Pejabat Belia & Sukan Daerah Timur Laut

Pejabat Belia & Sukan Daerah Timur Laut Pejabat Belia & Sukan Daerah Timur Laut

23/08/2026

🎬 π•πˆπƒπ„πŽ π‡πˆπ†π‡π‹πˆπ†π‡π“
πŠπ„πŒ ππ„π‹πˆπ€ @ π‘π€πŠπ€π ππ‘πˆπ‡π€π“πˆπ πŸπŸŽπŸπŸ”
𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π“πˆπŒπ”π‘ 𝐋𝐀𝐔𝐓

Tiga hari yang dipenuhi ilmu, cabaran, semangat berpasukan dan pelbagai kenangan bermakna!

Kem Belia @ Rakan Prihatin 2026 Daerah Timur Laut yang berlangsung pada 19 hingga 21 Ogos 2026 telah menghimpunkan para peserta dalam pelbagai aktiviti berkaitan kepimpinan, kesukarelawanan, kesihatan mental, pencegahan penyalahgunaan dadah, kesedaran terhadap ekstremisme serta pembangunan jati diri belia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut, Majlis Belia Daerah Timur Laut serta Gerakan Belia 4B Tanjong atas kerjasama, komitmen dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Penghargaan turut ditujukan kepada semua penceramah, fasilitator, rakan kerjasama, urus setia dan para peserta yang telah memberikan komitmen terbaik sepanjang program berlangsung.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan persahabatan yang terbina menjadi inspirasi kepada para peserta untuk terus melangkah sebagai generasi belia yang aktif, prihatin dan membawa perubahan positif kepada masyarakat.

πŸ“… 19–21 Ogos 2026
πŸ“ Farmstay Relau, Serdang, Kedah

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ”π“π”ππ€ππŠπ„πŒ ππ„π‹πˆπ€ @ π‘π€πŠπ€π ππ‘πˆπ‡π€π“πˆπ πŸπŸŽπŸπŸ”πƒπ€π„π‘π€π‡ π“πˆπŒπ”π‘ 𝐋𝐀𝐔𝐓Kem Belia @ Rakan Prihatin 2026 Daerah Timur Laut telah ...
21/08/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍
πŠπ„πŒ ππ„π‹πˆπ€ @ π‘π€πŠπ€π ππ‘πˆπ‡π€π“πˆπ πŸπŸŽπŸπŸ”
𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π“πˆπŒπ”π‘ 𝐋𝐀𝐔𝐓

Kem Belia @ Rakan Prihatin 2026 Daerah Timur Laut telah melabuhkan tirainya selepas berlangsung selama tiga hari, bermula 19 hingga 21 Ogos 2026 di Farmstay Relau, Serdang, Kedah.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Tuan IsmaSuhaimi bin Shariff, Pegawai Daerah Timur Laut.

Turut hadir, Encik Mohammad Syakir bin Saffarudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Timur Laut.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti dan pengisian yang merangkumi aspek kepimpinan, pengurusan organisasi, kesukarelawanan, patriotisme, kesihatan mental, pencegahan penyalahgunaan dadah serta kesedaran terhadap ancaman ekstremisme.

Program ini turut memberi ruang kepada peserta untuk membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran berkomunikasi, memperkukuh semangat kerja berpasukan dan menyemai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.

Diharapkan segala ilmu, pengalaman dan nilai positif yang diperoleh sepanjang program dapat dimanfaatkan serta diamalkan oleh para peserta dalam kehidupan seharian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, barisan penceramah, fasilitator, urus setia serta para peserta yang telah menjayakan program ini.

πŸ“… 21 Ogos 2026
πŸ“ Farmstay Relau, Serdang, Kedah

π‡π€π‘πˆ πŠπ„π“πˆπ†π€ | ππ„ππ†πˆπ’πˆπ€π πŸ—ππˆπ“ π’π“πŽπ πŒπˆππƒπ€ π’πˆπ‡π€π“Program diteruskan dengan Pengisian 9 bertajuk β€œPit Stop Minda Sihat” yang ...
21/08/2026

π‡π€π‘πˆ πŠπ„π“πˆπ†π€ | ππ„ππ†πˆπ’πˆπ€π πŸ—
ππˆπ“ π’π“πŽπ πŒπˆππƒπ€ π’πˆπ‡π€π“

Program diteruskan dengan Pengisian 9 bertajuk β€œPit Stop Minda Sihat” yang dikendalikan oleh wakil National Centre of Excellence for Mental Health (NCEMH), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengisian ini memberi kesedaran kepada para peserta mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental dan emosi dalam menjalani kehidupan seharian.

Para peserta turut didedahkan kepada kaedah mengurus tekanan, mengenali perubahan emosi serta kepentingan mendapatkan bantuan dan sokongan daripada individu atau pihak yang dipercayai apabila diperlukan.

Diharapkan sesi ini dapat membantu golongan belia membina ketahanan diri serta mengamalkan kehidupan yang lebih sihat dan seimbang.

