Media Pemuda Tanah Merah

Media Pemuda Tanah Merah Media Rasmi Pemuda UMNO Bahagian Tanah Merah

SALAM AIDILFITRI 1447HAlhamdulillah, setelah sebulan kita melalui madrasah Ramadan dengan penuh kesabaran dan pengorbana...
20/03/2026

SALAM AIDILFITRI 1447H

Alhamdulillah, setelah sebulan kita melalui madrasah Ramadan dengan penuh kesabaran dan pengorbanan, kini tibalah Syawal sebagai tanda kemenangan bagi mereka yang beriman.
Rasulullah SAW bersabda:

β€œSesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran daripada Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

Semoga segala amal ibadah kita, puasa, solat, sedekah dan doa diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi peluang untuk kita kembali kepada fitrah, memperbaiki hubungan sesama insan, saling memaafkan dan mengukuhkan silaturrahim.

Dalam kegembiraan menyambut Syawal ini, marilah kita terus mengekalkan nilai kesabaran, keikhlasan dan keinsafan yang telah kita pelajari sepanjang Ramadan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H
Maaf Zahir dan Batin

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan-Nya.

Tulus ingatan

Zuhairi Jery
Ketua Pemuda UMNO Tanah Merah

Fasyan Fauzi
Naib Ketua Pemuda UMNO Tanah Merah

Serta seluruh Jawatankuasa Pemuda UMNO Tanah Merah

MARHABAN YA RAMADANBulan penuh keampunan dan rahmat telah tiba. Semoga Allah membersihkan hati kita, menguatkan iman kit...
18/02/2026

MARHABAN YA RAMADAN

Bulan penuh keampunan dan rahmat telah tiba. Semoga Allah membersihkan hati kita, menguatkan iman kita, dan menjadikan kita lebih bersabar, ikhlas, serta penuh syukur.

Mudah-mudahan ibadah puasa kita semua diterima Allah SWT dan mendapat Rahmat Allah SWT.

Tulus Ikhlas,

Zuhairi Jery
Ketua Pemuda UMNO Tanah Merah

Fasyan Fauzi
Naib Ketua Pemuda UMNO Tanah Merah

serta seluruh kepimpinan Pemuda UMNO Tanah Merah.

⚽πŸ”₯ KEJOHANAN BOLASEPAK 7 SEBELAH – PIALA TOK KIMIEdisi Khas Pra-Ramadan 2026 πŸŒ™βœ¨Sebelum kita melangkah ke bulan penuh keb...
14/02/2026

⚽πŸ”₯ KEJOHANAN BOLASEPAK 7 SEBELAH – PIALA TOK KIMI

Edisi Khas Pra-Ramadan 2026 πŸŒ™βœ¨

Sebelum kita melangkah ke bulan penuh keberkatan, kita hangatkan dulu padang dengan semangat kesukanan dan perpaduan anak muda Tanah Merah!

πŸ’ͺ Rebut kejuaraan
πŸ† Julang Piala Tok Kimi
🀝 Eratkan ukhuwah sebelum Ramadan

Tempat terhad! Daftar segera!

πŸ”₯ PEMUDA CARA KITA! πŸ”₯⚽ LIGA PENALTI TERTUTUP DUN BUKIT PANAU 2026 ⚽Anjuran Pemuda UMNO Tanah MerahπŸ“… Tarikh: 14 Februari ...
04/02/2026

πŸ”₯ PEMUDA CARA KITA! πŸ”₯

⚽ LIGA PENALTI TERTUTUP DUN BUKIT PANAU 2026 ⚽

Anjuran Pemuda UMNO Tanah Merah

πŸ“… Tarikh: 14 Februari 2026 (Sabtu)
πŸ“ Tempat: SMK Belimbing, Tanah Merah

πŸ† HADIAH MENARIK

πŸ₯‡ Johan – RM1,000
πŸ₯ˆ Naib Johan – RM500
πŸ₯‰ Tempat 3 & 4 – RM200
πŸ… Tempat 5 – 8 – RM50

πŸ“Œ SYARAT PENYERTAAN

βœ… Terbuka kepada belia DUN Bukit Panau
βœ… 5 pemain satu pasukan (berkasut)
βœ… Yuran penyertaan: RM20 / pasukan

⏰ TARIKH TUTUP: 11 Februari 2026 (Rabu)

⚠️ Slot terhad! Siapa cepat dia dapat.

Jom meriahkan program sukan & semangat perpaduan belia kita πŸ’ͺ

πŸ“ž Hubungi: Azmi – 019-988 9458






14/01/2026
TITIK KEBANGKITAN BERSAMASelamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO Bahagian-Bahagian dari segenap pelosok tanah a...
13/01/2026

TITIK KEBANGKITAN BERSAMA

Selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO Bahagian-Bahagian dari segenap pelosok tanah air sempena Persidangan Agung UMNO Tahun 2025 yang berlangsung bermula esok hingga 17 Januari 2026.

Detik ini menuntut seluruh perwakilan dan ahli UMNO menyatukan jiwa, menyusun kekuatan serta memperteguh saf perjuangan parti keramat ini demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.
Saat ini menagih kematangan kita untuk menyatukan suara dan tekad, mengatasi segala perbezaan pandangan dengan jiwa besar dan kebijaksanaan, demi memelihara maruah parti serta kelangsungan perjuangan bangsa Melayu yang berdaulat.

