Sejahtera Kempas

  • Home
  • Sejahtera Kempas

Sejahtera Kempas ORGANISASI DAKWAH, TARBIYAH DAN SIASAH NGO

jom hadir malam esok ke markas PAS Cawangan Taman Dahlia, tampoi
20/01/2025

jom hadir malam esok ke markas PAS Cawangan Taman Dahlia, tampoi

30/12/2024

Nak kena kencing pilih PH/BN

Sumbangan mangsa banjir yang di sampai kan oleh Ketua Muslimat PAS Pulai Pn Salina untuk 3 keluarga mangsa banjir di Kam...
03/12/2024

Sumbangan mangsa banjir yang di sampai kan oleh Ketua Muslimat PAS Pulai Pn Salina untuk 3 keluarga mangsa banjir di Kampung Pasir sebagai tanda prihatin dan membantu keluarga yang memerlukan..

Semoga mangsa banjir terus bersabar dengan dugaan yang menimpa..

Pada bulan Mac 2013,harga RON95 ialah RM1.80 satu liter manakala harga minyak Brent dunia ialah US$110 satu tong. Formul...
19/10/2024

Pada bulan Mac 2013,harga RON95 ialah RM1.80 satu liter manakala harga minyak Brent dunia ialah US$110 satu tong. Formula Rafizi suruh ambil RM6.8 bilion setahun dari Petronas untuk turunkan harga RON95 ke RM1.50.

Hari ini pada bulan Oktober 2023, harga RON95 ialah RM2.05 tetapi Rafizi kata harga sebenar ialah RM3.30 sebab harga minyak brent cecah US$90 satu tong.

Rafizi kata beban subsidi kepada kerajaan adalah terlalu tinggi dan subsidi pukal untuk RON95 perlu dimansuhkan.

Ini formula dia:
(Mac 2013):
1. RON95 RM1.80 = terlalu mahal
2. Brent crude US$110 = murah
3. Subsidi tak bebankan. Kerajaan zalim kejam sebab tak tambah lebih subsidi untuk turunkan harga RON95 ke RM1.50

Bila dia jadi menteri (Okt 2023)
1. RON95 RM2.05 = murah
2. Brent crude US$90 = mahal
3. Subsidi terlalu bebankan. Kerajaan tak kejam jika hapuskan subsidi pukal untuk naikkan harga RON95.

SONGSANG untuk menipu Rakyat.com

Suasana di Himpunan 1 Tahun Taufan Al Aqsa di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur.Rakyat Malaysia tanpa meng...
13/10/2024

Suasana di Himpunan 1 Tahun Taufan Al Aqsa di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur.

Rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, dan fahaman politik, semuanya berhimpun di ibu negara hari ini bagi menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin.

Ya Allah, Kau bebaskanlah Al-Aqsa. Berikanlah kekuatan kepada saudara-saudara kami di sana.

Semoga kemenangan menjadi milik seluruh rakyat Palestin. Amin.

Bila ianya berada di negeri bukan pembangkang, semua segala penafian di terima dengan mudah dan selesai..Tetapi sekirany...
07/10/2024

Bila ianya berada di negeri bukan pembangkang, semua segala penafian di terima dengan mudah dan selesai..

Tetapi sekiranya berlaku di negeri pembangkang, silap-silap 7 keturunan tak habis berceritanya..

Namun itu bukan isu pokoknya,saban hari kita melihat satu persatu golongan ini cuba mencabar undang-undang dan sensitiviti Orang Islam di Malaysia tanpa rasa bersalah seperti “try and error” di mana penghujungnya hanya sekadar memohon maaf oleh pihak penganjur.

Secara logiknya apabila kita menganjurkan sesuatu program itu pastinya telah menetapkan objektif,Misi dan peserta yang telah kita tentukan..Mana mungkin sebagai penganjur tidak tahu menahu peserta yang hadir itu golongan daripda LGBT,persoalannya siapa sebenar peserta yang di khususkan dan di tentukan untuk acara yang di anjurkan ini..?

Tapi hakikatnya siasatan dan tindakan yang di jalankan hanya sekadar cukup syarat sahaja tanpa tindakan semangat untuk membasmi golongan-golongan seperti ini oleh pihak kerajaan seperti mana semangat kerajaan menghapuskan GISB pada hari ini.

