SMK Bandar Puteri Jaya

SMK Bandar Puteri Jaya Sekolah ini telah terpilih sebagai sekolah transformasi kohort 3 dengan mengutamakan Pembelajaran Abad ke-21.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya (Program Transformasi Sekolah 2025)

Laman rasmi facebook ini diselengara bersama oleh Biro-ICT PIBG dan guru serta pentadbir SMK Bandar Puteri Jaya

🌟 Tahniah & Syabas kepada Semua Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 🌟Sekalung tahniah dan syabas diucapkan ke...
18/06/2026

🌟 Tahniah & Syabas kepada Semua Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 🌟

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua insan hebat SMK Bandar Puteri Jaya atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dan memberi inspirasi kepada warga pendidikan.

Ikhlas daripada seluruh warga SMK Bandar Puteri Jaya.





🏅 KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS DAERAH KUALA MUDA 2026 🏅Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet Pendidikan ...
17/06/2026

🏅 KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS DAERAH KUALA MUDA 2026 🏅

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet Pendidikan Khas SMK Bandar Puteri Jaya yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Kuala Muda Tahun 2026 yang berlangsung pada 14 hingga 16 Jun 2026 di Padang SMK Tunku Ismail.

Hasil usaha gigih, disiplin yang tinggi serta semangat juang yang luar biasa, kontinjen SMK Bandar Puteri Jaya berjaya membawa pulang:

🥇 1 Pingat Emas
🥈 4 Pingat Perak
🥉 7 Pingat Gangsa

Kejayaan ini merupakan bukti bahawa kesungguhan, ketekunan dan semangat tidak mengenal batas. Terima kasih dan penghargaan turut diberikan kepada guru-guru pengiring, jurulatih, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan kepada para atlet.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

“Semangat Sukan, Semarak Kecemerlangan”
“Bersama Melangkah, Bersama Berjaya!”






🏆✨

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-20Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-20 telah berlangsung dengan lancar dan penuh tertib. Majlis di...
15/06/2026

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-20

Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-20 telah berlangsung dengan lancar dan penuh tertib. Majlis dimulakan dengan ucapan guru bertugas minggu lepas oleh Cikgu Yusnita binti Ya, yang turut merumuskan aktiviti serta pengisian sepanjang minggu yang lalu.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Kelas 4 Dinamik atas komitmen sebagai kelas bertugas, manakala tugas pengendalian perhimpunan pada minggu ini diamanahkan kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Turut berlangsung dalam perhimpunan ini ialah Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Penghargaan kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah melalui penyertaan dan kejayaan dalam:

🏆 Pertandingan Nyanyian Genta Suara Generasi Madani Peringkat Daerah Kuala Muda
🏆 Sayembara Puisi dan Lagu Peringkat Negeri Kedah
🏆 Pertandingan Koir Wira Anti Rasuah (WAR) Peringkat Negeri Kedah.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Fadzilah binti Chin, Pengetua SMK Bandar Puteri Jaya.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat atas usaha, dedikasi dan pencapaian yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.






11/06/2026
11/06/2026

RPM 2026 - 2035

MAJLIS PERSARAAN PN.HALIMATUL ASMAMHARI : KHAMISTARIKH : 11 JUN 2026🌷🌷MAJLIS PERSARAAN PN.HALIMATUL ASMAM🌷🌷HARI : KHAMIS...
11/06/2026

MAJLIS PERSARAAN PN.HALIMATUL ASMAM

HARI : KHAMIS
TARIKH : 11 JUN 2026

🌷🌷MAJLIS PERSARAAN PN.HALIMATUL ASMAM🌷🌷

HARI : KHAMIS
TARIKH : 11 JUN 2026

Dengan penuh rasa penghargaan dan terima kasih, seluruh warga SMK Bandar Puteri Jaya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Halimatul Asmam atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dalam dunia pendidikan.

Sesungguhnya, segala bakti dan komitmen yang diberikan dalam mendidik anak bangsa serta menyumbang kepada kecemerlangan sekolah akan sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah.

Semoga persaraan ini membawa seribu kebahagiaan, kesejahteraan serta memberi ruang untuk menikmati masa bersama keluarga dan insan tersayang.

✨ Jasamu dikenang, baktimu disanjung.
✨ Selamat bersara dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.

Ikhlas daripada seluruh warga SMK Bandar Puteri Jaya. 💐





11/06/2026
🎙️🎙️GENTA SUARA - PERTANDINGAN KOIR WIRA ANTI RASUAH (WAR) PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2026🎙️🎙️Pertandingan Koir Wira A...
11/06/2026

🎙️🎙️GENTA SUARA - PERTANDINGAN KOIR WIRA ANTI RASUAH (WAR) PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2026🎙️🎙️

Pertandingan Koir Wira Anti Rasuah Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026.
Tempat : Kompleks Star Parade, Alor Star.

🏆 TAHNIAH DAN SYABAS! 🏆

SMK Bandar Puteri Jaya sekali lagi melakar kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai JOHAN dalam Pertandingan Koir Wira Anti Rasuah (WAR) Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 yang berlangsung di Kompleks Star Parade, Alor Setar.

Lebih membanggakan, pasukan koir SMKBPJ turut berjaya merangkul Anugerah Persembahan Terbaik, sekali gus membuktikan kehebatan bakat, komitmen dan semangat warga sekolah dalam menyampaikan mesej integriti serta menolak rasuah melalui seni suara.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para murid, guru pembimbing, jurulatih serta sokongan padu daripada pihak pentadbir dan seluruh warga sekolah.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMKBPJ untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

✨ Suara Berintegriti, Generasi MADANI ✨

Tahniah Pasukan Koir SMK Bandar Puteri Jaya!
Anda kebanggaan sekolah, daerah dan negeri.







💙💛🏆🎶

🎤🎤🎤SAYEMBARA PUISI DAN LAGU (FASUS) PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2026🎤🎤🎤Tarikh : 8 Jun 2026Hari : IsninTempat : Kompleks...
11/06/2026

🎤🎤🎤SAYEMBARA PUISI DAN LAGU (FASUS) PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2026🎤🎤🎤

Tarikh : 8 Jun 2026
Hari : Isnin
Tempat : Kompleks Star Parade, Alor Star

Sekalung tahniah diucapkan kepada gabungan peserta daripada SMK Bandar Puteri Jaya, SMK Pengkalan Lebai Man dan SMS Sultan Mohammad Jiwa yang telah berjaya meraih Naib Johan dalam Pertandingan Sayembara Puisi dan Lagu Gabungan 3 Sekolah PPD Kuala Muda.

SMK Bandar Puteri Jaya telah diwakili oleh:

🌟 Intan Nursyamimi binti Muhammad Shariff (3 Elit)
🌟 Nur Ismahani Damia binti Mohd Ismadi (2 Siddiq)

Kumpulan ini juga turut dianugerahkan :
✅ Anugerah Deklamator Terbaik
✅Anugerah Ciptaan/Gubahan/Susunan Lagu Terbaik
✅Anugerah Ciptaan Puisi Terbaik

Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, bakat dan usaha gigih para peserta serta bimbingan guru-guru yang terlibat.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus mengorak langkah dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas diucapkan! 👏✨






Address

Sungai Petani

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+601163266550

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Bandar Puteri Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category