MUDA JOHOR

MUDA JOHOR MUDA is a political party that is registered in Malaysia.

07/02/2026

Setiausaha Agung Muda Ainie Haziqah berkata Shikh Mohd Farkhann tidak pernah berdaftar sebagai ahli parti secara rasmi atau bayar yuran keahlian.

Banjir merobohkan rumah, tetapi tidak mampu merobohkan semangat rakyat Malaysia.Sabah hari ini diuji, dan kita semua ter...
18/09/2025

Banjir merobohkan rumah, tetapi tidak mampu merobohkan semangat rakyat Malaysia.

Sabah hari ini diuji, dan kita semua terpanggil untuk berdiri di sisinya.

Inilah saatnya kita buktikan, Malaysia bukan hanya sebuah nama di peta ia adalah denyut nadi yang sama, mengalir dari Semenanjung hingga ke Borneo.

Apa yang kita hulur, bukan sekadar bantuan, tetapi janji bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia akan dibiarkan terdampar sendirian.

📲 Sumbangkan melalui kod QR atau hubungi nombor yang tertera.

✨ Dalam arus paling deras, kekuatan kita bukan pada pangkat atau darjat tetapi pada hati yang saling menjaga.

UCAPAN SOKONGAN MUDA JOHORKepada Rombongan Global Sumud untuk PalestinMUDA Johor dengan penuh rasa hormat dan solidariti...
09/09/2025

UCAPAN SOKONGAN MUDA JOHOR

Kepada Rombongan Global Sumud untuk Palestin

MUDA Johor dengan penuh rasa hormat dan solidariti merakamkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rombongan Global Sumud untuk Palestin yang berangkat membawa mesej kemanusiaan dan perjuangan ke bumi Palestin.

Perjuangan rakyat Palestin adalah perjuangan sejagat menuntut hak, maruah, dan kebebasan daripada penindasan. Kehadiran rombongan ini menjadi bukti bahawa suara keadilan tidak pernah dapat dibisukan, malah terus digemakan oleh masyarakat antarabangsa termasuklah rakyat Malaysia.

MUDA Johor yakin bahawa misi ini akan menjadi jambatan solidariti, membina kekuatan moral dan mengukuhkan tekad bersama dalam menuntut keamanan yang adil buat Palestin.

Kami mendoakan agar seluruh rombongan Global Sumud sentiasa dalam lindungan Allah, dipermudahkan segala urusan, diberi keselamatan sepanjang perjalanan, serta pulang dengan kejayaan membawa mesej perjuangan dan harapan.

MUDA Johor akan terus berdiri teguh bersama rakyat Palestin – demi keadilan, kemanusiaan, dan kebebasan.




Hebahan Umum🚨 SERUAN SOLIDARITI🚨HIMPUNAN AMAN MEGA SOLIDARITI HENTI BULI PASIR GUDANGTarikh : 24.08.2025 ( Ahad )Masa : ...
21/08/2025

Hebahan Umum

🚨 SERUAN SOLIDARITI🚨

HIMPUNAN AMAN MEGA SOLIDARITI HENTI BULI PASIR GUDANG

Tarikh : 24.08.2025 ( Ahad )
Masa : 8.00mlm - 11.00mlm
Lokasi : Tapak Penjaja Jalan Siantan 3 Taman Bestari Perdana

❌ Buli BUKAN budaya kita!
❌ Buli meragut Nyawa !

📢 Hadirkan diri, tunjukkan solidariti!

02/06/2025

Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

MUDA mendoakan agar Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam memayungi negara serta rakyat jelata dengan adil dan saksama.

04/05/2025
17/04/2025

Address

Pejabat Urusan Parti MUDA
Tampoi
81200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MUDA JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MUDA JOHOR:

Share