Sebab itulah PAS melihat ianya seperti “try and error” percubaan melihat penerimaan masyarakat orang islam dan bukan islam di Malaysia ini..Suatu budaya di (luar tabiiee) yang sedang hendak di wujudkan untuk menanam minda masyarakat Malaysia terutama orang islam dan melayu yang merupakan majoroti etnit di Malaysia.

Oleh itu PAS Kawasan Pulai berharap masyarakat perlu faham serta sedar dan mengambil serius agenda yang cuba di tanam di dalam pemikiran kita pada harini terutama kepada anak-anak yang mula meningkat naik.

Fahaman sekular dan liberal ini semakin hari semakin rancak di perkenalkan serta di promosikan dengan cara menganjurkan program-program seperti demikian rupa.

Sebab itu sebagai masyarakat Malaysia yang sejahtera dan harmoni perlu memegang teguh dan mempertahankan “rukun negara” dan “Kesucian Agama” serta menolak pemimpin dan kerajaan yang tidak mampu mempertahankan malah pemimpin yang secara terang-terangan menyokong,mempertahankan dan mempromosikannya secara totalnya perlu di tolak oleh masyarakat Malaysia.

Pas Kawasan Pulai menolak sekeras-kerasnya dan berharap pihak berkuasa lebih serius menjalakan siasatan serta tndakan yang di ambil seperti mana keseriusannya pihak berkuasa terhadap membasmi GISB sehingga lumpuh.

Mohd Afiz Bin Mohd Arif
SETIAUSAHA
PAS KAWASAN PULAI

Baca https://www.sinarharian.com.my/article/689350/edisi/johor/tiada-kebenaran-anjur-acara-gugat-kesucian-islam---onn-hafiz

Rafizi Ramli “Terbak@r” Dalam Podkas Bersama Lim Sian SeeKorang dah tengok tak podkas "Yang Bakar Menteri" diantara Rafi...
02/10/2024

Rafizi Ramli “Terbak@r” Dalam Podkas Bersama Lim Sian See

Korang dah tengok tak podkas "Yang Bakar Menteri" diantara Rafizi Ramli dan Lim Sian See?

Aku baru lepas tengok. Jujurnya aku dah lama mengenali individu dibelakang Lim Sian See (LSS) iaitu Dato Eric See To. Aku juga tahu LSS ada kelemahan dalam bercakap Bahasa Melayu.

Tapi menariknya dalam kelemahan dia berbahasa melayu dengan baik, dia dapat berhujah dan sampaikan point dia dengan jelas. Pada aku memang "terba.kar" sungguh Rafizi Ramli dalam episod kali ni.

Sebagai contoh, LSS tanya Rafizi pasal isu Lynas. LSS persoal kenapa masa PH pembangkang, pernah tandatangan aku janji nak tutup kilang Lynas. PH buat macam-macam propaganda pasal Lynas untuk buru.kkan Najib Razak.

Kalau korang ingat siap ada video mengarut pasal mutant yang dilakonkan oleh pimpinan PH termasuk Fuziah Salleh SUA PKR untuk menghasut rakyat.

Tapi bila PH berkuasa lesen Lynas diperbaharui dan dibenarkan terus beroperasi dalam negara.

Okey apa Rafizi jawab? Dia pusing dan bercakap pasal konteks. Dia cakap ketika itu, takde pemetaan mineral yang menunjukkan potensi REE dan juga permintaan untuk pembuatan barangan seperti bateri kereta. Sebab tu selepas Kerajaan PH ambil alih pada 2018, berlaku perubahan pada sikap kerajaan.

Aku konfius. Dulu kau bantah dengan mengambarkan betapa bahayanya REE ni. Mutant lah, ayam berkepala dua lah, sotong berkepala ikan lah, carrot warna biru lah, kambing bertanduk brocolli lah.

Tapi bila dia dah jadi kerajaan, segala propaganda yang korang main dulu hilang.

kalau adanya pemetaan mineral, bahaya REE yang kau canang dulu boleh hilang?

kalau adanya potensi baru REE, bahaya REE yang kau canang dulu boleh hilang?

Apa punya hujah macam ni? Nampak sangat dulu korang kelentong rakyat dan menakutkan rakyat demi undi politik.

Sebenarnya potensi dan peluang REE sangat besar. PH sengaja mengelirukan rakyat untuk menghasut rakyat benci Najib Razak. Dorang peduli apa pada potensi kepada negara dan rakyat. Janji boleh politikkan isu tu.

Rakyat Malaysia perlu sedar nilah perangai sebenar PH dan jangan percaya sikit habuk pun yang keluar dari mulut pimpinan PH.

