFA - PAS BANDAR TUN RAZAK  💐Alhamdulillah, PAS Kawasan Bandar Tun Razak terus istiqamah menyantuni ahli mela...
26/08/2026

💐 ZIARAH SYIFA - PAS BANDAR TUN RAZAK 💐

Alhamdulillah, PAS Kawasan Bandar Tun Razak terus istiqamah menyantuni ahli melalui Program Ziarah Syifa yang telah diadakan pada 24 Ogos 2026 (Isnin), jam 6.00 petang di kediaman Puan Noor Hasni binti Md Nordin(ahli cawangan Taman Jaya) di Jalan Jaya 3, Bandar Tun Razak.

Rombongan ziarah diketuai oleh YDP PAS BTR, Tn Haji Md Shukor Aziz bersama isteri Pn Kartini Ahmad, diiringi Dr. Hajah Rosni Adam (NYDP), Pn Khadijah Abd Rashid selaku Ketua Lajnah Kebajikan & Keprihatinan Sosial (LKKS), serta saf Muslimat dan ahli cawangan.

Puan Noor Hasni kini sedang menjalani proses pemulihan di rumahnya. Majlis turut diserikan dengan Doa Syifa yang dipimpin oleh Ustaz Hadi Sahnon, memohon agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan buat beliau sekeluarga. Sedikit sumbangan ikhlas dari PAS Kawasan turut disampaikan oleh Naib YDP Dr. Hajah Rosni Adam bagi meringankan beban yg ditanggung oleh pihak keluarga.

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.”
(Al-Hujurat: 10)

Semoga ziarah ini menjadi bukti bahawa PAS bukan sekadar membawa perjuangan, bahkan sentiasa berusaha menyantuni dan menjaga kebajikan masyarakat, khususnya warga Bandar Tun Razak.

🤍PAS Kawasan Bandar Tun Razak 💚




Terbaik org muda!Tahniah & teruskan membuat kebaikan...🥰
25/08/2026

Terbaik org muda!Tahniah & teruskan membuat kebaikan...🥰

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ ✨🌙اللهم صل على محمد وعلى آل محمدDengan penuh rasa syukur dan kecintaan, marilah kita mempering...
24/08/2026

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ ✨🌙

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد

Dengan penuh rasa syukur dan kecintaan, marilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan pilihan Allah SWT yang membawa cahaya Islam kepada seluruh umat manusia.

Rasulullah SAW mengajar kita erti iman, kasih sayang, persaudaraan, kesabaran dan perjuangan. Baginda bukan sekadar untuk dikenang, tetapi sunnah dan akhlaknya untuk kita teladani dalam kehidupan.

🌿 “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang terbaik bagi kamu.”
— Surah al-Ahzab: 21

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW diterjemahkan dengan memperbanyakkan selawat, menghidupkan sunnah serta meneruskan usaha membawa kebaikan kepada masyarakat.

Semoga Allah SWT mengurniakan kita syafaat Baginda dan menghimpunkan kita bersama Rasulullah SAW di dalam syurga-Nya.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ

🌹 “Berselawatlah dengan cinta, mencontohilah dengan amal.” 🌹

Ikhlas daripada:
PAS Kawasan Bandar Tun Razak
Perikatan Nasional Bandar Tun Razak




🎉🌹 SANAH HELWAH 🌹🎉Seluruh warga PAS Kawasan Bandar Tun Razak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat ulang tahun...
22/08/2026

🎉🌹 SANAH HELWAH 🌹🎉

Seluruh warga PAS Kawasan Bandar Tun Razak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat ulang tahun kelahiran kepada;

Dr. Hjh Rosni Adam
- AJK PAS Pusat
- Penyelaras Parlimen Bandar Tun Razak
- Naib YDP PAS Bandar Tun Razak

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, usia yang diberkati, kebahagiaan dalam kehidupan serta terus menguatkan langkah Dr. dalam memimpin dan berkhidmat untuk ummah.

Pantun buat Dr. Rosni,

Burung merpati terbang berkawan,
Singgah hinggap di pohon sena;
Sanah helwah pimpinan budiman,
Moga sihat sejahtera sentiasa.