Kini terpikul amanah untuk kita memanfaatkan pentas keramat ini sebagai medan muhasabah dan pembaharuan, merangka hala tuju yang jelas, mengambil pendirian yang tegas, membuat keputusan yang konkrit serta menyatukan semangat perjuangan yang berpadu dan berprinsip.

Dunia terus berubah, dan landskap politik hari ini menuntut UMNO untuk berpijak di bumi nyata untuk memahami denyut nadi rakyat, membaca kehendak generasi baharu serta berani melakukan perubahan tanpa menggadaikan prinsip. Kita memperbaharui tekad, memperkukuh iltizam dan bekerja tanpa jemu bagi meraih kembali kepercayaan rakyat melalui khidmat yang tulus, konsisten dan berkesan.

Buat seluruh Perwakilan Pemuda UMNO, detik ini adalah panggilan tanggungjawab untuk tampil sebagai suara pendesak rakyat, pencetus idea segar dan benteng hadapan perjuangan. Pemuda bukan sekadar pewaris sejarah, tetapi penentu masa depan. Teruskan keberanian bersuara dengan hikmah, mengemukakan gagasan yang realistik dan menjadi jambatan antara idealisme anak muda dengan kebijaksanaan kepimpinan parti.

Semoga perhimpunan agung ini melahirkan keputusan yang berani, iltizam yang jelas serta hala tuju yang diyakini dan dirasai rakyat. Demi masa depan parti keramat UMNO. Demi bangsa. Demi negara.

Inilah titik kebangkitan bersama.

Selamat Bersidang!

Tulus ikhlas,

ZUHAIRI ZAKARIA
Ketua Pemuda UMNO Tanah Merah

MOHAMAD FASYAN FAUZI
Naib Ketua Pemuda UMNO Tanah Merah

Dan seluruh kepimpinan Pemuda UMNO Tanah Merah



10/01/2026
LENSA JOM BOJENGGG PERCUMA 2026Datuk Wan Rakemi Wan Zahari, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah bersama sama Sdr. Zuhairi Za...
08/01/2026

LENSA JOM BOJENGGG PERCUMA 2026

Datuk Wan Rakemi Wan Zahari, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah bersama sama Sdr. Zuhairi Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Tanah Merah turun padang menyantuni anak anak yang mengambil bahagian dalam program yang dianjurkan secara percuma ini.

Program ini merupakan inisiatif meringankan beban ibu bapa dalam melakukan persiapan anak anak sempena pembukaan sekolah bagi tahun 2026 dengan penyertaan hampir 1000 peserta di 14 lokasi kedai gunting terpilih merangkumi ketiga tiga DUN di Parlimen Tanah Merah.


JOM BOJENGGG RAMBUT PERCUMA!Program Gunting Rambut Percuma sempena Pembukaan Sekolah 2026 kini kembali lagi!Berikut adal...
07/01/2026

JOM BOJENGGG RAMBUT PERCUMA!

Program Gunting Rambut Percuma sempena Pembukaan Sekolah 2026 kini kembali lagi!

Berikut adalah senarai kedai-kedai gunting rambut dan lokasi yang terpilih bagi program Jom Bojenggg Rambut Percuma!

DUN BUKIT PANAU
1. Dataran Mahsari, Tanah Merah

DUN GUAL IPOH
1. Q90's, Pekan Gual Ipoh
2. Lan Barber, Kg. Paku
3. Achik Station Haircut, Kg. Air Kerilla
4. Yeen Barbershop, Perumahan Kusial Bharu
5. Neadey Barbershop, Kg. Bukit Kelidang

DUN KEMAHANG
1. Kemmey Gunting, Kemahang 1
2. Dewan KSK, Kemahang 2
3. Pok Nik Barber, Kemahang 3
4. Kedai Gunting Azhar, Kg. Alor Pasir
5. Kedai Kak Na, Dalam Kg. Batu 8
6. Kedai Gunting Abe Awe, Kg. Bukit Kuin

Jangan lepaskan peluang, ppakat bawak anak mari bojenggg rambut percuma!


JOM BOJENGGG RAMBUT PERCUMA!Program Gunting Rambut Percuma sempena Pembukaan Sekolah 2026 kini kembali lagi!Pemuda UMNO ...
06/01/2026

JOM BOJENGGG RAMBUT PERCUMA!

Program Gunting Rambut Percuma sempena Pembukaan Sekolah 2026 kini kembali lagi!

Pemuda UMNO Tanah Merah dengan kerjasama Persatuan Peniaga & Usahawan Tanah Merah akan mengajurkan program gunting rambut percuma buat anak anak Parlimen Tanah Merah sempena pembukaan sekolah 2026. Program ini terbuka bagi anak anak berumur dari 7 tahun hingga ke 17 tahun. Lokasi kedai-kedai gunting terpilih akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Jangan lepaskan peluang ini!

Sila bawa bersama kad pengenalan/MyKid bagi pendaftaran.

Pakat bawak anak anak mari bojenggg rambut percuma!


Address

PT 644-1, KOMPLEKS PERNIAGAAN HUMAIRA, Jalan HUMAIRA 1
Tanah Merah
17500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media Pemuda Tanah Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Media Pemuda Tanah Merah:

Share