PAS Cawangan Taman Assamara, Taiping

PAS Cawangan Taman Assamara, Taiping "Beristiqamah Hingga Kemenangan"

12/03/2022
29/09/2021

Insyaallah esok malam kite jumpa.... Reminder buat seluruh ahli pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Taiping....

- Admin Apai -

15/09/2021

SELAMAT HARI MALAYSIA

Setelah 64 tahun kita Merdeka, kini 54 tahun kita menyambut Hari Malaysia. Di kesempatan ini PAS Kawasan Taiping ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ayuhlah kita hargai penat lelah para pemimpin dan para pejuang dengan sama-sama menjaga keharmonian Negara Tercinta.

Elakkan pergaduhan, jaga tutur kata kita tidak kira berdepan atau secara media. Moga kedaulatan Negara terus terpelihara dan rakyat dapat hidup aman kekal sejahtera.

Kita bersama,
Keluarga Malaysia.

- Admin Apai -


15/09/2021

Dewan Pemuda PAS Kawasan Taiping ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2021 kepada seluruh penduduk kawasan Taiping dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Semoga Negara kita terus berada dalam keadaan aman dan harmoni dalam menjalani kehidupan berbilang bangsa dan kaum. Diharap kita dapat untuk terus menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

- Admin Apai -


09/09/2021

PERAK SASAR 100 TAN METRIK E-SISA (E -WASTE)

IPOH, 8 September — Perak mensasarkan 100 tan metrik pengump**an sisa eletronik atau e-sisa di peringkat nasional sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Yang Berhormat Mohd Akmal Kamarudin berkata, kerajaan negeri telah menjalankan pelbagai inisiatif bagi mencapai sasaran itu.

“Pop**asi rakyat Malaysia sebanyak 32.6 juta (2019) berpotensi menjana sebanyak 8.8 kg e-sisa setiap orang dan dijangkakan penghasilan e-sisa setiap isi rumah akan meningkat sebanyak 24.5 juta tan metrik menjelang 2025.

“Sisa ini mengandungi bahan toksik dan logam berat yang sangat berbahaya seperti plumbum, raksa, arsenik, merkuri, selenium dan lain-lain yang terkait dengan pencemaran alam sekitar”, katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat program Pertandingan Pengump**an Buangan Elektrik dan Elektronik Peringkat Negeri Perak tahun 2021 bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sini hari ini.

E- sisa dikategorikan sebagai buangan terjadual kod SW110 dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (2005)

Terdapat 6 jenis e-sisa yang dikategorikan sebagai barang kawalan seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh, komputer peribadi, pendingin hawa dan telefon bimbit.

Jelasnya, perkembangan teknologi dan kebergantungan pengguna terhadap barangan elektrik dan elektronik, peningkatan pop**asi, dan taraf hidup masyarakat serta urbanisasi menjadi faktor utama pertambahan buangan e-sisa.

Mengulas lanjut, beliau berkata pertandingan tersebut bakal melibatkan kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bermula 10 September hingga 21 Oktober dengan sasaran 10 tan e-sisa bagi setiap PBT.

“Pertandingan ini bertujuan meningkatkan kerjasama antara pengeluar serta penglibatan sektor awam selain meningkatkan kesedaran awam terhadap pengurusan e-sisa dengan selamat dan mesra alam.” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Penaja program ini, Gading Kencana Sdn Bhd, atas kerjasama yang diberikan

07/09/2021
Minda Presiden PASAFGHANISTAN MASIH DIGANGGU Bagi dunia Barat, kebebasan yang diinginkan ialah supaya wanita Islam tidak...
07/09/2021

Minda Presiden PAS

AFGHANISTAN MASIH DIGANGGU

Bagi dunia Barat, kebebasan yang diinginkan ialah supaya wanita Islam tidak menutup aurat, penganut Islam boleh meminum arak, dan wujud pergaulan bebas tanpa batas moral sepertimana mereka. Walaupun hukum Islam tidak pernah menghalang penganut bukan Islam dalam negara dan masyarakatnya untuk melakukan perkara-perkara yang dibenarkan oleh agama mereka dan sesama mereka, tetapi mereka p**a tidak senang jika penganut Islam patuh kepada ajaran agamanya.

Apakah ini bentuk kebebasan yang mereka mahukan?

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2021/09/07/afghanistan-masih-diganggu/


NILAI KEMERDEKAAN DAN SEMANGAT PERPADUANApakah nilai kemerdekaan di mata rakyat Malaysia?Dan adakah kemerdekaan membuahk...
01/09/2021

NILAI KEMERDEKAAN DAN SEMANGAT PERPADUAN

Apakah nilai kemerdekaan di mata rakyat Malaysia?
Dan adakah kemerdekaan membuahkan sesebuah perpaduan?

Saksikan kupasan yang bernas dan terkini dari panel-panel jemputan Bicara Harakah malam ini.

1 SEPTEMBER 2021 (RABU) | 9.00 MALAM INI

Ahli Panel 1: USTAZ DR RIDUAN MOHD NOOR (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)

Ahli Panel 2: DR SUPYAN HUSIN (Bekas Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia)

Moderator: BADZLI BAKAR

Saksikan secara langsung di Facebook HarakahDaily, YouTube HarakahTV dan Aplikasi Hijau FM.





https://facebook.com/196573983368/posts/10158660415263369/

Address

Taman Assamara
Taiping
34000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Cawangan Taman Assamara, Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share