πŸ“… 21 Ogos 2026
πŸ“ Farmstay Relau, Serdang, Kedah

π‡π€π‘πˆ πŠπ„π“πˆπ†π€ | ππ„ππ†πˆπ’πˆπ€π πŸ–π‰π€ππ†π€π π€πŒππˆπŠ!Aktiviti Hari Ketiga diteruskan dengan Pengisian 8 bertajuk β€œJangan Ambik!” yang d...
21/08/2026

π‡π€π‘πˆ πŠπ„π“πˆπ†π€ | ππ„ππ†πˆπ’πˆπ€π πŸ–
𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 π€πŒππˆπŠ!

Aktiviti Hari Ketiga diteruskan dengan Pengisian 8 bertajuk β€œJangan Ambik!” yang disampaikan oleh wakil Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Sesi ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta kesannya terhadap kesihatan, keluarga, masa hadapan dan kehidupan bermasyarakat.

Para peserta turut diberikan panduan untuk menjauhi pengaruh negatif, berani berkata tidak dan membuat pilihan yang lebih bijak dalam kehidupan.

Diharapkan pengisian ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia untuk menjalani gaya hidup yang sihat, positif dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

πŸ“… 21 Ogos 2026
πŸ“ Farmstay Relau, Serdang, Kedah

π‡π€π‘πˆ πŠπ„π“πˆπ†π€ | π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ ππ€π†πˆHari terakhir Kem Belia @ Rakan Prihatin 2026 Daerah Timur Laut dimulakan dengan solat Subuh ...
21/08/2026

π‡π€π‘πˆ πŠπ„π“πˆπ†π€ | π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ ππ€π†πˆ

Hari terakhir Kem Belia @ Rakan Prihatin 2026 Daerah Timur Laut dimulakan dengan solat Subuh secara berjemaah bersama para peserta dan urus setia program.

Seperti hari sebelumnya, aktiviti diteruskan dengan senaman pagi bagi menyegarkan tubuh, meningkatkan kecergasan dan membangkitkan semangat peserta sebelum mengikuti pengisian yang telah disusun.

Walaupun memasuki hari terakhir, para peserta tetap menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi untuk meneruskan aktiviti program.

πŸ“… 21 Ogos 2026
πŸ“ Farmstay Relau, Serdang, Kedah

π‡π€π‘πˆ πŠπ„πƒπ”π€ | ππ„ππ†πˆπ’πˆπ€π πŸ•π‹πƒπŠ 𝐈: ππ„π‹πˆπ€ πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ„π‹πˆπ€ β€” πˆππŽπ•π€π’πˆ ππ„π‹πˆπ€ ππŽπ’πˆπ“πˆπ…Aktiviti Hari Kedua Kem Belia @ Rakan Prihatin ...
20/08/2026

π‡π€π‘πˆ πŠπ„πƒπ”π€ | ππ„ππ†πˆπ’πˆπ€π πŸ•
π‹πƒπŠ 𝐈: ππ„π‹πˆπ€ πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ„π‹πˆπ€ β€” πˆππŽπ•π€π’πˆ ππ„π‹πˆπ€ ππŽπ’πˆπ“πˆπ…

Aktiviti Hari Kedua Kem Belia @ Rakan Prihatin 2026 Daerah Timur Laut diakhiri dengan Pengisian 7 menerusi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bertajuk β€œBelia kepada Belia: Inovasi Belia Positif”.

Menerusi perbincangan dan tugasan berkumpulan, para peserta diberikan ruang untuk mencetuskan idea kreatif serta merangka penyelesaian positif terhadap isu yang dihadapi oleh golongan belia dan masyarakat.

Aktiviti ini turut mengasah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis, kepimpinan dan kerjasama berpasukan dalam menghasilkan idea yang boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Diharapkan pengisian ini dapat membentuk generasi belia yang lebih kreatif, berkeyakinan dan berani membawa perubahan positif.

πŸ“… 20 Ogos 2026
πŸ“ Farmstay Relau, Serdang, Kedah

π‡π€π‘πˆ πŠπ„πƒπ”π€ | ππ„ππ†πˆπ’πˆπ€π πŸ”π‘π€πŠπ€π ππ‘πˆπ‡π€π“πˆπ: ππ„π‹πˆπ€ π€πŒππˆπ‹ ππ„πƒπ”π‹πˆPengisian sebelah petang Kem Belia @ Rakan Prihatin 2026 Daera...
20/08/2026

π‡π€π‘πˆ πŠπ„πƒπ”π€ | ππ„ππ†πˆπ’πˆπ€π πŸ”
π‘π€πŠπ€π ππ‘πˆπ‡π€π“πˆπ: ππ„π‹πˆπ€ π€πŒππˆπ‹ ππ„πƒπ”π‹πˆ

Pengisian sebelah petang Kem Belia @ Rakan Prihatin 2026 Daerah Timur Laut diteruskan dengan sesi β€œRakan Prihatin: Belia Ambil Peduli” yang dikendalikan oleh wakil SATRIA dan NGO.

Sesi ini memberi penekanan terhadap nilai keprihatinan, empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan belia terhadap isu serta keperluan masyarakat di sekeliling mereka.

