10/12/2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
PROGRAM CONTINUOUS MEDICAL EDUCATION (CME) JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK SESI BULAN DISEMBER 2024
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan Program CME bagi bulan Disember 2024 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-
Tarikh : 13 Disember 2024 (Jumaat)
Masa : 3.15 petang - 4.15 petang
Link VC : https://meet.google.com/dtm-ktbj-fuj
Tajuk : Cuti Tanpa Rekod (CTR) Berkelompok
Penceramah : Puan Kholijah binti Hamid
Penolong Pegawai Tadbir Tertinggi N7,
Unit Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan, JKN Perak.
Moderator : En. Mohamad Kamil bin Ahmed Jamal
Pembantu Tadbir Kanan N2,
Unit Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan, JKN Perak.
3. Sehubungan dengan itu, mohon pihak tuan menghebahkan kepada kakitangan untuk hadir pada sesi kali ini. CME Jabatan ini adalah aktiviti yang boleh dimasukkan dalam Sistem Pemberian Markah CPD/Logbook masing-masing. Senarai nama kehadiran boleh dimuat turun di laman web Jabatan Kesihatan Negeri Perak http://jknperak.moh.gov.my selepas sesi dijalankan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi koordinator Program CME, Dr Khairunnisa Kharimah bt Shafie di talian 05-2455118. Kerjasama tuan adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.