Nurul Islam Mohamed Yusoff

Qazaf terpilihApabila DS Anwar Ibrahim didapati bersalah kes liwat oleh mahkamah dan dikutuk orang ramai terutama musuh-...
29/09/2024

Qazaf terpilih

Apabila DS Anwar Ibrahim didapati bersalah kes liwat oleh mahkamah dan dikutuk orang ramai terutama musuh-musuhnya pada tahun 2015, walanon berkata itu qazaf, berdosa besar.

Memang betul, kita bersetuju dengan maksud qazaf, sebelum dan ketika perbicaraan kerana masih belum diputuskan, DSAI tidak bersalah sehingga dibuktikan. Sama macam isu rasuah Najib dan Lim Guan Eng.

Namun, walaupun mahkamah sudah berikan peluang beliau membela diri, dan memilih membela diri dari kandang tertuduh tanpa boleh disoal balas kembali pendakwa. Ia menjadikan sokongan orang ramai mulai kendur. Kenapa tidak memilih disoal balas? Rakyat jadi hairan.

Sebelum dan selepas itu, ada beberapa kali lagi kes beliau dengan orang lain berkaitan liwat seperti Azizan, Sukma dan Yusof Rawther.

PU Azman p**a baru sekali bersalah amang seksual, kena kutuk, kena hina, tetapi tak ada p**ak walanon bising pasal qazaf.

Apa kau ingat hukum qazaf tu Allah turunkan khusus untuk bos kau jer ke?

Keduanya, qazaf ialah keadaan bila menuduh tanpa bukti dan saksi sebab dalam hukuman hudud memang tak boleh dijatuhkan kalau kurang saksi dan bukti.

Tapi masih ada lagi hukum lain iaitu takzir. Hukum ini bawah sikit daripada hudud yang boleh digunakan menurut kebijaksanaan hakim dengan bukti dan saksi yang kurang, bukan buang kes terus kalau kurang bukti dan saksi. Kalau tak, sedaplah penjenayah.

Jadi hukuman qazaf jelas tidak difahami oleh walanon yang tidak mengaji agama, membenci dan menghina ulamak, tetapi dalam waktu yang terdesak, mengguna pakai tafsiran atau fatwa ulamak yang mereka benci itu. Contoh buku Qazaf yang penuh ilmu tulisan Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS.

Bila tiba isu ajaran sesat GISBH, terus mereka geger dengan dakwaan yang belum dibicarakan lagi berkenaan liwat yang berlaku di kalangan GISBH. Sesat GISBH sudah lama diisytiharkan walau dua kali bertukar nama dan sudah dibuktikan. Tetapi hal liwat, hal yang lain, belum dibuktikan. Lebih parah, mereka sebakulkan PAS dengan GISBH. Tak ke gila namanya?

Menunggang agama konon mereka katakan kepada kita yang patuh dengan hukum Allah dan kita gunakan dalam semua pekerjaan kita termasuk politik serta dipimpin sekump**an ulamak peringkat dunia. Kita tidak malu kerana kita tunggang agama sebagai kenderaan ke syurga kerana agama akan memandu kita.

Sementara itu sesuailah kita gelarkan walanon sebagai penonggeng agama. Habis terlingkup agama ditonggeng puak-puak walanon sebab agama digunakan untuk nafsu mereka sahaja. Jahil dan jahat.

Mohd Nasir Abdullah
29 September 2024

25/09/2024

“Seruan untuk tidak menormalisasi dengan Israel dan membatalkan sebarang kerjasama dengan mereka setelah berlakunya Taufan al-Aqsa adalah suatu kewajipan.Oleh itu pemboikotan ekonomi pasti akan memberi impak yang besar kerana majoriti sumber ekonomi global berasal dari negara-negara Islam, antaranya minyak dan hasil mahsul yang lain juga berasal daripada negara Islam. Di samping itu kedudukan strategik dari Selat Melaka ke Selat Bab al-Mandab hingga Gibraltar berada di wilayah Islam.Jika kita dapat menyatukan di antara umat Islam dan kerajaan ia akan membentuk pengaruh yang kuat untuk menghadapi Zionis.”Abdul Hadi Awang, Tehran.

Address

22-01 & 22-02, Jalan Sri Perkasa 1/3, Taman Tampoi Utama, Johor Bahru

81200

Telephone

+601115338612

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sejahtera Kempas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sejahtera Kempas:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share

Our Story

Politik Islam