Para peserta turut didorong supaya menjadi generasi yang lebih peka, bersedia menghulurkan bantuan dan berani mengambil tindakan positif dalam membantu komuniti.

Diharapkan pengisian ini dapat melahirkan golongan belia yang bukan sahaja aktif, malah mempunyai rasa tanggungjawab dan semangat kesukarelawanan yang tinggi.

πŸ“… 20 Ogos 2026
πŸ“ Farmstay Relau, Serdang, Kedah

π‡π€π‘πˆ πŠπ„πƒπ”π€ | ππ„ππ†πˆπ’πˆπ€π πŸ“ππ„π‹πˆπ€ π“πŽπ‹π€πŠ π„πŠπ’π“π‘π„πŒπˆπ’πŒπ„Kem Belia @ Rakan Prihatin 2026 Daerah Timur Laut diteruskan dengan Pengi...
20/08/2026

π‡π€π‘πˆ πŠπ„πƒπ”π€ | ππ„ππ†πˆπ’πˆπ€π πŸ“
ππ„π‹πˆπ€ π“πŽπ‹π€πŠ π„πŠπ’π“π‘π„πŒπˆπ’πŒπ„

Kem Belia @ Rakan Prihatin 2026 Daerah Timur Laut diteruskan dengan Pengisian 5 bertajuk β€œBelia Tolak Ekstremisme” yang disampaikan oleh Puan K. Maladevi, wakil E8, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sesi ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai ancaman fahaman ekstremisme, kesannya terhadap keamanan serta keharmonian masyarakat dan negara.

Para peserta turut diberikan panduan supaya lebih berhati-hati dalam menerima dan menyebarkan sesuatu maklumat, khususnya melalui media sosial, selain tidak mudah terpengaruh dengan unsur yang boleh membawa kepada kebencian dan perpecahan.

Golongan belia diseru supaya sentiasa berfikiran rasional, menghormati kepelbagaian serta bersama-sama memainkan peranan dalam memelihara keselamatan dan keharmonian negara.

πŸ“… 20 Ogos 2026
πŸ“ Farmstay Relau, Serdang, Kedah

π‡π€π‘πˆ πŠπ„πƒπ”π€ | ππ„ππ†πˆπ’πˆπ€π 4π‘π€πŠπ€π π„πŠπ’ππ‘π„π’πˆ: KISAH KITASelepas selesai Kembara Explorace Berpasukan, program diteruskan denga...
20/08/2026

π‡π€π‘πˆ πŠπ„πƒπ”π€ | ππ„ππ†πˆπ’πˆπ€π 4
π‘π€πŠπ€π π„πŠπ’ππ‘π„π’πˆ: KISAH KITA

Selepas selesai Kembara Explorace Berpasukan, program diteruskan dengan Pengisian 3 yang disampaikan oleh Saudara Mohamad Naim bin Kasin, Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.

Sesi ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai peranan dan fungsi Majlis Belia sebagai platform yang menghimpunkan serta memperkasakan pertubuhan belia.

Para peserta turut diberikan penerangan mengenai kepentingan menyertai persatuan dalam membina kemahiran kepimpinan, komunikasi, pengurusan organisasi, semangat kerja berpasukan dan jaringan sosial.

Diharapkan perkongsian ini dapat menggalakkan golongan belia untuk melibatkan diri secara aktif dalam persatuan serta menyumbang idea dan tenaga kepada pembangunan masyarakat.

πŸ“… 20 Ogos 2026
πŸ“ Farmstay Relau, Serdang, Kedah

π‡π€π‘πˆ πŠπ„πƒπ”π€ | πŠπ„πŒππ€π‘π€ π„π—ππ‹πŽπ‘π€π‚π„ ππ„π‘ππ€π’π”πŠπ€πAktiviti pagi diteruskan dengan Kembara Explorace Berpasukan yang berlangsung d...
20/08/2026

π‡π€π‘πˆ πŠπ„πƒπ”π€ | πŠπ„πŒππ€π‘π€ π„π—ππ‹πŽπ‘π€π‚π„ ππ„π‘ππ€π’π”πŠπ€π

Aktiviti pagi diteruskan dengan Kembara Explorace Berpasukan yang berlangsung dalam suasana penuh ceria, aktif dan mencabar.

Para peserta perlu bekerjasama dalam kumpulan bagi menyelesaikan setiap tugasan dan cabaran yang telah disediakan. Aktiviti ini menguji aspek komunikasi, strategi, ketahanan fizikal, kepimpinan serta semangat kerja berpasukan.

Kembara Explorace ini turut memberi peluang kepada peserta membina keyakinan diri, mengeratkan hubungan dan belajar untuk saling membantu dalam mencapai matlamat bersama.

πŸ“… 20 Ogos 2026
πŸ“ Farmstay Relau, Serdang, Kedah

Address

PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH TIMUR LAUT
Sungai Dua
11700

Telephone

+6046598515

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia & Sukan Daerah Timur Laut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia & Sukan Daerah Timur Laut:

Shortcuts

Share