Pohon beringin teguh berdiri,
Menjadi teduhan sekalian warga;
Sanah helwah Dr. Rosni,
Ke murni perjuangan moga bahagia.

Terima kasih atas dedikasi, kebijaksanaan dan kasih sayang yang sentiasa dicurahkan kepada perjuangan.

🤲 Selamat ulang tahun, Dr. Rosni. Terus istiqamah, terus memimpin dengan hikmah.

Ikhlas daripada:
PAS Kawasan Bandar Tun Razak 💚🤍

🌿 SALAM JUMAAT | TAZKIRAH JUMAAT 🌿“Kekuatan jemaah bermula dengan keikhlasan hati.”Janganlah kita menjadi pejuang yang h...
20/08/2026

🌿 SALAM JUMAAT | TAZKIRAH JUMAAT 🌿

“Kekuatan jemaah bermula dengan keikhlasan hati.”

Janganlah kita menjadi pejuang yang hanya hadir ketika dipuji, tetapi jadilah hamba Allah yang terus bekerja walaupun tidak dikenali.

Rasulullah SAW mengajar bahawa sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain. Maka teruskan berkhidmat, menyantuni masyarakat dan mengeratkan ukhuwah kerana setiap langkah yang dilakukan dengan ikhlas adalah ibadah di sisi Allah SWT.

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat ihsan dan memberi kepada kaum kerabat.”
(Surah An-Nahl: 90)

Semoga hari Jumaat yang mulia ini menjadi asbab turunnya rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita, keluarga serta seluruh pejuang Islam.

Ikhlas daripada:
PAS Kawasan Bandar Tun Razak 💚🤍




🥁🔥 GENDANG PRU16 TELAH DIPALU! 🔥🥁Gendang paluan PRU16 telah pun dibunyikan. Seruan pimpinan telah disampaikan. Kini tiba...
13/08/2026

🥁🔥 GENDANG PRU16 TELAH DIPALU! 🔥🥁

Gendang paluan PRU16 telah pun dibunyikan. Seruan pimpinan telah disampaikan. Kini tiba masanya seluruh jentera PAS Kawasan Bandar Tun Razak memperkemaskan saf dan bersiap sedia menerima amanah perjuangan.

Malam tadi, Jabatan Pilihan Raya PAS Kawasan Bandar Tun Razak (JPRP BTR) mula mengambil alih tempat dalam mesyuarat bulanan AJK Kawasan bagi menyusun persiapan menuju PRU16.

Pelbagai idea, rangka kerja dan strategi dibentangkan untuk diperhalusi. Setiap gerak kerja akan disusun dengan sebaiknya agar seluruh jentera mampu bergerak secara tersusun, pantas dan berkesan.

Mesyuarat dipimpin oleh Pengarah Pilihan Raya Kawasan, dengan dukungan seluruh saf kepimpinan JPRP BTR.

📢 Seruan kepada seluruh ahli dan jentera PAS Bandar Tun Razak:

BERSEDIALAH!

Amanah mungkin hadir pada bila-bila masa, di mana-mana peringkat. Jangan tunggu dipanggil berkali-kali. Apabila tugasan diberikan, sambutlah dengan penuh kesediaan, keikhlasan dan istiqamah.

🔥 Saf sedang disusun.
🔥 Jentera sedang digerakkan.
🔥 Persiapan sedang dimulakan.

Dan ini baru permulaannya… 🧐

PRU16 bukan sekadar tentang pilihan raya.
Ia tentang amanah, perjuangan dan masa depan negara.

Semoga Allah SWT mempermudahkan setiap urusan, menguatkan saf perjuangan serta memberikan kemenangan kepada usaha yang dilakukan dengan penuh keikhlasan.

🤲 Bersatu Saf. Perkemas Jentera. Gerakkan Perjuangan.

Sirru aala barokatillah..!
TAKBIR..!ALLAHUAKBAR✊🏻🔥

💚PAS Kawasan Bandar Tun Razak🤍




Address

Kg. Malaysia Tambahan
Sungai Besi
57100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Bandar Tun Razak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share